MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA KALI KE-49

Tags :

Salam..

Alhamdulillah, bersua kita kembali.
Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada
kerajaan dan penganjur
Musabaqah Tilawah Al-Quran Antarabangsa
kerana telah berjaya menganjurkannya sekali lagi pada tahun ini
dan ianya merupakan kali yang ke 49.

Tahniah.

Malam pembukaan telah berlangsung dengan meriah malam tadi.
Siaran langsung terus yang dibawa oleh RTM1 telah ditonton
oleh segenap rakyat Malaysia.
Muqaddimah musabaqah telah diserikan dengan dendangan nasyid
dari artis Muadz dan Fareast dan kumpulan nasyid dari badan kerajaan.
Peserta pertama yang telah memperdengarkan bacaan ayat suci

Al-Quran Al-Karim adalah peserta dari Sri Lanka.
Semoga program2 yang membawa barakah ini
akan sentiasa disanjungi dan diteruskan.
Kerana sesungguhnya Rasulullah amat menyukai
umat2nya yang mengagungkan kalamullah.

"Al-Quran (al)Kareem Kalamullah"

Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud
"aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana kamu tidak akan
sesat dan menyimpang selagi mana kamu berpegang teguh padanya
yang mana ianya ialah Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnata Rasulillah (Hadis2 Nabi)"

Bersama-samalah kita menonton musabaqah ini
yang dipertontonkan secara langsung di RTM1.

Ma'assalamah............








Post a Comment