THE 100 POSTING

Tags : , , ,

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam'alaykum warahmatullah wabarakatuh...

Alhamdulillah, masih lagi bernafas dengan segar hari ini untuk membuat posting yang ke-100. Mungkin ramai lagi sahabat blog yang posting mereka dah nak beribu (tapi tak kecoh macam aku) hehe.. Tapi banyak yang nak dikisahkan dalam posting yang ke-100 nih. Macam-macam hal yang dah berlaku dan akan berlaku dalam beberapa minggu ini. Yang terbaru, To'ki (granpa) sedang sakit dan menderita lumpuh tidak boleh bergerak kerana terjatuh tempoh hari. Abang sudah pergi menjengah To'ki di kampung (Dungun, Terengganu). Insyallah jika tiada aral, saya dan ayah bersama keluarga yang lain akan bertolak ke Dungun esok atau lusa. Kata ayah nak pergi baca surah Yasin dan kumpulkan semua adik beradik untuk mohon ampun dan maaf dari To'ki. Malam tadi ayah berseloroh di meja makan, "dah penghujung dah orang tua tuh..." Aku terdiam seketika dan termenung. Bukan apa, kali terakhir aku jumpa To'ki pada raya tahun lepas. Hmmm... Rasa bersalah pun ada. Apa pun, aku redha sekiranya dah sampai masa Izrail menjemput To'ki menghadap Rabbul Izzati. Apa pun aku akan mendoakan kesejahteraan To'ki dunia dan akhirat. Ameen...

2 minggu lepas, ada seorang gadis yang agak cantik, dan tak kurang seksinya. Berkenalan dengan aku. Aku hairan kerana dia menceritakan segala perit pahit maung yang pernah dilaluinya selama ini kepada aku, sedangkan kami baru berkenalan. Katanya, dia baru saja putus tunang dengan jejaka kebret, putus tunang kerana tunangnya berfoya-foya dengan gadis lain sedangkan hari pernikahan akan berlangsung tak lama lagi. Yang lebih hebat, perkenalan mereka bermula di sebuah "Club" di Hartamas. Dan perempuan ini juga mengaku yang beliau kaki clubbing. Pada pandangan aku, perempuan ini mungkin juga pernah terlanjur dengan bekas tunangnya. Hmm... Tapi aku kesian dengan permpuan ini, bukan apa, umurnya baru sahaja 18 tahun, tapi permulaan hidupnya sudahpun dirugikan dengan kelalaian dunia yang sangat dahsyat. Aku berpesan pada perempuan ini, sampai bila nak pegi clubbing? sampai bile nak mabuk? sampai bile nak telan eramine? Dia tak menjawab. Mungkin dia pernah terfikir untuk meninggalkan benda2 tu tapi tiada siapa yang ingin bawa dia keluar dari keadaan sebegitu kerana ramai yang suka melihatnya begitu daripada menjadi manusia biasa yang tidak lalai dengan dunia. Pernah sekali dia mengadu padaku, dia menggelar aku "Abang". Katanya "Abang, saya tak sihat demam...But my buddys wanna hang out with me..." Aku dengan pantas jawab, dah demam buat cara demam, kalau kau mampos kat kelab tu sape nak angkat kau? Kawan2 kau yang mabuk tu ke yg nak angkat? Silap2 diangkatnya kau lepas tu dihumban entah kemana-mana. So, ko jangan la pergi kelab malam nih. Duduk rumah. Lagi bagus, tak mati pun kalau tak pegi kelab.." Dia terdiam dan jawab "Yela...tak pegi"... Pada hatiku, tercetus satu naluri yang mengatakan, perempuan ini sangat mudah mengikut kata2 sesorang. Pada aku, dia jadi begini mungkin kerana hatinya yang terlalu mudah mengikut kemahuan orang lain tanpa memikirkan akibat yang bakal melanda.

"Ya Allah, sesungguhnya telah engkau jadikan Wanita untuk Lelaki dan Lelaki untuk Wanita, maka kau pertmukanlah setiap pasang dari mereka dan semoga dengan bertemunya pasangan itu, akan tertutuplah segala fitnah-fitnah duniawi dan moga dengan itu juga dapat menyelamatkan kami dari api neraka...Ameen..."

