MESTICA - Destinasi Cinta ACNI '05

Tags :
Video kenangan masa jadi backup singer mestica (destinasi cinta)
with Awiz, Daus and Naim...
Tapi hanya nampak muka masa lagu nak habis je..
ceh.....hehehehe~

RAYA PART 3 (FINAL EPISODE)

Tags :
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar…
Lailahaillallah..Wallahuakbar…
Allahuakbar Walillahilhamd'
"Suara takbir berkumandang
Membisik di hati
Sebak terasa di dada
Ku teringat kampung halaman
Di pagi indah aidilfitri
Yang mulia ini
Sayup jauh dingatan
Ayah bonda sanak dan saudara
Jangan sedih
Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati
Gema takbir menambat di jiwa"

Aku bersyukur pada yang Esa kerana masih
bernyawa dan beriman pada pagi Syawal yang mulia itu.
Sebak rasanya di dada pabila teringat akan
Ramadhan yang sudah berlalu.
Aku merasakan seperti baru minggu lepas
aku mula berpuasa, tetapi kerana pantasnya waktu berlalu,
aku akur bahawa Ramadhan itu telah berlalu.
Biarpun begitu, aku berharap agar sempat
bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Aku menunggu mu Ya Ramadhan Kareem…


Seperti biasa di pagi syawal,
aku mandi sunat Aidilfitri,
tahun ni aku cuma berkain pelikat dan berbaju melayu
bewarna hijau pudar.
Tahun ni, ayah ku agak sugul di pagi raya,
lama dia termenung melihat ayam peliharaan didalam reban.
Aku tahu apa yang bermain difikirannya.
Aku tahu dia mengenangkan arwah pakcik ku.
Yang telah mengahadap Rabbul Jaleel…

Seperti kebiasaan, kami sekeluarga akan beraya(mintak ampun)
selepas solat sunat Aidilfitri kerana
kebiasaannya ayah aku akan bertugas membaca
khutbah pada pagi itu. So dia kene pegi masjid awal.
Jadi kami sekeluargapun melangkah lah ke masjid.
Seperti yang dijangkakan, saf hadapan hampir
penuh dan yang memnuhkan saf itu adalah muslim2 berbangsa
acheh (bukan mangsa tsunami yg hanyut taw) yang bekerja
sebagai buruh binaan di tapak pembinaan berdekatan
dengan kawasan perumahan aku.

Tepat 8.30 pagi, ayah ku yang bertindak sebagai bilal dan
khatib pada pagi itu bangun dan memberi sepatah dua kata
memohon ampun dan maaf mewakili semua AJK pentadbiran
masjid dan terus menerangkan kaifiat solat Aidiklfitri. tapi
entah camne bapak aku bleh cakap camni

“saya akan menerangkan kaifiat atau cara2 mengerjakan
solat sunat Aidil Adha secara ringkas….”

Bapak aku ni mamai ke, atau terlebih happy coz dapat duit raya
banyak tahun ni. Haha.. pape pun, benda kecik je tuh..=)
Selepas selesai solat dan khutbah, jemaah masjid bersalaman dan
memohon maaf sesame mereka.
Aku dapat rasakan satu aura bila mereka bersatu, bersalam dan berselawat
bersama-sama. tanpa aku sedari, air mata ku mengalir di pipi dan jatuh ke
atas muka bumi Allah. Ya Allah, betapa hebatnya kuasa Mu.
Jika baru berkumpul didalam masjid yang sekecil ini sudah
berupaya menginsafkan diri, apetah lagi jika
berkumpul di tempat yang lebih luas seperti di Arafah.
Subhanallah………
Selesai bersalam dan berpelukan, aku terus menuju kerumah
dan telah kelihatan beberapa orang kawanku sedang menuggu
didepan rumah untuk beraya di rumah ku.
Ayahku juga menjemput jemaah masjid yang ada kelapangan
untuk menjamu selera di rumah aku pada pagi itu.

Selesai semua tetamu mengisi tangki masing2,
mereka pun terus beredar, yang xnk balik pun ada jgk.
Apa punya orang la tuh.
Selesai semua pinggan mangkuk ayun di basuh dan dikemas,
kami semua berkumpul sekeluarga dan memohon maaf
satu sama lain. Sesudah itu kami semua berkumpul dan
mengambil gambar bersama-sama.


