SALAM MA'AL HIJRAH 1430

Tags :
Salam...
Pejam celik pejam celik...dah nak masuk tahun baru dah?? Subhanallah...cepat sungguh masa berlalu. Dalam kadar itu juga, terdetik juga dihati, dunia sudah semakin tua, diri juga makin tua. Amalan??? Cukup ke? Sempurna ke?? Terlebih ke?? Kurang ke?? Dah topup ke?? Teringat petikan khutbah Jumaat oleh khatib jemputan di masjid tengahari tadi...katanya...

"Takwa itu adalah berhati-hati yakni berhati-hati dalam setiap amalan yang dilakukan dalam hidup. Maka hidup kita sebagai mukmin mestilah berbajukan takwa, kerana sebaik-baik pakaian adalah takwa. Firman Allah SWT dalam surah Yaasin
"Wamtazul yauma ayyuhal mujrimun",
dan berpisahlah kamu pada hari kiamat wahai orang yang berdosa.
Bepisahlah kamu dari yang melakukan kebaikan. Sesungguhnya masa depan orang yang kufur pada masa itu adalah neraka semata-mata..."


Teringat pula aku ayat selepas ayat yang dibaca tadi, mafhumnya,
"bukankah kamu wahai manusia telah diingatkan tiap ketika agar jangan sesekali menyembah syaitan, kerana syaitan adalah kesesatan yang nyata dihadapan manusia"


Lantaran itu, saya, kita dan anda sebagai manusia, yang ber"title"kan muslim ni, pakat2 la memperbanyakkan amalan. Memang benar, kala ini banyak gangguan@godaan apabila kita cuba mendekatkan diri pada Allah. Tapi, cuba renungkan, andai kata, sehari selepas anda membaca posting ini, anda kembali bertemu Allah SWT, dan anda telah memperbanyakkan ibadah dan amalan, tetapi, yakinkah anda bahawa amalan selama SEHARI yang terakhir itu mencukupi untuk menampung segala amalan dan ibadah yang tertinggal atau sengaja ditinggal sebelum ini? Nauzubillah...semoga Allah melanjutkan usia kita semua agar dapat kita memperbaiki cara hidup serta memperbanyak amal ibadah.

Sempena kedatangan tahun baru hijrah ini, mari kita sama-sama memperbaiki pemahaman dan pendirian kita terhadap TAKWA itu sendiri. Jangan hanya memahami TAKWA itu dengan makna takut kepada Allah semata-mata, tapi perlu di ingatkan, tanpa amalan hidup tidak bermakna, tanpa beribadah kepada Allah, maknanya kamu bukan ISLAM! Ingatlah pada kuasa Allah yang berkehendak menurunkan bala pada bila2 masa sahaja. Ingatlah pada KUN FAYAKUN. Ingat, bala Allah sekali datang, semua akan kena. (ingat Tsunami lagi tak??) Ingatlah juga, mati tidak mengenal usia.

Aku sedikit terkejut mendengar berita di Buletin Utama TV3 sebentar tadi, seorang blogger yang hanya dikenali sebagai Adibah (not sure real name or not) telah mengisi posting bloggernya dengan kata-kata kutukan, hinaan dan cercaan pada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Pada aku, orang seperti ini, memang tiada tempat yang layak baginya di syurga. Apatah lagi di dunia saja, orang sudah mengutuk keras tindakannya menghina Nabi Muhammad SAW. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk ketibaan Awal Muharam, tetapi, belum pun tiba lagi, dah ada si jahanam bedebah yang berani mengkritik dan mencerca Rasulullah. Ya Allah, kau kabulkanlah doa orang2 yang meminta ini. Ya Allah, kau jahanamkanlah manusia yang bertopengkan syaitan ini. Kurniakan baginya laknat. Laknatkanlah orang yang menghina kekasihmu ini Ya Allah. Ameen Ya Rabbal A'lameen.

Ma'assalamah...

p/s: Salam Maal Hijrah 1430 buat sahabat seperjuangnku Azham, Awez dan lain2 yang berada di Mesir, Jordan, Jepun dan dimana2 sahaja dalam dunia ini yang sedang menuntut ilmu. Kenang daku dalam doamu.

