ENJIN DAH REPAIR!

Tags :
Assalamualaikum WBT.

Salam sejahtera pada semuanya. Setelah sekian lama, lebih kurang setengah tahun lamanya, blog paduansuara.blogspot.com telah kembali hidup. Semuanya gara-gara kesilapan teknikal yang berlaku akibat di"hack" oleh malaun entah dari mana. Blog buruk aku ni pun dorang nak hack. Akibatnya, coding template dah banyak berterabur, widget2 penyeri hilang, readers lari, dan kehilangan populariti secara mendadak. Haha~ Walaupun di"hack", namun semangat tidak pernah patah. Akhirnya pada malam tadi, paduansuara telah berjaya recover dari nazak. Segala sampah-sampah telah dibuang. Password dah tukar dan template juga telah diperbaharui. Kali ni tampil dengan design yang agak ringkas dan tak berapa serabut. Tapi semua link rakan blogger dah hilang. So terpaksa la cari kawan baru. :)

Macam-macam yang dah berlaku dalam tempoh 6 bulan ni. Sekarang pun dah masuk tahun baru 2011. So cerita-cerita tu sume dah jadi perkara yang lepas. Madhiy. Jadi kita ambil yang baik2, yang tak elok, tak baik kita buang jauh2. Rasanya setakat ini dulu untuk kali ini. Sebab blog masih under maintainance. Nak hias sikit2. Ok.

Ma'assalamah...

Post a Comment