SALAM MA'AL HIJRAH 1430

Tags :
Salam...
Pejam celik pejam celik...dah nak masuk tahun baru dah?? Subhanallah...cepat sungguh masa berlalu. Dalam kadar itu juga, terdetik juga dihati, dunia sudah semakin tua, diri juga makin tua. Amalan??? Cukup ke? Sempurna ke?? Terlebih ke?? Kurang ke?? Dah topup ke?? Teringat petikan khutbah Jumaat oleh khatib jemputan di masjid tengahari tadi...katanya...

"Takwa itu adalah berhati-hati yakni berhati-hati dalam setiap amalan yang dilakukan dalam hidup. Maka hidup kita sebagai mukmin mestilah berbajukan takwa, kerana sebaik-baik pakaian adalah takwa. Firman Allah SWT dalam surah Yaasin
"Wamtazul yauma ayyuhal mujrimun",
dan berpisahlah kamu pada hari kiamat wahai orang yang berdosa.
Bepisahlah kamu dari yang melakukan kebaikan. Sesungguhnya masa depan orang yang kufur pada masa itu adalah neraka semata-mata..."


Teringat pula aku ayat selepas ayat yang dibaca tadi, mafhumnya,
"bukankah kamu wahai manusia telah diingatkan tiap ketika agar jangan sesekali menyembah syaitan, kerana syaitan adalah kesesatan yang nyata dihadapan manusia"


Lantaran itu, saya, kita dan anda sebagai manusia, yang ber"title"kan muslim ni, pakat2 la memperbanyakkan amalan. Memang benar, kala ini banyak gangguan@godaan apabila kita cuba mendekatkan diri pada Allah. Tapi, cuba renungkan, andai kata, sehari selepas anda membaca posting ini, anda kembali bertemu Allah SWT, dan anda telah memperbanyakkan ibadah dan amalan, tetapi, yakinkah anda bahawa amalan selama SEHARI yang terakhir itu mencukupi untuk menampung segala amalan dan ibadah yang tertinggal atau sengaja ditinggal sebelum ini? Nauzubillah...semoga Allah melanjutkan usia kita semua agar dapat kita memperbaiki cara hidup serta memperbanyak amal ibadah.

Sempena kedatangan tahun baru hijrah ini, mari kita sama-sama memperbaiki pemahaman dan pendirian kita terhadap TAKWA itu sendiri. Jangan hanya memahami TAKWA itu dengan makna takut kepada Allah semata-mata, tapi perlu di ingatkan, tanpa amalan hidup tidak bermakna, tanpa beribadah kepada Allah, maknanya kamu bukan ISLAM! Ingatlah pada kuasa Allah yang berkehendak menurunkan bala pada bila2 masa sahaja. Ingatlah pada KUN FAYAKUN. Ingat, bala Allah sekali datang, semua akan kena. (ingat Tsunami lagi tak??) Ingatlah juga, mati tidak mengenal usia.

Aku sedikit terkejut mendengar berita di Buletin Utama TV3 sebentar tadi, seorang blogger yang hanya dikenali sebagai Adibah (not sure real name or not) telah mengisi posting bloggernya dengan kata-kata kutukan, hinaan dan cercaan pada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Pada aku, orang seperti ini, memang tiada tempat yang layak baginya di syurga. Apatah lagi di dunia saja, orang sudah mengutuk keras tindakannya menghina Nabi Muhammad SAW. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk ketibaan Awal Muharam, tetapi, belum pun tiba lagi, dah ada si jahanam bedebah yang berani mengkritik dan mencerca Rasulullah. Ya Allah, kau kabulkanlah doa orang2 yang meminta ini. Ya Allah, kau jahanamkanlah manusia yang bertopengkan syaitan ini. Kurniakan baginya laknat. Laknatkanlah orang yang menghina kekasihmu ini Ya Allah. Ameen Ya Rabbal A'lameen.

