Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.“Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?“Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…“
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?“
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
0
comments

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.
Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, “Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal.” Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, “Tinggalkan yang haram, dapat yang halal.”
Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain. Namun, sebelum dia beredar…datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, ” Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal.”
Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi.
Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT.Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya. Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu. Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. “Saya seorang duda,” jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.
Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.

~ttuyup~

Salam..
Alhamdulillah, bersua kita kembali.
Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada
kerajaan dan penganjur
Musabaqah Tilawah Al-Quran Antarabangsa
kerana telah berjaya menganjurkannya sekali lagi pada tahun ini
dan ianya merupakan kali yang ke 49.
Tahniah.
Malam pembukaan telah berlangsung dengan meriah malam tadi.
Siaran langsung terus yang dibawa oleh RTM1 telah ditonton
oleh segenap rakyat Malaysia.
Muqaddimah musabaqah telah diserikan dengan dendangan nasyid
dari artis Muadz dan Fareast dan kumpulan nasyid dari badan kerajaan.
Peserta pertama yang telah memperdengarkan bacaan ayat suci
Al-Quran Al-Karim adalah peserta dari Sri Lanka.
Semoga program2 yang membawa barakah ini
akan sentiasa disanjungi dan diteruskan.
Kerana sesungguhnya Rasulullah amat menyukai
umat2nya yang mengagungkan kalamullah.
"Al-Quran (al)Kareem Kalamullah"
Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud
"aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana kamu tidak akan
sesat dan menyimpang selagi mana kamu berpegang teguh padanya
yang mana ianya ialah Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnata Rasulillah (Hadis2 Nabi)"
Bersama-samalah kita menonton musabaqah ini
yang dipertontonkan secara langsung di RTM1.
Ma'assalamah............
ISU PALESTIN ADALAH MUSYKILAH UTAMA DUNIA ISLAM - Dr Mohamed Mahmoud El Sheikh Seyam (PART 2)
Tags :
palestin
Jihad Adalah Penyelesaian
Wahai kaum Muslimin! Bagaimanakah dapat diselesaikan masalah umat Islam di Palestin?Rakyat Palestin telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. Di antaranya ialah dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan. Bekas Presiden PLO, Yasser Arafat sebagaimana yang kamu ketahui telah mengikut jalan perdamaian ini sejak sekian lama sehinggakan beliau bersetuju untuk mengiktiraf negara haram Israel. AS dan kerajaan Israel telah menabur janji kepadanya untuk memberikan kekuasaan dan sebuah negara Palestin yang merdeka. Akan tetapi mereka telah mengkhianati dan menipunya sehinggalah ke peringkat meracuni dan membunuhnya! Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan yang lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad. Inilah jalan yang benar! Jihad adalah penyelesaian bagi masalah yang membelenggu umat Islam di Palestin!Bagi memastikan jihad ini bertambah kuat dan berterusan sehingga ke kemuncaknya, perjuangan ini menyaksikan penglibatan daripada segenap lapisan masyarakat sama ada golongan tua dan muda, lelaki dan perempuan juga termasuk kanak-kanak. Keseluruhannya terjun ke medan jihad termasuklah kanak-kanak yang melempar batu-batu. Sememangnya dalam mengharungi perjuangan suci ini menuntut pengorbanan yang tinggi dan gugurnya para syuhada dari seluruh lapisan masyarakatnya.
