Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...
0
comments
Ya Allah ya Tuhan ku,Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini, memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu. Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.
Ya AllahSegala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan Pemerintah hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolonganTunjukkanlah kami jalan yang lurus, Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka Bukannya jalan orang yang Engkau murkaidan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya ZaljalaaliwalikromAmpunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah. Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai,aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku, Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMuJauhilah aku dari segala laranganMu,Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.
Ya Allah, Ya Rahim Ya KarimJadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu dan berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil, bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah, terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati merekakasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang sedangkan ku tahu, Englau melarang menyebut walaupun perkataan “huh” kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku kesakitan yang amat sangat
sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih tidak pernah mereka mengadu sakit, lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku, harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku, namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah, kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dimalam ini aku terkenang semua itu dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah, dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah, rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah, aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah, aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah, aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang solehyang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allahjadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu. Teguhkanlah iman mereka ya Allah, jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.Tuhan Sekelian Alam.
Andainya hidup punca perpisahan,
Biarlah mati menyambungnya semula
Namun seandainya mati punca perpisahan,
Biarlah hidup itu membawa erti yang nyata
This Doa is for you Abi and Ummi...I love u forever... May Allah Abi and Ummi forever...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang.
1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan... ! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal... " (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya. wassalam

Salam...
Pada 1 September 2007, kumpulan Soul Ghamidi telah dijemput
untuk mengadakan persembahan bersempena 50 tahun merdeka
di Pandan Indah. Majlis merupakan anjuran Unit Amal Pandan Indah
dengan kerjasama Jawatankuasa Pas Bahagian Pandan Indah.
Persembahan pada hari itu turut diwarnai dengan persembahan
kumpulan nasyid underground yang membuat persembahan
untuk pertandingan Nasyeed On Stage Dan Karaoke Nasyeed.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada penduduk
setempat kerana venue persembahan merupakan padang bola
yang terletak di tengah-tengah kawasan taman.
Apa yang mengejutkanialah, sejurus Soul Ghamidi selesai membuat persembahan, pihak
penganjur telah megumumkan Soul Ghamidi sebagai juara pertandingan nasyid.
Sedangkan Soul Ghamidi hanya dijemput untuk membuat persembahan selingan.
Semua ahli Soul Ghamidi terkejut lantas tercengang. Namun mereka tetap menerima
dengan hati terbuka. Persembahan kumpulan-kumpulan nasyid pada hari itu
memang mantap dan bertenaga. Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur.

Subscribe to:
Comments (Atom)