Wassalam...Yang baik adalah dari Allah...

HAIWAN KORBAN ADALAH TUNGGANGAN DI TITIAN SIRAT

Ibadat korban bermaksud menyembelih haiwan tertentu seperti unta, kerbau, lembu atau kambing pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Islam mensyariatkan korban sebagai salah satu ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Di samping itu, ia mengingatkan kita terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail sebagai suatu ujian daripada Allah kepada hamba-Nya yang taat.

Ada banyak hadis yang menyebut keutamaan ibadat korban. Antaranya, hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (ibadat korban).

“Bahawasanya ia (haiwan yang dikorbankan itu) datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi.

“Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih." (Hadis riwayat al-Tarmizi).

Melalui hadis ini jelas bahawa ibadat korban adalah ibadat atau amalan yang disukai oleh Allah. Maka tentunya ia mendapat kemuliaan di sisi Allah pada hari kiamat kelak.

Justeru, melakukan ibadat korban itu akan menambah lagi amalan kebajikan yang dilakukan, di samping menjadi sebagai penebus dosa kita.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang lalu." (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibn Hibban).

Dipetik daripada Kitab Sabilal Muhtadin bahawa Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Perbesarkanlah korban kamu, kerana ia menjadi tungganganmu di atas titian siratulmustakim pada hari kiamat nanti."

Begitulah besarnya ganjaran kepada orang yang melakukan korban. Allah menjanjikan kebaikan kepada orang yang melakukannya dan menjadikan haiwan sembelihan itu sebagai tunggangan untuk meniti al-Sirat pada hari akhirat kelak.

Pada zahirnya ia cuma pengorbanan seekor haiwan sembelihan, namun jika dikaji dengan teliti, ia adalah ujian Allah dalam melatih kita agar sentiasa bersedia untuk berkorban jiwa dan tenaga demi menegakkan agama Allah di bumi ini.

Selain itu, ibadat korban adalah ujian bagi melihat sejauh mana kita mensyukuri nikmat kemewahan yang telah dikurniakan Allah. Kita harus sedar untuk mencapai suatu cita-cita memerlukan pengorbanan.

Betapa Rasulullah ketika hayat baginda dan sahabat sanggup mengorbankan harta, menggadai nyawa semata-mata untuk mendaulatkan agama, inikan pula suatu amalan yang cuma untuk mengorbankan secebis harta demi untuk mensyukuri nikmat yang diterima.

Ingatlah setiap pengorbanan yang dilakukan hendaklah disertakan dengan niat dan amal ikhlas semata-mata kerana Allah. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riak, takbur, membanggakan diri dan menunjuk-nunjuk akan kemampuan, maka akan tertutuplah rahmat Allah dan nescaya sia-sialah ibadat korban yang dilakukan.

Rasulullah amat menyukai amalan berkorban hingga baginda sentiasa menyarankan sahabat melakukan ibadat korban pada setiap kali kedatangan Aidiladha.

Justeru, amalan korban itu mempunyai kelebihan besar. Dilihat dari sudut kerohanian, ia dapat mengikis sifat bakhil untuk membelanjakan harta ke arah kebaikan. Ibadat itu dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan memberi kegembiraan dan kesenangan, terutama golongan fakir dan miskin bagi sama-sama merasakan keriangan hari raya.

Allah berfirman bermaksud: "Makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Hajj, ayat 36).

Melalui amalan ibadat korban ini, jelas terbukti dapat mewujudkan suasana kerjasama serta saling bantu-membantu antara semua pihak, sama ada pihak yang melakukan korban mahupun yang menerimanya.

Namun amalan yang berkebajikan ini janganlah dicemari dengan unsur negatif, misalnya, berebut-rebut ketika menerima daging agihan, bersikap tamak dengan mengambil hak orang lain hingga menimbulkan ketidakpuasan di kalangan penerima dan orang yang lebih layak untuk menerima sebahagian yang ditentukan oleh syarak. Akhirnya ia boleh menimbulkan pertelingkahan.