Boleh dikatakan, setiap tahun gambar yang
kami ambil sama je.
Tapi raya kali nih, nampak penuh je frame tu..
Nak taw sebab ape?
Sbb abg ipar aku ar.. hahaha~
dia dah kawin dgn akak aku,
so bile dia enterprem tu yg jadi penuh frame..
hehe~
begitulah kisah raya aku tahun ni, pape pun perkara yang paling penting skali,
Hayatilah syawal dengan sepenuh hati. Moga Allah akan memberkati..=)
Tamat…

p/s: ingat nak sambung lagi, tapi takut korang boring plak..
kite sambung posting topik lain nnt..ok~!
p/s: Aidilfitri cuma sehari! BULAN SYAWAL yang 30 hari, betulkan minda ok~!=)

TOPIK PANAS!! l CINTA l

Tags :
Salam 'alaykum to all my readers.
Beberapa hari yang lalu, ada seorang perempuan
ingin mengenali ku dan berminat untuk
berkawan denganku. Aku tanpa rasa syak
terus menerima perempuan itu sebagai seorang
kawan. Biarlah ku namakan perempuan itu
sebagai "E". Selang sehari perkenalan kami,
si E ini telah mengaku padaku yang dia sudah 4
kali menjalin hubungan CINTA dengan lelaki
dan keempat2 hubungan itu tidak berjaya dan
berakhir dengan perpisahan. Aku pun bertanya
mengapa begitu banyak kali bercinta? Dan mengapa
semuanya berakhir dengan perpisahan?? Dia pun
menjawab yang lelaki yang dikenalinya semua tidak boleh dipercayai
dan dia sendiri tidak pernah berjumpa dengan pakwe2 nye itu!!
wow~! hmm, dalam fikiranku, perempuan ini mesti terlalu menjaga
kehormatannya dan aku dapat tahu yang perempuan ini cukup teliti
dalam setiap amal ibadahnya. Solat on time! Hmm, pada fikiranku,
perempuan ini mesti jarang bersosial. Aku pun bertanya lagi,
tapi kali ini, soalan yang ku aju berupa sebuah soalan "pancingan"
(ayat pancing). Aku bertanya pada dia yang adakah dia hendak keluar
bersama denganku. Dengan pantas dia jawab.. TAK NAK! Hmm, bagus..
Then aku tanya lagi, mengapa taknak keluar?? Dan dia menjawab, sebab
aku dan dia adalah lelaki dan perempuan yang sah berkahwin so xbleh kuar..
HARAM katanya. Dan aku pancing lagi, aku tanya, mengapa pula perlu timbul
soal halal haram sedangkan kita berdua adalah kawan dan bukannya
nak pergi buat maksiat. Dia tidak tetap dengan jawapannya..HARAM.....
Bagus permpuan ni dalam fikiran aku.. Aku terus membidasnya dengan
berkata, "owhh..keluar haram..abes tu yg hang BECINTA sampai 4 kali tu boleh plak??"
Dia diam agak lama dan menjawab, "sy x pernah bertemu dengan mereka, hanya cinta
dalam talian telefon"... owhhh.. boleh ye camtu plak. Aku tidak bertanya apa lagi.
Dan setakat situ saja aku memancingnya. Aku tergelak sendirian, camne bleh ada org
camni. CINTA dihalalkan. Hanya DATING diharamkan.. Hehehe~
Camne tu ek? Fikir-fikirkanlah....~~

ilal liqa'...

RAYA PART 2

Tags :
Alkisahnye ini adalah kisah yang berlaku pada malam raya, sambil aku sedang mencucuh mercun roket diselangi dengan alunan takbir yang mendayu-dayu yang lengkap dengan second dan third voice nya, henpon aku tetibe bedering…
dalam dingin subuh hatiku terusik..~~(ringtone lagu raya sudirman)
Aku lihat paparan skrin lantas tertera “ABANG EPI”,
abang aku daa…aku pun jawab…
Aku : halo, salam ‘alaykum..
Abg : w’slm..eid, ko ade katne tu?
Aku : Aku dlm roket soyuz dgn sheikh muzaphar..wakaka~
Aku kat umah la, nape?
Abg : bnyk la ko pnye soyuz..aku da smpai karak ni, dlm pkul seblas
Aku smpai rumah..
Aku : Dah tu lantak ko la nk smpai umah pkul brape pn..haha~
Abg : Aku x abes ckp lg, ko jgn g memane plak, jap lagi aku smpi kite
terus gi town..aku nk cari seluar la..
Aku : ok2..beres…roger2..

