Salam 'alaykum warahmatullah...


Pertamanya, sama-sama la kita panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT
kerana sekali lagi Rabi'ul Awal telah tiba dan didalamnya pula terdapat
suatu tarikh yang agung dan besar didalam tarikh Islam yakni hari
kelahiran Rasulullah Nabi Muhammad SAW. 12 Rabi'ul Awal 1429H.
Kita sebagai umatnya perlu lah berbangga dengan Rasulullah kerana
baginda adalah Ikon yang tiada tolok bandingnya. Akhlaknya yang mulia
lagi disebut2 di dalam Al-Quran sudah cukup untuk membuktikan
bahawa Muhammad SAW adalah utuasan Allah teragung di atas bumi ini.
bahawa Muhammad SAW adalah utuasan Allah teragung di atas bumi ini.
Baru-baru ini saya berkesempatan untuk menyertai Perhimpunan Maulud Nabi
Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Majlis
di serikan lagi dengan perarakan selawat oleh lebih 130 kontijen yang terdiri
daripada badan kerajaan, swasta, NGO, Institut Kemahiran dan Pengajian Tinggi
dan juga pelajar dari sekolah rendah dan menengah.
Perarakan bermula seawal jam 8.00 pagi. Kontijen mula berarak dan berselawat
dari kawasan parkir Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan terus
ke Stadium Putra Bukit Jalil. Sangat meriah dan indah suasana pada
pagi itu. Alunan selawat terus menerus bergempita. Majlis perhimpunan
itu dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.
Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid dari Hijjaz, Muadz, Mestica.
Johan Qari Antarabangsa turut mempersembahkan bacaan Al-Quran.
Buat pengetahuan, saya mewakili Kontinjen Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur.
(tempat belajar la...........huhu)
Semoga kita semua akan mendapat shafaat dari Rasulullah SAW...Insyallah..
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)