CUTI-CUTI SEMESTER

Tags :
Salam...
Alhamdulillah...peperiksaan akhir sudah pun selesai. Tinggal lagi untuk bertawakal kepada Allah di atas segala usaha yang dilakukan. Sekarang, sedang menjalani program cuti-cuti semester. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tidur secukup masa, makan bersama keluarga, menonton berita dan cerita, mengadap komputer, menekan handset dan lain-lain lagi. HAhaha~ Isi masa lapang la jugak tu kan. Heheh~ Insyallah aku akan buat kerja part time. Nak cari duit poket sket. Hmm, pape pun. Good luck untuk rakan2 ku yang berada di perantauan, Azham, Daus, Awez, Ihsan, Maulana dan lain-lain yang akan "menyambut" peperiksaan akhir. hehehe~ Good Luck utk korang, Ma'ahum najah~

ilal liqa'...

p/s : Selamat Hari Lahir buat Somad Md Yusuf, Sahabat Salafi ILPKL. Dari Masatiir...~

AIDIL ADHA 1429H - DI SEBALIK IBADAH QURBAN

Qurban dalam istilah fikh adalah Udhiyyah yang ertinya haiwan yang disembelih waktu dhuha, iaitu waktu di mana saat matahari sedang naik. Secara terminologi fikh, udhiyyah adalah haiwan sembelihan yang terdiri unta, lembu, kambing pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tashriq untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kata Qurban itu sendiri boleh membawa erti mendekatkan diri kepada Allah, maka terkadang kata itu juga digunakan untuk menyebut udhiyyah.

Mempersembahkan persembahan kepada tuhan-tuhan adalah keyakinan yang dikenal manusia sejak sekian lama. Dalam kisah Habil dan Qabil yang ditafsir al-Qur'an disebut sebagai Qurtubi meriwayatkan bahawa saudara kembar perempuan Qabil yang lahir bersamanya bernama Iqlimiya sangat cantik, sedangkan saudara kembar perempuan Habil bernama Layudza tidak begitu cantik. Dalam ajaran nabi Adam dianjurkan mengahwinkan saudara kandung perempuan dengan saudara lelaki dari lain ibu. Maka timbul rasa dengki di hati Qabil terhadap Habil, sehingga ia menolak untuk meneruskan pernikahan itu dan berharap agar dapat menikahi saudari kembarnya yang cantik. Lalu mereka sepakat untuk mempersembahkan qurban kepada Allah, siapa yang diterima qurbannya itulah yang akan diambil pendapatnya dan dialah yang benar di sisi Allah. Qabil mempersembahkan seikat buah-buahan dan habil mempersembahkan seekor qibash, lalu Allah menerima qurban Habil.

Qurban ini juga dilakukan oleh umat Yahudi untuk membuktikan kebenaran seorang nabi yang diutus kepada mereka, sehingga tradisi itu dihapuskan melalui perkataan Nabi Isa. Tradisi keagamaan dalam sejarah peradaban manusia yang beragama juga melakukan persembahan kepada Tuhan ini, baik berupa sembelihan haiwan hingga manusia. Mungkin kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan menyembelih anaknya adalah salah satu dari tradisi tersebut.

Dalam al-Qur'an dikisahkan:

37. 102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah kamu akan mendapati termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar".

37. 103. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).

37. 104. Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,

37. 105. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Yang dimaksud dengan "membenarkan mimpi" ialah mempercayai bahwa mimpi itu benar dari Allah s.w.t. dan wajib melaksanakannya.

37. 106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

37. 107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Sesudah nyata kesabaran dan keta'atan Ibrahim dan Ismail a.s. maka Allah melarang menyembelih Ismail dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya dengan seekor sembelihan (kambing).

Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkannya Qurban yang dilakukan pada hari Raya Haji. Persembahan suci dengan menyembelih atau mengorbankan manusia juga pernah dilakukan pada zaman peradaban Arab sebelum Islam. Disebutkan dalam sejarah bahawa Abdul Mutalib, datuk Rasulullah, pernah bernazar jika dikurnia 10 anak lelaki maka akan menyembelih satu daripadanya sebagai qurban. Lalu Abdullah (bapa Rasulullah) terpilih untuk diqurbankan. Mendengar hal, itu kaum Quraish melarangnya supaya amalan itu tidak diikuti generasi selepas daripada mereka, akhirnya Abdul Mutalib setuju untuk menebusnya dengan 100 ekor unta. Kerana kisah ini juga, pernah suatu hari seorang badwi memanggil Rasulullah "Hai anak dua orang sembelihan" beliau hanya tersenyum, dua orang sembelihan itu adalah Ismail dan Abdullah bin Abdul Mutalib.

