HARI PEKERJA 2008

Tags :
Salam 'alaykum, alhamdulillah sempat juga saya mencoret
sedikit nukilan pada hari ini. Maklumlah, final exam semakin hampir,
dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam, dan sebagai
seorang pelajar, ingin saya mencoret beberapa nukilan sempena
Hari Pekerja 2008.

1 Mei merupakan satu tanggal yang dipilih bagi meraikan,
menghargai ataupun sebagai hari rehat bagi seluruh buruh
mahupun pekerja dalam negara kita. Hari Pekerja adalah seumpama
tahun baru yang disambut setiap tahun, tetapi, adakah bagi
mereka yang menyambut Hari Pekerja, mempunyai azam baru bagi memantapkan lagi mutu kerja mereka?? Adakah azam baru sekadar untuk sambutan tahun baru hijri atau masihi sahaja?? Ramai yang tidak pernah nampak atau memikirkan perkara ini. Bagi mereka yang bekerja di institusi kerajaan, atau lebih tepat lagi yang memegang tanggungjawab besar seperti pasukan Polis, Kastam, JPJ atau yang seumpama dengannya, adakah mereka berazam untuk meningkatkan mutu pekerjaan mereka? Bukan hendak mengutuk, bukan juga nak menuding sesiapa, cuma...jika direnung sejenak, kadar jenayah kita dilihat menjadi-jadi di negara ini. Ada jenayah yang dilakukan oleh orang awam, dan ada juga jenayah yang dilakukan oleh badan2 yang berkenaan itu. Sebagai seorang penjawat jawatan, kita seharusnya menjaga tingkah laku dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Banyak kes-kes yang kita dengar hari ini, melibatkan mereka yang bekerja dengan Institutsi yang tersebut. Sepatutnya, kita mesti berusaha untuk menundukkan jenayah. Rasuah umpamanya, semakin berleluasa dikalangan mereka. Bayangkan contohnya jika Pasukan Keselamatan berleluasa dengan rasuah, adakah rakyat masih mahu mempercayainya? Walaupun rasuah itu sekecil duit kopi, ia tetap akan dipanggil rasuah. Apa pun, saya sebenarnya terpanggil untuk menasihati rakan saya baru2 ni. Dia akan direkrut sebagai anggota polis selama 6 bulan, saya menasihatinya, agar sentiasa berada diatas landas agama yang benar, dan jangan sesekali menerima rasuah walaupun sekecil duit kopi, semoga Allah melindungi sahabatku.

Ayuh pekerja, ayuh buruh, ayuh semua, sama-sama kita pulihkan diri, bina semangat, bina jati diri yang mantap dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja, agar bumi Malaysia yang bertuah ini dapat meningkatkan lagi mutu ekonomi dan mutu modal insan yang sedia ada. Carilah rezeki yang halal, kerana keredhaan itu datangnya dari yang halal.

Selamat Hari Pekerja 2008
kepada :
Ayah, Ibu, Abang, Kakak, Abang Ipar
Pakcik, Abang Li dan semua saudara maraku...
Semoga kalian berjaya dalam kerjaya masing-masing...

BLOG DR.KHIR TOYO

Kepada semua rakan blogger, kepada yang nak layari laman blog
bekas MB Selangor, this is da addrs: http://www.drkhir.blogspot.com
Selamat memblogong~huhuhu~