Dari kalangan orang-orang tua, kita telah menyaksikan contoh yang begitu bermakna dengan gugurnya Sheikh Ahmed Yassin r.h selaku pemimpin HAMAS yang dikasihi rakyat, semoga ALLAH merahmatinya dengan keagungan mati syahid. Dari kalangan orang-orang yang muda pula telah gugur syahid Dr.Abdel Aziz Rantisy r.h yang merupakan pembantu dan penggantinya. Juga telah gugur begitu ramai syuhada dari kalangan pemuda-pemudi, lelaki dan wanita, bahkan termasuk kanak-kanak yang mana telah pun kamu ketahui mengenainya.Seperkara yang begitu mengagumkan ialah kaum ibu dan wanita turut sama bersemangat untuk melaksanakan jihad dan penentangan. Mereka tidak mahu membiarkan hanya anak-anak mereka sahaja yang mendapat syahid. Bukan sahaja golongan lelaki yang mampu untuk melakukan 'amaliyyah istisyhadiyyah (operasi pengeboman berani mati untuk mendapatkan syahid), malah golongan wanita juga tidak ketinggalan. Pernah sekumpulan wanita dan ibu-ibu yang datang berjumpa Sheikh Ahmed Yassin r.h merayu sambil menangis teresak-esak agar mereka juga diberikan peluang untuk melakukan 'amaliyyah istisyhadiyyah dan terkorban sebagai syuhada. Pada mulanya beliau tidak mengizinkan akan tetapi setelah melihat kesungguhan mereka, akhirnya sebahagian dari kalangan mereka diizinkan untuk berbuat demikian. Jikalau dilihat dari segi strategi, sememangnya golongan wanita lebih mudah untuk melakukan operasi pengeboman ini. Kerana tentera-tentera Israel tidak begitu mengesyaki golongan wanita untuk masuk ke kawasan awam atau tempat-tempat di mana terdapat tentera yang sedang berkawal. Maka dengan mudah mereka dapat menyelinap masuk ke tengah-tengah tentera musuh lalu meletupkan diri sekaligus membunuh ramai tentera Israel dan mencederakan beberapa yang lain.Begitulah keberanian yang ditunjukkan oleh kaum wanita. Pernah juga terjadi suatu peristiwa di mana pada suatu pagi sekumpulan tentera Israel telah datang ke sebuah rumah. Pada ketika itu hanya yang berada di rumah tersebut ialah seorang ibu dan anak-anaknya. Salah seorang tentera tersebut bertanyakan tentang suami wanita itu lalu mengugut akan menangkap anak-anaknya sekiranya ibu tadi enggan bekerjasama. Beliau mengatakan bahawa suaminya tiada di rumah. Salah seorang tentera telah mengambil cerek kecil yang sedang mendidih airnya di dalam rumah tersebut lalu mencurahkan ke atas kepala seorang anak wanita itu yang masih kecil lalu membiarkannya menangis. Kemudian mereka menangkap 3 daripada 6 orang anak-anaknya sambil mengatakan bahawa sekiranya beliau masih enggan memberitahu di manakah suami beliau berada, mereka akan datang lagi pada keesokan hari. Dengan beraninya ibu tadi menjawab: "Aku memiliki 6 orang anak. Sekiranya kamu mengambil 3 orang anak-anakku, masih ada yang lain yang masih kecil. Mereka inilah nanti yang akan membunuh kamu sekalian!"
Pendidikan Jihad Sempena Ramadan
Bukan sahaja di medan perjuangan kita menyaksikan penglibatan golongan wanita, malah kaum wanita juga memainkan peranan yang cukup besar dalam mendidik anak-anak bangsa mereka ketika mana para suami dan golongan lelaki pergi menunaikan tanggungjawab dan melaksanakan perjuangan menentang musuh-musuh.Sempena bulan Ramadan al-Mubarak, kaum ibu di Palestin telah mendidik anak-anak mereka dalam segenap segi. Di antaranya ialah ketika mereka menyediakan hidangan berbuka puasa, di mana seluruh ahli keluarga akan berkumpul mengelilingi hidangan. Kaum ibu akan membiarkan tempat duduk yang kosong untuk anak-anak mereka yang telah gugur syahid, juga yang sedang merengkok di dalam penjara Israel dan yang sedang berjuang menentang musuh-musuh serta berada di bukit-bukau dan lembah menunaikan kefarduan jihad. Ini dilakukan supaya anak-anak tidak melupakan saudara-saudara mereka yang telah mati syahid, dipenjarakan dan yang sedang berjuang di luar sana. Agar mereka menaruh dendam terhadap musuh-musuh yang telah membunuh ahli keluarga mereka dan menanamkan rasa cinta untuk berjihad dan mengikut jejak langkah saudara-saudara mereka yang lain. Mereka inilah yang akan meneruskan perjuangan jihad dan penentangan sehinggalah ALLAH S.W.T mendatangkan janji-NYA dengan memberikan kemenangan kepada kaum muslimin.. insyaALLAH!