Begitu juga persembahan manusia ini dikenal oleh tradisi agama pada masa Mesir kuno, India, Cina, Iraq dan lainnya. Kaum Yahudi juga melakukan qurban manusia hingga Masa Perpecahan. Kemudian lama-kelamaan qurban manusia diganti dengan qurban haiwan atau barang berharga lainnya. Dalam sejarah Yahudi, mereka mengganti qurban dari menusia menjadi sebagian anggota tubuh manusia, yaitu dengan hitan. Kitab injil penuh dengan cerita qurban. Penyaliban Isa menurut umat Nasrani merupakan salah satu qurban teragung. Pada masa jahilyah Arab, kaum Arab mempersembahkan lembu dan unta ke Ka'bah sebagai qurban untuk Tuhan mereka.

Ketika Islam turun, ibadah qurban diperbetulkan, Firman Allah:

5. 2. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu.

Islam mengakui konsep persembahan kepada Allah berupa penyembelihan haiwan, namun diatur sedemikian rupa sehingga sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bersih dari unsur penyekutuan terhadap Allah. Islam memasukkan dua nilai penting dalam ibadah qurban ini, iaitu nilai sejarah berupa mengabadikan kejadian penggantian qurban Nabi Ibrahim dengan seekor qibash dan nilai kemanusiaan berupa pemberian makanan dan membantu fakir miskin pada saat hari raya. Dalam hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi dari Zaid bin Arqam, suatu hari Rasulullah ditanyai "untuk apa sembelihan ini?" beliau menjawab: "Ini sunnah (tradisi) ayah kalian nabi Ibrahim a.s." lalu sahabat bertanya:"Apa manfaatnya bagi kami?" baginda menjawab: "Setiap bulu qurban itu membawa kebaikan" sahabat bertanya: "Apakah kulitnya?" beliau menjawab: "Setiap bulu dari kulit itu menjadi kebaikan".

Qurban juga ditujukan untuk memberi makan jamaah haji dan penduduk Makkah yang menunaikan ibadah haji.

Dalam surah al-Hajj ditegaskan:

22. 34. Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).

Begitu juga dijelaskan:

22. 27. Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh. "Unta yang kurus" menggambarkan jauh dan sukarnya yang ditempuh oleh jemaah haji.

22. 28. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir. "Hari yang ditentukan" ialah hari raya haji dan hari tasyriq, iaitu tanggal 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Itulah antara sedikit sebanyak kisah-kisah yang mungkin kita tidak pernah tahu disebalik ibadah qurban yang kita kerjakan saban tahun. Ramai yang menyangka qurban hanyalah ibadah sembelihan yang tidak penting atau hanya untuk membantu fakir miskin, tetapi jika didalami maksud dan pengertian qurban itu sendiri, ibadah qurban merupakan satu daripada fasa yang perlu dijalani umat Islam sejagat dalam memantapkan lagi iman serta membersihkan jiwa. Semoga segala ibadah dan qurban yang kita lakukan diterima dan diredhai oleh Allah S.W.T. Wallahu 'alam..


SAMI YUSUF SONG'S

Salam...
Kepada semua rakan2, kwn2, org2...
And esspecially yang minat Sami Yusuf~!
This blog will embed Sami Yusuf Songs Player...
So, sape yang nak dengar.. Just play je kat player dia kat tepi nih..
Kat sebelah kanan blog nih..
Semoga anda terhibur dan bermuhasabah dengan lagu2nya.
Jazakallah~!!

Faizal Tahir - Coba

Tags : , ,
Salam...
Currently, me and my friend was in final eXam mOod...
Masing2 tengah cari mooD untuk hentak paper masing2 sampai dapat 4flet...
Gud luck my fRiend... Selamat menCOBA...
Terimalah... SuperFaizalman Tahir - Coba

Faizal Tahir - Coba

KUTUK MENGUTUK???