Ma'assalamah...

p/s: Salam Maal Hijrah 1430 buat sahabat seperjuangnku Azham, Awez dan lain2 yang berada di Mesir, Jordan, Jepun dan dimana2 sahaja dalam dunia ini yang sedang menuntut ilmu. Kenang daku dalam doamu.

CUTI-CUTI SEMESTER

Tags :
Salam...
Alhamdulillah...peperiksaan akhir sudah pun selesai. Tinggal lagi untuk bertawakal kepada Allah di atas segala usaha yang dilakukan. Sekarang, sedang menjalani program cuti-cuti semester. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tidur secukup masa, makan bersama keluarga, menonton berita dan cerita, mengadap komputer, menekan handset dan lain-lain lagi. HAhaha~ Isi masa lapang la jugak tu kan. Heheh~ Insyallah aku akan buat kerja part time. Nak cari duit poket sket. Hmm, pape pun. Good luck untuk rakan2 ku yang berada di perantauan, Azham, Daus, Awez, Ihsan, Maulana dan lain-lain yang akan "menyambut" peperiksaan akhir. hehehe~ Good Luck utk korang, Ma'ahum najah~

ilal liqa'...

p/s : Selamat Hari Lahir buat Somad Md Yusuf, Sahabat Salafi ILPKL. Dari Masatiir...~

AIDIL ADHA 1429H - DI SEBALIK IBADAH QURBAN

Qurban dalam istilah fikh adalah Udhiyyah yang ertinya haiwan yang disembelih waktu dhuha, iaitu waktu di mana saat matahari sedang naik. Secara terminologi fikh, udhiyyah adalah haiwan sembelihan yang terdiri unta, lembu, kambing pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tashriq untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kata Qurban itu sendiri boleh membawa erti mendekatkan diri kepada Allah, maka terkadang kata itu juga digunakan untuk menyebut udhiyyah.

Mempersembahkan persembahan kepada tuhan-tuhan adalah keyakinan yang dikenal manusia sejak sekian lama. Dalam kisah Habil dan Qabil yang ditafsir al-Qur'an disebut sebagai Qurtubi meriwayatkan bahawa saudara kembar perempuan Qabil yang lahir bersamanya bernama Iqlimiya sangat cantik, sedangkan saudara kembar perempuan Habil bernama Layudza tidak begitu cantik. Dalam ajaran nabi Adam dianjurkan mengahwinkan saudara kandung perempuan dengan saudara lelaki dari lain ibu. Maka timbul rasa dengki di hati Qabil terhadap Habil, sehingga ia menolak untuk meneruskan pernikahan itu dan berharap agar dapat menikahi saudari kembarnya yang cantik. Lalu mereka sepakat untuk mempersembahkan qurban kepada Allah, siapa yang diterima qurbannya itulah yang akan diambil pendapatnya dan dialah yang benar di sisi Allah. Qabil mempersembahkan seikat buah-buahan dan habil mempersembahkan seekor qibash, lalu Allah menerima qurban Habil.

Qurban ini juga dilakukan oleh umat Yahudi untuk membuktikan kebenaran seorang nabi yang diutus kepada mereka, sehingga tradisi itu dihapuskan melalui perkataan Nabi Isa. Tradisi keagamaan dalam sejarah peradaban manusia yang beragama juga melakukan persembahan kepada Tuhan ini, baik berupa sembelihan haiwan hingga manusia. Mungkin kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan menyembelih anaknya adalah salah satu dari tradisi tersebut.

Dalam al-Qur'an dikisahkan:

37. 102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah kamu akan mendapati termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar".

37. 103. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).

37. 104. Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,

37. 105. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Yang dimaksud dengan "membenarkan mimpi" ialah mempercayai bahwa mimpi itu benar dari Allah s.w.t. dan wajib melaksanakannya.

37. 106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

37. 107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Sesudah nyata kesabaran dan keta'atan Ibrahim dan Ismail a.s. maka Allah melarang menyembelih Ismail dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya dengan seekor sembelihan (kambing).

Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkannya Qurban yang dilakukan pada hari Raya Haji. Persembahan suci dengan menyembelih atau mengorbankan manusia juga pernah dilakukan pada zaman peradaban Arab sebelum Islam. Disebutkan dalam sejarah bahawa Abdul Mutalib, datuk Rasulullah, pernah bernazar jika dikurnia 10 anak lelaki maka akan menyembelih satu daripadanya sebagai qurban. Lalu Abdullah (bapa Rasulullah) terpilih untuk diqurbankan. Mendengar hal, itu kaum Quraish melarangnya supaya amalan itu tidak diikuti generasi selepas daripada mereka, akhirnya Abdul Mutalib setuju untuk menebusnya dengan 100 ekor unta. Kerana kisah ini juga, pernah suatu hari seorang badwi memanggil Rasulullah "Hai anak dua orang sembelihan" beliau hanya tersenyum, dua orang sembelihan itu adalah Ismail dan Abdullah bin Abdul Mutalib.

Begitu juga persembahan manusia ini dikenal oleh tradisi agama pada masa Mesir kuno, India, Cina, Iraq dan lainnya. Kaum Yahudi juga melakukan qurban manusia hingga Masa Perpecahan. Kemudian lama-kelamaan qurban manusia diganti dengan qurban haiwan atau barang berharga lainnya. Dalam sejarah Yahudi, mereka mengganti qurban dari menusia menjadi sebagian anggota tubuh manusia, yaitu dengan hitan. Kitab injil penuh dengan cerita qurban. Penyaliban Isa menurut umat Nasrani merupakan salah satu qurban teragung. Pada masa jahilyah Arab, kaum Arab mempersembahkan lembu dan unta ke Ka'bah sebagai qurban untuk Tuhan mereka.

Ketika Islam turun, ibadah qurban diperbetulkan, Firman Allah:

5. 2. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu.

Islam mengakui konsep persembahan kepada Allah berupa penyembelihan haiwan, namun diatur sedemikian rupa sehingga sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bersih dari unsur penyekutuan terhadap Allah. Islam memasukkan dua nilai penting dalam ibadah qurban ini, iaitu nilai sejarah berupa mengabadikan kejadian penggantian qurban Nabi Ibrahim dengan seekor qibash dan nilai kemanusiaan berupa pemberian makanan dan membantu fakir miskin pada saat hari raya. Dalam hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi dari Zaid bin Arqam, suatu hari Rasulullah ditanyai "untuk apa sembelihan ini?" beliau menjawab: "Ini sunnah (tradisi) ayah kalian nabi Ibrahim a.s." lalu sahabat bertanya:"Apa manfaatnya bagi kami?" baginda menjawab: "Setiap bulu qurban itu membawa kebaikan" sahabat bertanya: "Apakah kulitnya?" beliau menjawab: "Setiap bulu dari kulit itu menjadi kebaikan".

Qurban juga ditujukan untuk memberi makan jamaah haji dan penduduk Makkah yang menunaikan ibadah haji.

Dalam surah al-Hajj ditegaskan:

22. 34. Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).

Begitu juga dijelaskan:

22. 27. Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh. "Unta yang kurus" menggambarkan jauh dan sukarnya yang ditempuh oleh jemaah haji.

22. 28. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir. "Hari yang ditentukan" ialah hari raya haji dan hari tasyriq, iaitu tanggal 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Itulah antara sedikit sebanyak kisah-kisah yang mungkin kita tidak pernah tahu disebalik ibadah qurban yang kita kerjakan saban tahun. Ramai yang menyangka qurban hanyalah ibadah sembelihan yang tidak penting atau hanya untuk membantu fakir miskin, tetapi jika didalami maksud dan pengertian qurban itu sendiri, ibadah qurban merupakan satu daripada fasa yang perlu dijalani umat Islam sejagat dalam memantapkan lagi iman serta membersihkan jiwa. Semoga segala ibadah dan qurban yang kita lakukan diterima dan diredhai oleh Allah S.W.T. Wallahu 'alam..