Manakala di pihak yang ditugaskan untuk mengurus penyembelihan, hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh amanah. Jagalah kepercayaan yang diberikan dan jadikanlah apa yang diamanahkan itu sebagai satu tanggungjawab dan kewajipan yang akan diperhitungkan pada hari akhirat nanti

Akhirnya marilah kita sama-sama berdoa semoga setiap amal kebajikan yang kita lakukan, termasuk amalan korban akan diterima dan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat menjamin. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang berbuat baik." (Surah al-Hajj, ayat 37).

Artikel ini dipetik dari http://www.kedaiiman.blogspot.com



Dikesempatan ini, saya Muhammad Farid Bin Hj Ahmad Radzi, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1430h. Selamat menjalani ibadah qurban pada sekian hari-hari tashriq, semoga ibadah qurban kita sekalian diterima dan diberkati oleh Allah SWT.




MOVIE : 2012 - Sesuatu yang lari dari kenyataan Allah.

Tags : , , ,

Sebuah filem yang mengisahkan kajian sekumpulan atau sekawanan saintis dunia mengenai kemusnahan dunia. Apabila kajian demi kajian dilakukan, akhirnya seorang saintis di India yang telah mengkaji pergerakan kerak bumi selama beberapa tahun dengan "confidentnya" mengesahkan bahawa kiamat akan berlaku pada 2012. Kemudian, berita itu disampaikan kepada White House dan dengan serta merta mereka membangunkan satu projek membina kapal @ bahtera yang besar giler untuk menyelamatkan para pemimpin dunia dan masyarakat dunia dengan alasan ingin mengelak daripada kepupusan manusia diatas muka bumi ini. Dan bagi sesiapa yang ingin menaiki bahtera tersebut, perlu menyediakan 1 Billion Euro setiap seorang. Nak dijadikan cerita, ramai juga la yang sanggup bergadai demi menyelamatkan nyawa masing2. Dan ada seorang lelaki (John Cussack) berusaha sehabis-habisnya demi menyelamatkan anak dan isterinya. Sehinggakan sempat lagi menaiki kapal terbang ketika permukaan bumi sedang hancur.

APA YANG PELIK?
Dalam filem ini, dikisahakan kiamat akan berlaku, dan seluruh umat manusia dunia risau akan ketibaan kiamat ini. Ada yang bertaubat, ada yang mengajak taubat, dan ada yang buat tidak hirau. Apa yang pelik, kiamat dalam filem ini, adalah kiamat diatas permukaan bumi sahaja serta ditenggelami air laut, tetapi langit serta planet2 dan galaksi angkasa lepas tidak pula hancur berkecai. Firman Allah dalam Surah Al-Qiyamah, ayat 6 hingga 11 yang bermaksud ;

(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat(di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat) [5] Dia bertanya; (secara mengejek) "Bilakah akan tiba hari kiamat itu?" [6] Maka (jawabnya : hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut) [7] Dan bulan hilang cahayanya, [8] Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama [9] (Maka), pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkar pada hari kiamat) :"Kemanakah hendak melarikan diri???" [10] Tak usahlah bertanya sedimikian, Tidak ada lagi tempat perlindungan! [11]

Jelas sudah dalam firman Allah SWT di atas, bahawasanya, kiamat pasti berlaku, dan saat sangkakala pertama dihembus Israfil, maka hancurlah segenap isi dunia dan hancurlah segala planet dan galaksi kemudian dibangkit semula sesudah sangkakala kedua. Apa yang ada ketika itu hanyalah jasad dan amalan yang akan dipikul untuk perhitungan di Mahsyar.


Oleh Allah kita diciptakan...
Daripada Allah kita didatangkan kedunia...
Kepada Allah kita beribadah dan beramal didunia...
Kepada Allah kita akan kembali...Pasti...






KEMBALI DARI ALAM NYATA...

