STRUGGLE WEEK!

Salam'alaykum...
Selamat Malam...

Fuh.. Tengok title entry macam gempak. Tapi sebenarnye takde apa sangat pun. Cuma dalam minggu ni, tahap tekanan yang aku hadapi agak tinggi. Mana tidaknya, dalam minggu ni saje kene hadap dua interview kerja (dua2 government interview). Satu dengan PKNS dan satu lagi dengan SPA. Interview dengan PKNS agak relax tapi tertekan jugak dengan soalan2 serius bercampur soalan mengarut yang berlarutan sehingga setengah jam. Huhu~ But, sincerely, penemuduga tu memang sporting dan best. Tak terlalu skema. Maybe dorang paham dengan situasi pemohon jawatan yang kebanyakkannya gementar lutut dan sendi apabila menghadiri temuduga. Huhu~ Pada hari Jumaat (21 Januari), aku akan ke Bangunan SPA pula untuk temuduga Jawatan LS17 Pembantu Syariah. Aku sendiri pelik yang aku terpilih untuk temuduga jawatan ni. Apa pun, lanyak je la nanti. Yang penting, usaha tu ada. Demi mencari sebutir nasi dan segenggam rezeki yang halal, insyallah, kejayaan akan datang.

p/s: posting pendek2 ajo.. xlarat nak menaip.. :p

AJL 25 : Ana Raffali Terhebat




Ana Raffali telah melakar satu lagi sejarah bagi industri muzik tanah air apabila membuat kejutan dengan memenangi Anugerah Juara Lagu Ke-25 baru-baru ini. Ana dengan slumbernya mendendangkan lagu yang berjudul Tolong Ingatkan Aku yang merupakan lagu ciptaan beliau sepenuhnya. Wow! Hmm, maybe ada yang tak berapa sedar dengan kedatangan Ana Raffali ke dalam industri muzik Malaysia. Ana memulakan kegiatan seninya dengan membuat posting video2 yang memaparkan beliau menyanyi sambil bermain gitar kapok di laman YouTube ("anadcat" adalah username Ana di Youtube). Video-video ana mendapat sambutan yang agak baik dari penonton-penonton laman itu. Dan tanpa disedari, seorang komposer terkenal iaitu Aidit Alfian selalu mengikuti perkembangan beliau. Dan dari situlah Ana Raffali mengembangkan bakat beliau dengan lebih jauh dan secara tidak langsung menjadi anak didik Aidit Alfian. Antara lagu-lagu beliau yang sedang hangat adalah Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Tolong Ingatkan Aku dan yang terbaru Kalau Berpacaran yang menampilkan Ana Raffali bergandingan dengan Suhaimi Mior Hassan dan Altimet.

Ini merupakan satu petanda aras yang baik bagi penggiat muzik di Malaysia kerana tanpa kita sedari, agak ramai rakyat Malaysia yang mempunyai bakat terpendam sebegini cuma tidak tahu cara untuk mengembangkannya. Laman Youtube misalnya merupakan laman video streaming online yang telah membantu banyak bakat-bakat seni bukan sahaja di Malaysia, malahan seluruh dunia juga. Jadi bagi korang2 yang ada bakat terpendam dan rasa ianya berbaloi untuk dikembangkan, rajin-rajinlah upload ke Youtube. Hehe~ Mana la tahu kot2 Acis atau M.Nasir tengok video korang, dan berkenan pulak, untung korang. hehehe~

p/s : aku pun minat nyanyi jugak. Selalu karaoke je. hehe~

MAHER ZAIN LIVE IN CONCERT 2011


Kepada Semua Peminat Maher Zain Di Malaysia
MAHER ZAIN LIVE IN CONCERT
akan diadakan secara eksklusif selama 2 malam berturut-turut
25 dan 26 Februari 2011
Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam

Juga akan menampilkan Mesut Kurtis (Macedonia),
Irfan Makki (Canada) dan Inteam (Malaysia)

Tiket dijual pada harga

RM297 | RM253 | RM203 | RM103 | RM53
Tiket akan mula dijual minggu depan.
Jangan lepaskan peluang ini! Jom pergi ramai-ramai!

more info at :

Maher Zain Facebook
Maher Zain Malaysia - Fan Club
Inteam Website


GILA ATAU SEPARUH WARAS?

Salam 'Alaykum WBT...