Salam...
Jam menunjukkan pukul 11.50 malam dan aku masih lagi bergentayangan di sebuah kedai mamak kat Petaling Sec.14 sambil menikmati WiFi free dari kedai mamak itu. Huhu~ Syukur... Dpt line free.. Khidmat masyarakat oleh kedai mamak. Ape pun, kat depan table aku ni, ada 4 orang lelaki yang duduk makan semeja. Secara kasarnya, mereka mungkin PATI yang bekerja disini, tapi boleh jadi mereka ini pelajar yg belajar di Malaysia. Ape pun, mereka sume tu berasal dari Indonesia. Melihat kepada loghat atau dialek petuturan mereka yang agak kejawaan, aku yakin mereka Indonesian. Tapi aku bukan nak amik port pasal diorang Indon atau Malaysia, aku agak tersentak dengan topik yang diorang bincangkan dengan agak serius. MALAYSIA vs INDONESIA. Topik ape ni?? Bola ke?? Bukan la.. Tapi mereka sibuk membandingkan Tanah air mereka dengan Malaysia. Aku bukan apa, cuma tak brape setuju dengan ape yang dorang bangkitkan dalam bual sembang dorg tuh. Kebanyakkannya mengutuk. Macam la dorang takde kelemahan. Tak paham aku. Aku bukan nak bantah, ada juga motivasinya dalam sembang dorg tu, tapi, adil ke jika membesarkan sebelah pihak je, sebelah lagi dia buat tak nampak je. Maybe korang tak paham, tapi tu la hakikatnya. Aku bukan ape, cuma nak kata, Malaysia ke, Indon ke, Siam ke, Burma ke, Sape2 je la atas muka bumi ni, sumenya nak kutuk ngutuk antara satu sama lain. Haha~ Betul kan??? hoho~

Ma'assalamah~cermin diri mu...dan jagalah hati...

PETA KARBAU

Tags : , ,
Salam...
Kepalaku sungguh berpinau hari nih. Sumenya gara2 assignment peta karnaugh@peta karbau@peta k&%$k yang agak rumit untuk dijawab. Camne la nk jawab final nanti. Hmm.. Korang nak tengok rupa peta karnaugh@peta karbau@peta k&%$k tak??? Di bawah ini adalah gambarnye...

rajah 1.1 : inilah rupanya peta karnaugh yang bikin aku gundah gulana


Kepada rakan-rakan ku yang akan menjawab soalan peta karbau ini, semoga anda berjaya. Anda di ingatkan agar tidak terburu-buru supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh P.K.K Corporation Sdn Bhd. Semoga berjaya.

PENAT...

Tags : ,
Salam...
Update...Update...Update...
Huhuhu~ badan agak lesu sket...tadi gi Majlis Konvokesyen ILJTM kat Stadium Putra Bukit Jalil. Jadi penonton je. Huhu~ Balik terus ngadap internet ni. Nak updload 2 video accapela song untuk korang sumer. Moga terhibur dan terubat jiwa tuh. Aiwaahh~!!

Gradasi - Islam


Infinatez - Anugerah Yang Indah

ANDA DAN SAYA MASIH HIDUP???

Tags :
Salam warahmatulah...
Skrang baru pukul 2 petang, pukul 5 ptg baru boleh balik. Lecterur sume menghilang entah kemane. Ada yg kate dorang g rehearsal untuk konvo ILJTM. Hmm... Bagus jugak, boleh la log tenet. Hehehe. Semalam ber'ym' dgn sahabat sekolah dulu. Skarang dia di Jepun. Best jer dgr citer dia kat jepun. Katenye, skang tengah musim luruh kat Jepun, MasyaAllah... bestnye kalo dapat tengok dan rasa musim luruh kat sana. huhuhu~ Dekat Malaysia ni, musim menuai ada la. Syukur la. Kalo xde musim menuai, mane nak datang berasnye. Btol x? huhu. Teringat pulak kat nasik, perut dah lapar ni. Huhuhu.. Balik kang la makan.
Nak dijadikan cerita, semalam aku dapat email dari seorang sahabat, dalam email tu menceritakan tentang tubuh mantan Perdana Menteri Israel zionis yang kejam, Ariel Sharon, yang dah mampos tuh, mereput semasa nak mati. Ngeri gak tengok, tapi...nak kata sahih ke tak gambar tu tak taw la, nampak mcm edit pun a
da, korang tengok la sendiri kat bawah ni...


Gambar kecik kat tepi tu, nampak macam mumia pun ada gak. Apa pun, sememangnya Sharon dan kaumnya memang dah dilaknat Allah sejak azali. Dalam Al-Quran sendiri ada sebut, bahawa kaum Yahudi Israel ni memang tidak akan ada negara bagi mereka, malahan tidak ada tempat untuk mereka di atas muka bumi Allah ni. Kerana mereka ini golongan yang sangat dilaknat Allah. Tapi kalau kite tengok hari ni, pengaruh2 barat dan zionis israel ni dah menular luas ke seluruh dunia. Bukan sahaja kejam menghukum fizikal, malah sangat merbahaya bagi mereka yang lemah Iman dan kurang takwa. TV, radio, majalah, internet, website, sumenya dah ada pengaruh zionis, cuma kita saja la yang kene berfikir lebih jauh kedepan supaya dapat elak diri kita dari belenggu dan pengaruh mereka.