dongndeng~~..(bunyi ini ada pada fon sony ericsson apabila tamatkan call)
Setelah bersembang sebentar,
aku sambung kembali mencucuh mercun roket
kerana kampong sebelah dah bom pengkalan
aku masa aku jwb tepon td..(mcm budak2 plak…)
bedal punye bedal, abg ipar aku
sms dari pengkalan 2 (dia pn main mercun roket gak tapi lagi besar)
dia kata stok dia dah habis,
terpaksa menyerah….
aku panggil dia balik…
kami pun berjalan pulang ke rumah.
tak jauh pun, bakar mercun sebelah rumah je..haha~
Sampai di rumah mak aku pun bertanya…

Mak : amacam? Kampong sebelah serender ke?
Aku : serende apenye, abg shah(abg ipar aku) ni haa,
Kehabisan stok…memalukan je…jatuh reputasi kita tahun ni mak..
Mak : Takpe, besok malam cuba lagi…

Aku terus menuju ke dapur untuk mengambil
air sejuk, sambil2 tu aku Tanya kakak ku sama ada
ayah sudah balik atau belum…aku mencedok
segumpal pulut kuning dan rendang ayam sebelom aku
pergi mandi. Mana taknye, perut ni asek masuk asap
mercun roket je dari tadi…aku tengok jam, alamak, dah
pukul 10.45! cepat2 aku masuk ke bilik air dan mandi.
lepas mandi aku terus bersiap dan tunggu abang ku
didepan rumah.
Sedang aku duduk2 sambil membalas mesej raya,
ayah aku pun balik. Teserlah riak keletihan
disebalik wajah kacak ayahku yang dah 51 tahun
umurnya. Kesian plak aku tengok, mane taknye,
abes satu kampong dia pegi rewang (takbir rumah ke rumah).
besok nak baca khutbah raya lagi kat masjid.
aku tegur ayah ku..
Aku : banyak dpt duit raya ke yah?
Ayah : tengok org la. (sambil menggoncang2 poket jubahnye..)
Aku : aduh..rugi tak ikut…
Ayah : tu la ko, tak abis2 dengan roket soyuz ko (mercun roket)
Aku : skali skale..hehe..
Ayah pun berlalu masuk kerumah dengan penuh keriangan sebab
dapat banyak duit raya.
Lepas tu, abang aku pun sampai.
Vroomm~~psstt~!..Vroomm..psst~!.Vrooomm..psst~!..”
(bunyi enjin turbo kancil dia)

Aku : oii! Bising arr! kenapa kau suke bising?
Abg : sbb aku kan abg..peduli ape aku..jiran sume da balik kampong..
Aku : ye tak ye jugak..hah, tekan lagi..
Abg : ko tgu ape lagi, cepat la naik..

Aku pun terus masuk kete,
masa nak reverse kua dari umah, abg aku tibe2 brek,
katanya dia nmpk mata org kat tingkap umah aku..
memerhati tepat kearah kereta kami.
sekali abang ipar aku daa..
Abg Shah : korang nk gi mane haa…x ajak aku pun ye..
Abg aku : kitorg nak pi town jap! Cari seluar! Mari la~!
Abg Shah : ok2! Tgu jap! Yahoo~! Aduuhhh~!!!

Tetibe abg ipar ku menjerit…
dan tetibe terdengar suara kakak aku..

Kakak : ah~! Xde2! Abg shah ko x bleh pegi~!
Abg Shah : alaa..awk ni, kite baru nk jadi muda sket da bising..
Tengok la kakak korg ni, mcm2 budak aku di cubitnye..aduhh..
Kakak : dah, korang pegi cepat, Abang shah ko x leh pegi..

Aku dan abang ku tergelak gile kentang dan terus berlalu
menuju ke Uptown Shah Alam.
sewaktu perjalanan, aku lihat jalan cukup clear.
kereta memang tak banyak, mungkin sume dah balik kampong awal2.
yang ada Cuma mat rempit tak bertamadun
yang tak reti2 nak beraya dan berpuasa.
yang dia tahu, angkat tayar depan (wheelie) motor je 24jam.
malam raya pun bantai nk merempit lagi, mengong.
setibenye kami di Uptown Shah Alam,
hujan renyai2 pun turun, dan yang menghampakan adalah,
peniaga2 kat uptown kebanyakannya dah bungkus!
sume dah nak balik! Hampeh btol..
agak kecewa, kami pun terus masuk kereta balik dan
terus menuju ke Kuala Lumpur.
Seperti biasa, Kuala Lumpur memang tak pernah tido.
malam raya lagi la, mereka yang berniaga ada yang tutup
kedai sebelum solat aidilfitri. Huhu~ niaga sakan woo..
abang terus park kereta kat tengah2 jalan mcm jalan
tu dia yang punya. Kami berjalan menyusuri
jalan Tunku Abdul Rahman yang sesak dengan
orang ramai x sudah2 nak shopping.
mane taknye, macam2 ada kat kL tuh.
abang terus melangkah laju mencari kedai yang
ada menjual seluar jeans. Kami pun singgah di sebuah kedai
yang hanya berkhemah kanvas…