Asas-asas Yang Menjadi Pegangan Untuk Meneruskan Jihad
Wahai kaum muslimin sekalian.Dalam melaksanakan jihad ini, rakyat Palestin telah berpegang kepada 3 asas yang utama.
Pertama: Perintah ALLAH untuk melaksanakan Jihad.
ALLAH S.W.T telah memerintahkan kaum Muslimin untuk berjihad mempertahankan diri mereka terhadap kezaliman.
Firman ALLAH S.W.T (maksudnya): "Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dizalimi; dan sesungguhnya ALLAH Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). " (Surah al-Hajj, ayat 39)
Firman ALLAH lagi (maksudnya): "Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan ALLAH maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh ALLAH di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada ALLAH? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (Surah al-Taubah: 111)
Firman-NYA lagi (maksudnya): "Perangilah mereka, nescaya ALLAH akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan ALLAH akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman." (Surah al-Taubah: 14)
Rakyat Palestin berpegang kepada perintah ALLAH ini untuk meneruskan perjuangan mereka membebaskan Masjid al-Aqsa dan tanah air mereka. Di mana umat Islam tidak boleh berpaling diri daripada perintah ALLAH untuk berjuang mempertahankan bumi Islam daripada penjajahan apatah lagi yang membiarkan Masjid al-Aqsa diceroboh dan dikotori oleh musuh-musuh. Oleh itu hukum jihad adalah fardu ain terutamanya bagi umat Islam di Palestin, kerana mereka tinggal di bumi suci tersebut dan mereka rela mengorbankan darah dan nyawa mereka demi mempertahankannya. Rakyat Palestin akan terus berjuang dengan segala kekuatan mereka sehinggalah terbebasnya Masjid al-Aqsa al-Mubarak dan sehingga mereka menghalau musuh-musuh dan penjajah Yahudi keluar dari tanah air mereka. InsyaALLAH.
Kedua: Pergantungan kepada diri mereka.
Setelah berpegang kepada perintah ALLAH tersebut dan meletakkan pergantungan diri kepada-NYA, rakyat Palestin juga bergantung kepada diri mereka sendiri untuk meneruskan perjuangan. Ini kerana sekiranya mereka tidak berbuat demikian, maka siapakah lagi yang dapat melaksanakan kewajipan tersebut? Kerana itulah pendidikan jihad diterapkan ke dalam sanubari anak-anak mereka supaya penentangan terhadap musuh-musuh akan berterusan dari satu generasi ke generasi yang lain.
Ketiga: Pergantungan kepada sokongan umat Islam dari luar.
Umat Islam di Palestin juga meletakkan harapan dan pergantungan kepada sokongan serta bantuan daripada saudara-saudara mereka dari luar. Mereka tidak lagi mengharapkan sokongan daripada kerajaan negara-negara Arab, para pemimpin dan raja-raja mereka yang selama ini telah jelas mengkhianati mereka dan cenderung kepada barat serta bersekongkol dengan AS dan Zionis Israel. Mereka menghalang bantuan dan derma-derma daripada di salurkan kepada mereka yang sedang menderita di bumi Palestin. Mereka ini dibantu oleh AS untuk mengekalkan kekuasaan dan hanya mahu menjaga kedudukan kerusi masing-masing. Kerana itu rakyat Palestin tidak lagi mengharapkan sokongan mereka.Namun itu tidak bermakna rakyat di negara-negara mereka juga bersikap demikian, yang saya maksudkan ialah para pemimpin dan raja mereka. Sedangkan gelombang kebangkitan rakyat begitu jelas menyokong kami di Palestin. Contohnya rakyat dan bangsa Arab di Syria dan Jordan yang menyatakan sokongan padu mendukung perjuangan saudara-saudara mereka di Palestin. Bahkan rakyat Palestin begitu terharu apabila mendapati saudara-saudara mereka di Malaysia, Indonesia, India, Pakistan, Sri Lanka dan negara-negara lain di Asia turut sama merasai penderitaan mereka dan menghulurkan bantuan sekadar kemampuan yang terdaya.