Sebagai seorang pelajar Muslim, kita sepatutnya ada rasa ingin mengelak dari terjerumus kedalam lembah yang mendorong kepada munkar. Kebanyakkan student, kini lebih suka amek jalan pintas dalam nak buat suatu keputusan. Bila ditanya kenapa buat begitu, katanya saja2, nak enjoy lebih, usia masih muda, lambat lagi nak mati..huh? Korang taw ke bila korang nak mati? Hmm... Aku sendiri dah tengok org mcm ni depan mata aku. Seorang pelajar lelaki islam dari UiTM dan seorang pelajar perempuan Islam dari UiAM di cekup berduaan oleh ayah aku sendiri (ayah aku salah seorang penguatkuasa JAIS) di sebuah rumah bujang kat tempat aku baru-baru ni. Ape nak jadi la diorang ni. Kedua-duanya tidak ada apa2 petalian darah saudara. Si perempuan pula bertudung litup. Bila dah diserbu, tersipu-sipu macam kera cirit keluar dari bilik dengan si lelaki. Dah takde rasa malu ke diorang nih? Bila diambil gambar, taw plak nak tutup muka. Hmm... Korang semua boleh fikir sendiri la. Masing2 dah matang kan? Fikir la sebelum nak buat sesuatu. Fikirkan juga hasil yang akan diperoleh lepas buat sesuatu tu, dapat untung ke, rugi ke, dosa ke, pahala ke.. So, sama-sama la renungkan perbuatan kita yang lepas2.. sambil-sambil tu, tengok la video kat bawah ni, Menanti di Barzakh by FarEast... Salam.....


P.K.K MEMBERS

Tags :

Atas permintaan rakan P.K.K, saya telah pun berbesar hati mengedit pic ahli terbesar P.K.K dan meletakkannye didalam bLog ini supaya rakan lain boleh mengenali ahli terbesar P.k.K dgn lebih dekat. Sekian. Wassalam. Tiga naga serumpun serai, Masuk pakai otak bukan tunjuk lagak. Apa aku merepek. lalalalala~

HATIKU...PERASAANKU

Tags :
Manusia...memang selalu tak merasa puas dengan apa yang dia ada. Kalo boleh nak perfect jer. Hmm.. But, aku bukan nak cakap pasal puas hati atau tak, tapi ada kene mengena juge dengan hati. Tiap manusia ada hati dan perasaan. Kalo takde bukan manusia la tuh. Penting bagi kita untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Walau macam mane buruk sekalipun layanan seseotang tu ke atas kita, namun kita sebagai manusia tidak berhak untuk membalas mengikut kata hati dan nafsu. Pendek kata, dalam menjalani hidup sehari-hari, amat penting untuk menjaga hati dan perasaan orang lain (tapi bukan jaga tepi kain...k). Sebagai seorang lelaki, aku juga ada hati dan perasaan. Macam-macam jenis perasaan yang aku tempuhi sejak akhir-akhir ni. Sampai rasa nak give-up!! Tapi aku masih berdiri sebagai seorang Muslim, so..as a muslim, kita tak boleh putus asa, HARAM tuh.

Aku masih ragu-ragu tentang permainan perasaan yang sedang aku hadapi sekarang. Mane taknye, bayangkan..benda atau insan yang anda suka, tiba2 lenyap macam tu je..hilang seperti biskut raya yang ditelan di rumah terbuka tempoh hari.....(ape la aku merepek ni). Straight to da point, kedukaan melanda seluruh hidup aku buat masa ni. Memang aku masih mampu bergelak hilai ketawa, but deep inside my heart, who know? who cares? Nobody... Tapi aku tak mengharap. Biar aku melaluinya sendiri, Insyallah..aku mampu.. Bukan belagak sombong tak perlu pertolongan, cuma tidak mahu menyusahkan sesiapa. Orang kata, kalau jalan sorang2, lebih berani, tapi kalo jalan berdua, lebih berani tapi kene kongsi berani tu dengan orang kedua tuh. Tak ke rugi tu??? Just think bout it..