penjual : ya bang, mari masuk~! Pilih..pilih~!!
aku : masuk? Masuk mane? Xde pintu pun…
peniaga tu senyap kerana bengang…

abang : sekilo brape ni? Eh.. sehelai brape suar ni?
penjual : harga asal 60 selai tp aku bagi 40 je.. Amik dua 70. Murah bang~!
abang : kalo amik tiga?
penjual : tiga? 90 hengget bang..
abang : kalo amik empat?
penjual : empat? 120 hengget bang..
abang : kalo amik lima plak?
penjual : lima? 150 hengget bang..
abang : takpe la..bagi saya sehelai je la.
penjual : hek eleh, tanye harga sampai lima helai punye harga..Belinye sehelai je..bek x pyh tanye..
abang : mane taknye, tiap kali aku tanye, ko naik kan harga,tak jadi la aku beli..
penjual : ???? (kebingungan)

kami cepat2 bayar duit dan terus cabut sambil tergelak tebahak2 sebab
kene kan mamat tadi tuh..wakaka~
aku melihat jam dah hampir 4 pagi waktu tempatan.
Abang aku pun dah menguap mcm rimau aku tengok.
Kami pun decide untuk balik terus.
Sampai dirumah pukl 5 pagi,
aku buka pintu slow, takut2 dorg terjaga.
Masing2 dah tebongkang tak kurang juga yang bedengkur.
Aku terus menuju ke bilik, dan terus mencuba seluar yang dibeli tadi.
Ngam~! Nasib baik.. abg aku pun try gak, nsib bek ok gak..
Aku terus landing kat tilam.
Tetibe perut aku bernasyid doa makan yg slalu
Kua kat tV sebelom buke pose tuh.
ahh..lapar pulak ni…baik isi prut dulu..”
Aku terus ke dapur.
Ceh~! Abang aku dah sampai dulu rupanye~!
Pelahap betol~!
Aku terus amik piring dan amik seketol ayam KFC yg aku
beli untuk bebuke ptg tadi..fuh..hot n spicy..
Aku pun makan la smpai x brape nak kenyang..
Pastu aku terus tido.
Menanti pagi lebaran yang amat bermakna bagi ku
dan amat sedih bagi ayahku…

to be continue…~

RAYA PART 1

Tags :
Salam...
Hmm..syawal kali ini amat bermakna bagi keluargaku.
mana taknye, akak ku da bersuami, mak pak aku plak dah
bebiras. hehehe~ aku plak? Aku stay cam dulu. Still macho
di pagi raya. Ceh~ hehe.. Papepun aku bersyukur kerana
dikurnia abang ipar yang sporting dan cukup memahami
kehendak adik iparnye yang gila mercun. Hahaha~
Cuma raya kali ini agak tidak aktif sebab aku sekeluarga
x balik ke kampung to'ki di Terengganu. Beraya di umah tokwan
di Klang jer. Selebihnye beraya didepan tV sambil menghirup
air pepsi dan menggigit kuih samperit disamping menonton
peti kelalaian..Astaghfirullah... Ampuni la dosa ku.........
Nak di jadikan cerita, aku ni mempunyai satu kebiasaan
pada satu syawal. Aku sebenarnya x sangka pun benda ni
boleh jadi satu kebiasaan. Nak tau apa bendanya tu?
Haha~ Perkara kebiasaan itu adalah aku akan berasa
sakit perut yang amat sangat pada waktu selepas Asar.
Sebabnye?? Entahlah..mungkin cekik makanan banyka sgt kot.
Huhu~ Pape pun semoga syawal2 yang akan datang akan
lebih meriah dengan kehadiran orang baru. Sape orang baru tuh??
Jengjengjeng~~tungguuuuuu`~~

Kepada kawan2 dan sahabat sekalian,
mintak maaf la pada yang tak sempat jumpe tu.
Aku sibuk sgt walaupun ada masa yg terluang.
Maafkan daku..huhu~
Xpe, raya tahun depan korang datang la umah aku plak.
Asyik aku je kene g umah korang.
Ceh..~ kakaka~
Ape pun, semoga sahabat sekalian ceria selalu...
Nantikan pos akan datang.
To awiz, blaja rajin2..
Jgn taw nyanyi je..
hahahaha~

Ma'assalamah..
ilal liqa'..