Kecelakaan Buat Mereka Yang Kaya-raya
Wahai kaum muslimin,Sahabat saya iaitu Dr.Mohsen M.Saleh (Associate Professor of Palestinian Studies and Modern Arab History, Az-Zaytoon Research Centre, Beirut) telah mengatakan bahawa sekiranya negara-negara Arab memberikan sebahagian daripada harta zakat mereka, tentulah jumlahnya cukup besar untuk membantu keperluan saudara-saudara mereka di Palestin. Walau bagaimanapun, saya ada pendapat yang berbeza. Saya ingin menegaskan di sini bahawa kami rakyat Palestin tidak memerlukan wang dan harta-benda kamu untuk kami meneruskan perjuangan jihad ini!Wahai para pemimpin kerajaan, raja-raja dan para hartawan Arab yang kaya-raya! Simpan sahajalah wang kamu semua! Pergilah kamu bersama-sama harta-benda kamu itu menuju ke neraka Jahanam!!!Ketahuilah! Mereka itu bukan sahaja tidak mahu membantu umat Islam dan rakyat Palestin! Bahkan kerajaan-kerajaan Arab ini tunduk kepada kemahuan Amerika dan Yahudi Zionis melakukan kezaliman dengan menghalang bantuan-bantuan kewangan, makanan dan ubat-ubatan yang datang dari luar untuk dibawa masuk ke bumi Palestin! Mereka telah mengkhianati kami! Kami akan mendakwa mereka ini di hadapan Allah pada hari akhirat kelak!
*Penulis adalah sukarelawan Muslim Care Society Malaysia, masih menuntut serta merupakan pengiring peribadi dan penterjemah kepada Dr.Mohamed Mahmoud El Sheikh Seyam dalam program Muslim Care Raising Fund For Palestine. Secara kebetulan penulis juga tinggal berdekatan dengan beliau di bandar Sana'a, Republik Yemen.

ISU PALESTIN ADALAH MUSYKILAH UTAMA DUNIA ISLAM - Dr Mohamed Mahmoud El Sheikh Seyam
Tags :
palestin
Isu Palestin Adalah Masalah Utama Dunia Islam
-Dr.Mohamed Mahmoud El Sheikh Seyam
(Mantan Imam dan Khatib Masjid al-Aqsa, Palestin)
Terjemahan dan susunan oleh: Imran al-Malizi*(imran_almalizi@ yahoo.com)PendahuluanBeberapa bulan yang lalu, Mantan Imam dan Khatib Masjid al-Aqsa, yang juga Mantan Rektor Universiti Islam Gaza, Palestin dan Ahli Jawatankuasa al-Quds Foundation iaitu Dr.Mohamed Mahmoud El Sheikh Seyam telah mengunjungi negara ini sempena program Muslim Care Raising Fund For Palestine bermula pada 23 Ogos 2006 - 8 Sept 2006 dan kunjungan berikutnya pada 10 Okt 2006 – 12 Okt 2006.
Dalam sesi ini beliau telah menyampaikan ucapan di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Di antara masjid dan surau yang menerima kunjungan bekas khatib Masjid al-Aqsa ini ialah Masjid Sultan Abdul Aziz Shah -Shah Alam, Masjid Asy-Syakirin -KLCC, Masjid Al-Rahman -Universiti Malaya, Masjid Wilayah –Kuala Lumpur, Masjid Lapangan Terbang Subang, Masjid Telekom –Taiping, Surau Menara Maybank, Surau Menara Petronas, Surau Bank Pembangunan, Menara Telekom Malaysia, Perodua, NAZA dan lain-lain.Pihak yang telah bertanggungjawab membawa tetamu istimewa ini ke Malaysia ialah Muslim Care Malaysia Society iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dan telah memainkan peranan untuk memberikan bantuan kemanusiaan tanpa sempadan kepada umat Islam di beberapa buah negara seperti di Indonesia (Acheh), Pakistan, Iran (Baan) dan juga memberikan bantuan kebajikan kepada muslimin di Kemboja .Pada kali ini pihak Muslim Care telah berusaha membawa Dr.Mohamed Mahmoud El Sheikh Seyam ke negara ini bertujuan mengumpulkan dana dan derma untuk disumbangkan kepada umat Islam yang memerlukan di Palestin. Di samping itu siri ceramah ini juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan isu Palestin yang mana ianya disampaikan oleh individu yang pernah terlibat secara langsung dalam perjuangan menuntut kembali hak umat Islam di bumi berdarah tersebut. Sememangnya beliau telah lama dilihat membangkitkan semangat jihad rakyat Palestin melalui khutbah-khutbahnya yang begitu berani