Salam dan semoga kesemua kenalan dan handai berada dalam keadaan yang dirahmati dan diredhai Allah sentiasa hendaknya. Pertama kali, ingin ku mohon maaf sebab biar blog aku berhabuk, bersawang dan sebagainya. Bukan sengaja tapi sibuk sangat dengan final exam last sem dan praktikal tempoh hari. Now aku dah bekerja sebagai IT System Technician. Alhamdulillah.. takde la aku duk menganggur je. Ada gak la job aku dapat dan berpatutan la dgn aku. Sambung blaja? Hmm.. Aku penah terfikir, tapi, buat masa ni, mungkin aku nak tangguh dulu, sebab nak tumpu pada kerja. Ada benda yang perlu aku langsaikan dulu. Hehe... Banyak benda yang berlaku sepanjang sebelum nih. Abang aku yang merupakan satu2nya abang aku, dah nikah. Selamat di ijab qabul dgn suri pilihan hati dan selamat menjadi teman hidup yang sah. After him, aku la pulak. Hehe.. 
SAG
Baru2 nih, slalu sangat hadap facebook. Tak sedar plak yang keluarga SAG hampir bersatu dalam facebook. Boleh kata hampir semua ada dalam facebook. Rasa kerinduan yang amat sangat pada SAG. Terlalu banyak onak dan duri dan pahit manis perjalanan bersama SAG yang memang aku takkan lupakan sampai bile2. Ukhwah yang teramat erat telah terjalin dalam rantaian siri perjalanan SAG. Alhamdulillah, kami bersatu semula, walaupun hanya dalam facebook, tapi insyallah, SAG will reunite soon after everyone come back from overseas. Insyallah.. Ada antara rakan2 yang suruh compose satu atau dua lagu utk bikin comeback for SAG. huhu~ Insyallah, I'II try... Nak kene tunggu ilham datang dulu. Baru leh compose2.. huhu...
WORK
Aku dah mula bekerja skang. Dah sebulan aku keje. Alhamdulillah, aku selesa bekerja di situ, ditambah dengan majikan yang sporting abes. Suasana kerja plak sangat nyaman, di kelilingi oleh ram, processor, motherboard dan pelbagai lagi barangan dan perkakasan komputer yang menunggu masa untuk di repair dan di servis sebelum dijual ata dipulang kepada customer. But, banyak yang aku dah pelajari semasa sebulan bekerja nih. Banyak sangat benda yang aku tak pernah jumpe, aku dah terjumpa. Mungkin aku akan lebih mengenali benda2 pelik dalam IT bile aku dah jmpe benda2 yg tak biasa aku jmpe dalam bidang IT. Ramai yang tanye, x nk sambung blaja ke? Emm... yang tu fikir kemudian la yer.. No komen at this time. Hehe. 
To Be Continue...
SALAM AIDILFITRI 1430 HIJRIAH

Ramadhan telah ku lalui...
Syawal pula bakal berkunjung...
Ampun maaf dipinta untuk diri ini...
Semoga berbahagia dan diberkati...



Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada
Muhammad Farid Bin Hj Ahmad Radzi
dan  Keluarga serta Sanak Saudara

AHLAN YA RAMADHAN KAREEM

Photobucket
Selamat Datang Wahai Ramadhan Al-Kareem
Kedatangan mu sangat dinanti
Pemergian mu kami tangisi
Semoga Ramadhan kali ini memberi pengisian yang sempurna
Semoga Ramadhan kali ini dapat ku beribadah lebih masa
Semoga Ramadhan kali ini dapat ku laku dengan sempurna.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI ANDA SEMUA
.:::AHLAN YA RAMADHAN:::.

Dalam Kenangan - Ustaz Asri Ibrahim (1969-2009)

Photobucket
Ustaz Asri Ibrahim (1969-2009)

Mana milik kita, Tidak ada milik kita

Semua yang ada, Allah yang punya

Tidak ada kita punya, Kita cuma mengusahakan saja
Apa yang kita dapat, Allah Sudah Sediakannya

Kita Allah punya, Bumi langit ciptaannya
Miliklah apa saja, Tidak terlepas dari ciptaannya

Mana milik kta, Tidak ada kepunyaan kita
Kita cuma mengusahakan ,Apa yang telah ada