Terlalu banyak kedukaan yang aku lalui dalam perenggan hidupku selama ini. Mungkin Allah sengaja mahu menguji, aku redha, pasrah. Mungkin sudah kehendaknya begitu, tapi aku tidak menganggap ini merupakan nasibku selamanya, sebab kita boleh mengubah nasib kita sendiri. Siapa lagi nak ubah kalo bukan kita sendiri??? Aku bersyukur kerana masih punyai kawan-kawan yang sudi menyayangi diriku yang tak seberapa nih. Semoga aku akan sentiasa bersyukur dengan kurnia yang amat besar ini...
.....................................................................................................................................
wishing happy birthday to my ex-dormmate Abu Darda@telur dadar.
wishing happy birthday to my classmate Hidayah@Dayah
wishing happy birthday to my ex-friend, Farrazleen
wishing happy birthday to all yang sambut birthday...
wishing you all joy and luck.
...........................................................................................................

PERTANDINGAN FOTO AYU N MACHOS 2008 (2nd Post)

Gambar lagi la...





PERTANDINGAN FOTO AYU N MACHOS 2008

Baru-baru nih telah diadakan satu pertandingan fotografi intercourse yang telah dianjurkan oleh Kelab Inovasi di bawah kelolaan En. Fazli Bin Ali yang sangat chumel. XD (kate farizna la..) Pertandingan tersebut telah mengambil tempat di persekitaran Taman Tasik Perdana dan juga Tugu Negara. Ia telah berlangsung pada 1 Ogos 2008 yang lalu. Ramai juga peserta yang telah mengambil bahagian. Masing2 beseronok dengan kemere masing2 sampai tak ingat dunia. Saksikanlah antara gambar2 yang telah diambil oleh Kumpulan Satu (kumpulan aku la..)






My FINAL EXAM POINTERS

Tags :
computer assembly - 4.00
computer troubleshooting - 4.00
operating system - 4.00
office application - 4.00
safety and environment - 4.00
basic electronic - 4.00
technical drawing -4.00
engineering math - 4.00
english - 4.00
Islamic study - 4.00
Alhamdulillah...

EXAM WEEK~!!

Tags :
Salam 'alaykum~
Takde pape yang nak dibebelkan hari ni..
sebab diriku sedang dalam keadaan tidur bersama-sama
buku dan nota yang ntah pape ntah. Huhu~ Exam week la bRo..
Seminggu lagi exam dah nak abis.. Pastu cuti~!!
But Administration dah potong my vacation...
huhu...dari 3 minggu jadi 2 minggu je..kene jadi asst.fasilitator!
camne la agaknye pe'el student2 baru nanti.
Hope dapat hadapi dengan tabah. All my fellow friends..
Pray for me~! Hope PoinTers akan mantap~ Insyallah~

To All ComPuteR TecHNolOgy n SySteM cLass...
EdY,FiZi,MaRd,AmEL,D.K,Sean Kishton,OldMan,Bone,Zaza,FareeZ
Kak Fara,Adah,AesHah,EkiNg,FarResna,NoWri
Kak LoNg,juJung,FaRiza,KaK Yam,
HaNa,EJan,RaiDah
SeLamAt BeRjUang Dan SelAmaT MajU JayA
JuMpe Sem Depan Weyh~!

REHLAH BIRO AGAMA ILPKL KE NEGERI MELAKA

Tags :
Salam Waramatullah..
Harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan baik sentiasa. Baru-baru ini, saya dan beberapa AJK Biro Agama ILPKL pergi ke negeri Melaka. Lawatan yang bertujuan saja2 dan untuk menghilangkan stress belajar itu telah diadakan pada 10 Mei 2008. Ramai jugak la yang pegi. Pada sebelah petangnya telah diadakan Friendly Match Volleyball diantara pasaukan volleyball ILP Kuala Lumpur dan ILP Bukit Katil, Melaka. Keputusannya, semestinya ILP Kuala Lumpur yang menang. Hehehe.. Ni ada sket gmbr untuk tatapan.

p/s: Player ILP Bukit Katil kalah mungkin sebab tak cukup training atau tak tutup aurat..huhu~ jgn marah yer..




LAGI KES PELAJAR MATI DI ASRAMA

Tags :
Saya baru sahaja mendengar berita tengahari tadi, seorang pelajar sekolah berasrama yang baru berusia 13 tahun mati dibelasah. Kepalanya parah dan terpaksa dijahit 18 sementara badannya pula ada kesan belasahan yang amat teruk. Tetapi pihak sekolahnya menafikannya dengan mengatakan arwah telah jatuh di surau semasa hendak mengerjakan solat subuh. Bedah siasat hospital telah menafikan hal itu dan menyatakan yang arwah telah dibelasah dengan teruk.