mengutuk penjajahan Zionis Israel di bumi suci tersebut. Beliau telah dihalau keluar dari bumi Palestin semenjak tahun 1988 setelah dituduh oleh kerajaan Israel sebagai aktivis yang menulis keterangan-keterang an bagi pihak HAMAS. Sejak itu beliau telah tinggal di beberapa buah negara Arab termasuk Republik Sudan dan akhirnya menetap di Sana'a, Republik Yaman sehingga kini. Beliau telah banyak menyampaikan syarahan dan ucapan serta mengunjungi negara-negara Arab dan Asia untuk memperjuangkan isu Palestin termasuk di Iran, India, Pakistan, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan lain-lain.Teks ucapan ini ditulis dan disusun semula berdasarkan catitan dan helaian-helaian nota yang penulis kumpulkan sepanjang 19 hari bersama beliau sebagai penterjemah dan pengiring peribadi. Oleh kerana isi kandungan ucapan beliau tidak jauh berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain, penulis menyusun terjemahan teks ucapan ini dengan bahasa yang mudah dan ringkas. Juga disertakan isi-isi ucapan beliau yang tidak terdapat di sesetengah tempat agar ianya saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Berikut adalah himpunan ucapan beliau:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala Puji bagi ALLAH TUHAN yang Mentadbir Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w. Imam bagi orang-orang yang bertaqwa, yang mana Baginda sendiri telah memimpin para mujahidin mengharungi pertempuran dan peperangan pada jalan ALLAH sehingga tertegaknya agama ini. Baginda s.a.w telah meninggalkan kepada kita panduan yang jelas, sesiapa yang mengikutinya pasti mendapat kejayaan dan sesiapa yang menyeleweng sesungguhnya dia akan binasa dan mendapat kecelakaan. Juga salam ke atas ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sehinggalah Hari Kiamat.Saya bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan ALLAH, Maha Esa DIA dan tiada sekutu bagi-NYA. Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba dan pesuruh-NYA.Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian. Saya mendahulukan kata-kata dalam pertemuan ini dengan salam penghormatan sesama Islam;Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..Kaum muslimin dan muslimat sekalian,Saya sangat berbesar hati dan berkeinginan untuk datang menziarahi negara ini. Menziarahi kamu semua rakyat Malaysia sebagai umat Islam yang begitu prihatin dan berasa cinta untuk mempertahankan dan menyatakan sokongan terhadap nasib yang menimpa saudara-saudara kamu di Palestin. Kerana itulah semenjak penghujung tahun 80-an, saya telah datang ke negara ini secara berulang kali dengan menghadiri pelbagai persidangan, seminar, konferen, perhimpunan dan muktamar yang diadakan di masjid-masjid, dewan-dewan besar, universiti-universi ti, tempat perhimpunan umum dan sebagainya di seluruh negara ini, untuk mewakili rakyat Palestin dalam menyatakan rasa terima kasih mereka kepada kamu sekalian dengan semangat persaudaraan Islam.Suatu ketika dahulu juga saya pernah datang ke Malaysia ini beberapa kali untuk menyampaikan ucapan berkenaan isu Palestin dan mengumpulkan derma dan bantuan-bantuan lain untuk disampaikan kepada saudara-saudara kamu yang memerlukan di bumi Palestin. Namun pada ketika ini, saya mendapati bahawa rakyat Malaysia telah mengasaskan banyak pertubuhan-pertubuh an kebajikan dan secara sukarela membantu saudara-saudara Islam mereka yang ditimpa bencana di serata pelusuk dunia. Salah satu pertubuhan itu ialah Muslim Care yang telah memainkan peranan yang besar dalam membantu umat Islam di Indonesia khususnya di wilayah Acheh ketika di landa ombak tsunami suatu ketika dulu. Juga mereka telah membantu umat Islam di Pakistan ketika bencana gempa bumi, begitu juga bencana yang berlaku di