Maybe ada yg tertanya2 dengan tajuk posting kali ni. Sape yang gila? Sape yg separuh waras? Bukan ape, kadang-kadang manusia ni lupa yg dia adalah manusia dan bercakap dengan manusia yg ada akal, fikiran dan perasaan. Sebab tu kita sebagai manusia tak boleh sama sekali main lepas geram je kat sape2 terutamanya kawan kita kerana dari situ kita boleh dianggap gila atau separuh waras. Cuba anda semua bayangkan, kawan anda yg rapat dgn anda, yang hari2 bersembang dgn anda, dan kadang2 minta tolong atau minta pendapat dengan anda, dengan secara tiba2 menyembur, memaki dan menuduh yg bukan2 pada anda. Apa yg anda rasa? Ada rasa nak flying kick je kan? Haha~ Itulah lumrah kehidupan kita sebagai manusia yang terpaksa kita hadap. Kadang-kadang nak marah, tefikir pulak yg dia tu kawan kita. Macam tak berbaloi nak maki balik sebab lambat laun bersua muka juga. Kadang2, bila terfikir, datanglah perasaan nak membenci tu. Tapi pada saya, jika kawan kita sendiri jadi camtu, elok diabaikan je dia. Tak perlu nak kaunseling dia. Sebab bagi saya buang masa. Kawan macam tu elok la dicampak jauh2 dalam lubuk karnawalley supaya tak menyusahkan hidup kita mahupun hidup org lain.

Nabi sendiri pernah bersabda, "Tidak sempurna iman seseorang itu, selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"...

Ini nabi yang berkata. Bukan manusia biasa. Kita sebagai umat Islam seharusnya ikut sunnah nabi dan sentiasa mengambil pedoman dari cara hidup nabi. Bagaimana nabi ajar kita untuk mengatasi marah? Cara yang paling berkesan, adalah dengan mengambil wudhu' dan seterusnya dirikan solat sunat 2 rakaat dan kemudiaan berzikir banyak2 pada Allah. Inilah ubat marah yang sebenar-benarnya. Tapi boleh dikira siapa aje yg bila marah akan berwudhu' dan solat sunat 2 rakaat. Ramai yg lebih suka hilangkan marah dengan memaki, mencarut dan membelasah dan dalam masa yg sama sudah berjaya mendapatkan dosa free untuk menambah saham ke neraka. Setidak-tidaknya berselawatlah pada Rasulullah SAW apabila kita rasa marah kerana selawat juga dapat menenangkan hati. Lihat saja pada org arab yang marah2 dan bergaduh. Senang saje nak meleraikan mereka. Suruh saja mereka berselawat. Dengan segera mereka akan berselawat dan lupa terus dengan kemarahan mereka.

Jadi pada kawan2 semua, bila marah, jgn tuduh orang, bila terkena sesuatu, jgn maki orang, bila ditimpa sesuatu, jgn senang2 melepas geram pada orang lain terutamanya KAWAN sebab kita takkan ingat, berapa kali kawan kita pernah tolong kita dan kita sendiri takkan pernah ingat berapa kali kita pernah tolong kawan kita sebab manusia itu sendiri adalah "PELUPA".

Wallahu'alam...

ENJIN DAH REPAIR!

Tags :
Assalamualaikum WBT.

Salam sejahtera pada semuanya. Setelah sekian lama, lebih kurang setengah tahun lamanya, blog paduansuara.blogspot.com telah kembali hidup. Semuanya gara-gara kesilapan teknikal yang berlaku akibat di"hack" oleh malaun entah dari mana. Blog buruk aku ni pun dorang nak hack. Akibatnya, coding template dah banyak berterabur, widget2 penyeri hilang, readers lari, dan kehilangan populariti secara mendadak. Haha~ Walaupun di"hack", namun semangat tidak pernah patah. Akhirnya pada malam tadi, paduansuara telah berjaya recover dari nazak. Segala sampah-sampah telah dibuang. Password dah tukar dan template juga telah diperbaharui. Kali ni tampil dengan design yang agak ringkas dan tak berapa serabut. Tapi semua link rakan blogger dah hilang. So terpaksa la cari kawan baru. :)

Macam-macam yang dah berlaku dalam tempoh 6 bulan ni. Sekarang pun dah masuk tahun baru 2011. So cerita-cerita tu sume dah jadi perkara yang lepas. Madhiy. Jadi kita ambil yang baik2, yang tak elok, tak baik kita buang jauh2. Rasanya setakat ini dulu untuk kali ini. Sebab blog masih under maintainance. Nak hias sikit2. Ok.

Ma'assalamah...