Apa sudah jadi dengan institusi pendidikan dan didikan zaman sekarang?? Adakah "belasahan" merupakan suatu alat bantu mengajar?? Sedangkan pada zaman dahulu pun, guru-guru tidak membelasah seteruk sehingga boleh membawa maut! Sudahlah dibelasah hingga mati, berani pula nak tutup pekung! Bukalah mata, sampai bile hal ni nak berlarutan?? Perkara seperti ini sangat-sangat perlu dirisaukan kerana ia akan memberi kesan yang mendalam kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama. Jika hal ini berlaku, ia memang suatu keadaan yang parah. Ini kerana Sekolah berasrama sudah dilihat sebagai sekolah yang selalu manghasilkan dan mengeluarkan pelajar yang bijak pandai.

Kementerian Pelajaran sewajarnya mengambil tindakan tegas bukan sahaja terhadap guru atau yang terlibat, malah tindakan perlu dikenakan terhadap sekolah itu sendiri. Saya sengaja mengutarakan hal ini kerana saya merupakan salah seorang bekas pelajar yang pernah bersekolah di sekolah berasrama dan bagi saya, memang tidak patut kes2 seperti ini berlaku di sekolah berasrama. Asrama umpama rumah kedua bagi pelajar, disitulah mereka nak menelaah pelajaran, disitulah tempat mereka berteduh, disitu juga mereka beribadah menghadap Allah Rabbul Jaleel...

Dimana bumi dipijak,
Disitu langit dijunjung,
Dimana tempat nak jadi bijak,
Sekolah asrama jom kita kunjung...
STOP KILLING HOSTEL STUDENT
DONT MAKE THEM FEAR TO STUDY!

HARI PEKERJA 2008

Tags :
Salam 'alaykum, alhamdulillah sempat juga saya mencoret
sedikit nukilan pada hari ini. Maklumlah, final exam semakin hampir,
dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam, dan sebagai
seorang pelajar, ingin saya mencoret beberapa nukilan sempena
Hari Pekerja 2008.

1 Mei merupakan satu tanggal yang dipilih bagi meraikan,
menghargai ataupun sebagai hari rehat bagi seluruh buruh
mahupun pekerja dalam negara kita. Hari Pekerja adalah seumpama
tahun baru yang disambut setiap tahun, tetapi, adakah bagi
mereka yang menyambut Hari Pekerja, mempunyai azam baru bagi memantapkan lagi mutu kerja mereka?? Adakah azam baru sekadar untuk sambutan tahun baru hijri atau masihi sahaja?? Ramai yang tidak pernah nampak atau memikirkan perkara ini. Bagi mereka yang bekerja di institusi kerajaan, atau lebih tepat lagi yang memegang tanggungjawab besar seperti pasukan Polis, Kastam, JPJ atau yang seumpama dengannya, adakah mereka berazam untuk meningkatkan mutu pekerjaan mereka? Bukan hendak mengutuk, bukan juga nak menuding sesiapa, cuma...jika direnung sejenak, kadar jenayah kita dilihat menjadi-jadi di negara ini. Ada jenayah yang dilakukan oleh orang awam, dan ada juga jenayah yang dilakukan oleh badan2 yang berkenaan itu. Sebagai seorang penjawat jawatan, kita seharusnya menjaga tingkah laku dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Banyak kes-kes yang kita dengar hari ini, melibatkan mereka yang bekerja dengan Institutsi yang tersebut. Sepatutnya, kita mesti berusaha untuk menundukkan jenayah. Rasuah umpamanya, semakin berleluasa dikalangan mereka. Bayangkan contohnya jika Pasukan Keselamatan berleluasa dengan rasuah, adakah rakyat masih mahu mempercayainya? Walaupun rasuah itu sekecil duit kopi, ia tetap akan dipanggil rasuah. Apa pun, saya sebenarnya terpanggil untuk menasihati rakan saya baru2 ni. Dia akan direkrut sebagai anggota polis selama 6 bulan, saya menasihatinya, agar sentiasa berada diatas landas agama yang benar, dan jangan sesekali menerima rasuah walaupun sekecil duit kopi, semoga Allah melindungi sahabatku.