Iran dan di negara-negara yang lain.Pada kali ini, mereka telah menganjurkan kempen bagi mengumpulkan dana untuk membantu umat Islam di bumi Palestin. Sudah tentunya usaha ini tidak terhad untuk suatu tempoh tertentu bahkan ianya akan diteruskan dari masa ke semasa.Isu Palestin Adalah Masalah Utama Dunia IslamWahai kaum Muslimin!Umat Islam pada hari ini berdepan dengan masalah dan isu-isu yang terlalu banyak. Penindasan dan kezaliman terhadap mereka berlaku di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini. Masalah-masalah umat Islam yang berlaku di Palestin, Iraq, Lubnan, Afghanistan, Chehnya, Kashmir, Filipina, Indonesia dan bahkan kezaliman yang berlaku di negara jiran kamu; selatan Thailand! Masalah yang begitu banyak dan kesemua ini berpunca daripada isu yang berlaku di Palestin. Sebagai contoh, Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iraq (2003) adalah demi untuk menjaga kepentingan Israel di rantau tersebut. AS mahu menjauhkan sebarang ancaman dan memelihara kedudukan sekutu-sekutu mereka di Asia Barat. AS juga membantu Israel menyerang selatan Lubnan adalah bertujuan untuk menghapuskan Hezbollah yang telah berjuang mempertahankan tanah air mereka serta menyokong perjuangan saudara-saudara Islam mereka di Palestin. Begitulah juga masalah-masalah lain yang berlaku dalam dunia Islam – asas dan puncanya adalah 'isu Palestin'. Kerana dengan isu-isu yang lain itu juga umat Islam akan kehilangan tumpuan mereka terhadap masalah yang berlaku di Palestin. Sekiranya masalah di Palestin dapat diselesaikan, maka akan berakhirlah masalah-masalah umat Islam di negara-negara yang lain. InsyaALLAH!Isu Palestin adalah isu akidah, yang mana umat Islam sama-sama memikul tanggungjawab untuk menyelesaikannya. Kerana ALLAH S.W.T telah memuliakan Masjid al-Aqsa melalui firman-NYA di dalam al-Quran (maksudnya):
"Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hamba-NYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Israk, ayat 1)
Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya):
"Janganlah kamu bersusah payah untuk pergi (bermusafir) melainkan ke tiga buah Masjid : Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa dan Masjidku ini (Masjid al-Nabawi, di Madinah al-Munawwarah) " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Bumi Palestin dan Baitul-Maqdis telah diceroboh oleh tentera-tentera penjajah Zionis Israel! Masjid al-Aqsa telah dikotori dan dinajisi oleh golongan Yahudi yang melampui batas! Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat Islam dan terletak di salah sebuah daripada tiga kota suci bagi kaum muslimin selepas Makkah dan Madinah. Sepatutnya seluruh umat Islam berasa cinta untuk mempertahankan kesuciannya dan merasakan kehilangannya. Akan tetapi mereka semua masih 'nyenyak' tidur! Bangsa Arab sering mengatakan bahawa 'kami telah kehilangan Masjid al-Aqsa..' Saya ingin menegaskan di sini bahawa: "Masjid al-Aqsa adalah hak milik umat Islam di seluruh pelusuk dunia! Ianya bukan sahaja milik bangsa Arab atau rakyat Palestin, bahkan ianya adalah milik kamu dan sepatutnya kamu semua bertanya kepada diri kamu sendiri apakah yang telah kamu lakukan untuk membebaskan Masjid al-Aqsa..? Sesungguhnya ALLAH akan menyoal kamu semua pada hari Akhirat kelak!
"Firman ALLAH S.W.T (maksudnya): "Maka apabila sampai masa janji yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau; dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku." (Surah al-Israk: 5)
ALLAH S.W.T telah menyatakan kepada kita dengan janji-NYA bahawa mereka yang mampu melakukan amanah tersebut adalah dari kalangan hamba-hamba- NYA yang gagah perkasa bukan mereka yang lemah dan mengikut telunjuk musuh-musuh serta mengikut hawa nafsu.
to be continue...

Salam semuanya...
Semoga anda berada dalam keadaan yang aman dan sejatera.
Firstly, saya nk anda lihat gamba dibawah ini.

ade ke patut nama aku dibuat jenama rokok!!
Hampeh betol!!
Buat pengetahuan korang sume, rokok ini
dikeluarkan oleh Israel kalo x silap aku la.
Tengok kat bawah dia, ade tulis "Jurusalem Cigarette Co"
Tekezut gak aku bile tengok pic ni.
Huhu~!
Pape pun, katakan taknak pada merokok!
And SAY NO TO ISRAEL!!!
==================================================
Hmm, dalam masa beberapa hari lagi Malaysia
akan menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-50.
Sama-sama lah kita meraikannya dengan
memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T.
Apa yang hendak dikatakan disini,
adakah rakyat Malaysia sudah betul2 bebas dan merdeka???
Adakah pemikiran kita sudah merdeka???
Adakah kita telah merdeka sepenuhnya???
Bagi saya, masih ramai lagi yang belum merdeka.
Ini kerana, walaupun secara amnya kita telah bebas
dari cengkaman penjajah, walhal budaya dan pemikiran
kita rasanya masih dijajah. Lihat saja pada budaya
remaja hari ini. Bermacam-macam pertubuhan
songsang yang telah wujud di Malaysia ini
dan kebanyakan pertubuhan ini disertai oleh anak-anak muda
warga Malaysia yang kebanyakannya adalah Melayu.
Saya tidak ingin untuk menulis panjang lebar berkenaan
perkara ini kerana sudah acap kali perkara ini dibincangkan.
Jadi, fikir-fikirkanlah, buang yang keruh, ambil yang jernih.
p/s: Malaysia dah merdeka 50 Tahun, takkan nak tunggu umur 50 baru nak berubah..XD

Assalamualaikum wbt...
Salam ukhwah kepada teman2 sekalian.
Dah lame rasenye tak menaip, sibuk sgt dengan urusan
kerja. Pape pun, semoga anda semua sentiasa
mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah SWT.
Firstly i would like to say thanks to Bro. Muadz..
Coz uplink kn my blog neh kat ur blog.
I realy appreaciate it bro. huhu~
Bkn senang woo nk dpt pluang camni..huhu~ (kembang+riak sket=astaghfirullah..)
Pape pun ramai gak rupenye peminat muadz neh.
Semoga bro trus berjaya dan berjaya di dunia dan akhirat.
Sebenarnye badan tengah lesu mase menaip neh.
Tadi siang pegi jom heboh, pastu duduk jap kat booth "Kota Ilmu".
Bukan sekejap lg, lame gak ar. Sebab dengar tazkirah
dari ustaz dari UIA, lupe ar namenye.
Best dengar tazkirah dia, menusuk qolbu bak kata pak arab.
Tapi ana sikit terkilan la dengan pengurusan jomheboh ni.
Bukan ape, mase dok dengar tazkirah tu,
didepan booth kota ilmu terletak booth lain
yg menjadi tarikan ramai spt booth AKSI(slot drama TV3),
booth Alam Ria Disney dan mcm2 booth lagi.
Nak dijadikan cerita, tazkirah berlangsung selama sejam (x pasti sgt).
Tu pun nak dekat waktu Zohor. Ape la salahnye kalo
pihak pengurusan Jom Heboh tutup kejap muzik yang berdentum2
tu skejap and then ramai2 berhimpun kat booth Kota Ilmu
utk dgr tazkirah. Lagi pun, hampir 90% pengunjung
Jom Heboh adalah MELAYU dan ISLAM!!
Why not kite tutup muzik kejap and kumpul ramai2.
Kalo taknak kumpul pun just slowkan bunyi muzik ckup la.
Bagi laluan kat Ustaz untuk beri sedikit ilmu.
Nak berhibur berhibur la, tapi ilmu mesti masuk.
Jangan lalai sgt.
Anyway,syabas TV3 dengan program Jom Heboh anda.
Banyak juga manfaat selain hiburan semata.

bersambung...(ngantuk daa..~)
Al-ilmu fisshudur..~
Subscribe to:
Comments (Atom)