Ayuh pekerja, ayuh buruh, ayuh semua, sama-sama kita pulihkan diri, bina semangat, bina jati diri yang mantap dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja, agar bumi Malaysia yang bertuah ini dapat meningkatkan lagi mutu ekonomi dan mutu modal insan yang sedia ada. Carilah rezeki yang halal, kerana keredhaan itu datangnya dari yang halal.

Selamat Hari Pekerja 2008
kepada :
Ayah, Ibu, Abang, Kakak, Abang Ipar
Pakcik, Abang Li dan semua saudara maraku...
Semoga kalian berjaya dalam kerjaya masing-masing...

BLOG DR.KHIR TOYO

Kepada semua rakan blogger, kepada yang nak layari laman blog
bekas MB Selangor, this is da addrs: http://www.drkhir.blogspot.com
Selamat memblogong~huhuhu~

MAULID NABI 1429H - Muhammad Ikon Sepanjang Zaman

Tags :
Salam 'alaykum warahmatullah...
Pertamanya, sama-sama la kita panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT
kerana sekali lagi Rabi'ul Awal telah tiba dan didalamnya pula terdapat
suatu tarikh yang agung dan besar didalam tarikh Islam yakni hari
kelahiran Rasulullah Nabi Muhammad SAW. 12 Rabi'ul Awal 1429H.
Kita sebagai umatnya perlu lah berbangga dengan Rasulullah kerana
baginda adalah Ikon yang tiada tolok bandingnya. Akhlaknya yang mulia
lagi disebut2 di dalam Al-Quran sudah cukup untuk membuktikan
bahawa Muhammad SAW adalah utuasan Allah teragung di atas bumi ini.
Baru-baru ini saya berkesempatan untuk menyertai Perhimpunan Maulud Nabi
Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Majlis
di serikan lagi dengan perarakan selawat oleh lebih 130 kontijen yang terdiri
daripada badan kerajaan, swasta, NGO, Institut Kemahiran dan Pengajian Tinggi
dan juga pelajar dari sekolah rendah dan menengah.
Perarakan bermula seawal jam 8.00 pagi. Kontijen mula berarak dan berselawat
dari kawasan parkir Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan terus
ke Stadium Putra Bukit Jalil. Sangat meriah dan indah suasana pada
pagi itu. Alunan selawat terus menerus bergempita. Majlis perhimpunan
itu dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.
Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid dari Hijjaz, Muadz, Mestica.
Johan Qari Antarabangsa turut mempersembahkan bacaan Al-Quran.
Buat pengetahuan, saya mewakili Kontinjen Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur.
(tempat belajar la...........huhu)
Semoga kita semua akan mendapat shafaat dari Rasulullah SAW...Insyallah..



MENONGKAH PERUBAHAN

Tags :
Alhamdulillah, syukur ke hadhrat Allah SWT kerana masih
lagi berada dalam nikmat Iman dan Islam pada masa ini.
Ku panjatkan juga kesyukuran ke hadhrat Allah SWT
diatas kemenangan B.A di negeri Selangor dan dibeberapa negeri lain.
Kejayaan ini telah membuktikan bahawa tidak semua
rakyat mahu kerajaan BN memerintah di Malaysia kerana
ada antara rakyat yang inginkan perubahan dalam sistem
pemerintahan di daulah Malaysia ini. Pada malam sebelum hari
mengundi tiba (Jumaat mlm Sabtu), saya berkesempatan
meronda-ronda di sekitar Kuala Lumpur. Bermula dari
Petaling Jaya, terus bergerak sehingga ke Sentul, dari Sentul
ke Kampung Baru, dari Kg. Baru terus ke Wangsa Maju, Keramat,
Setiawangsa, Ampang dan banyak lagi tempat. Ke mana sahaja
yang dituju, berkibaran panji pembangkang dan kerajaan.
Meriah sungguh... Tepat jam 1.00 pagi, saya dan rakan
memutuskan ingin pulang ke PJ, sewaktu pulang,
saya melintasi Jalan Chow Kit. Kelihatan selaut manusia
memenuhi jalanan Kuala Lumpur sambil mengibar
panji Keadilan dan PAS. Sungguh meriah pada malam tu.
Dan pada hari mengundi, Allah rakyat banyak pula yang
memangkah BA sehingga BA berjaya takluk Selangor,
Perak, Penang, Kedah dan berjaya mempertahankan Kelantan.
Allahuakbar...!

Sama-sama kita lihat paksi kebangkitan pucuk pimpinan
terbaru ini. Semoga mereka berjaya menongkah perubahan...