Inilah dia antara bait-bait yang menyentuh kalbu didalam lagu Mana Milik Kita dendangan Kumpulan Rabbani yang selama ini di kemudi oleh Ustaz Asri Ibrahim. Akan tetapi, selepas ini, dan seterusnya, Ustaz Asri Ibrahim tidak akan bersama Rabbani lagi kerana beliau telah pun bersama-sama dengan para solihin dan mukminin menghadap Allah Rabbul Jaleel buat selama-lamanya. Pemergian mengejut beliau telah mencetus satu perasaan sugul yang amat terhadap semua penggiat seni terutamanya penggiat nasyid yang sama-sama berjuang dengan beliau di arena seni dakwah. Kelunkan suara, kesantunan budinya, menggamit sesiapa sahaja yang pernah bersua dengan beliau semasa hayatnya. Mulutnya ringan memberi salam dan sangat sukar untuk kedengaran kata-kata menyinggung perasaan keluar dari bibir beliau. Beliau adalah pejuang nasyid dan pejuang seni dakwah sebenar. Kehilangannya amat dirasai dan sukar di cari ganti. Tertarik dengan headline blog di blog milik arwah yang berbunyi,

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

Dari kata-kata itu sahaja sudah cukup untuk mencerminkan keperibadian arwah sebagai seorang muslim yang sangat prihatin dengan amal ibadah, keluarga, masyarakat agama dan bangsa demi mencapai syurga Allah yang kekal abadi. Kehidupan dunianya dipenuhi dengan bayangan syurga. Sukar untuk kita temui insan seperti ini. Moga Allah memperkenankan permintaannya dan semoga arwah bersama orang-orang yang beriman.

Mengapa kita sombong, memiliki Allah punya
Mengapa tida malu, kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah, Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah, Malulah kepada Allah
Kerna Milik ia punya

Photobucket
Arwah bersama anaknya, Hamdi...

Teringat ketika berada di Tingkatan 5 dahulu, Soul Ghamidi pernah berkongsi pentas dengan Rabbani untuk satu konsert nasyid yang mengambil tempat di SAMTH Klang pada tahun 2005. Itulah kenangan yang paling tidak dapat dilupakan, saya sempat bersalam dengan arwah Ustaz Asri dan beliau tidak putus-putus memesan agar kami terus memperjuangkan dakwah dan nasyid. Arwah telah banyak memberi semangat dan tidak ku sangka, pertemuan itu merupakan pertemuan yang pertama dan terakhir dengan arwah. Terasa seperti baru semalam pertemuan itu berlaku. Bagi saya, arwah adalah seorang yang berkaliber tinggi, penyayang, bertimbang rasa dan sangat mudah melemparkan senyuman. Sangat senang untuk melihat arwah senyum terutamanya ketika beraksi di atas pentas.

Janganlah berbangga, apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri, Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit, Mengungkit jasa kita
Jasa kita disisinya, Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur, Bukannya berbangga
Besyukur kepada Allah, Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu, Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja, Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Sekalung takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Sesungguhnya, pemergianmu sukar di cari ganti. Apakan daya, Allah lebih memerlukanmu dan lebih menyayangimu. Semoga Arwah tenang dan aman disana. Hanya doa dan Fatihah dapat kami kirim kan dari dunia kami kepada dunia baru arwah. Semoga ditempatkan bersama para mukminin, mujahideen dan solihin.


Rabbani - Mana Milik Kita

P/S: Sengaja diselitkan lirik lagu "Mana Milik Kita" yang dialunkan oleh Rabbani. Sekadar mengimbau nostalgia lalu dan menginsafi diri. Sesungguhnya tidak ada apa milik kita, termasuklah nyawa dan ruh yang bersemadi didalam diri ini. Beringatlah...

AL- FATIHAH BUAT USTAZ ASRI IBRAHIM (RABBANI)

Photobucket
Dalam Kenangan, Ust Asri Ibrahim (Rabbani)

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) -
Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pahlawan Nasyid

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.

Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara �emas� itu amat sukar dicari ganti.

"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.

"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.

Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam,40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

"Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,"ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis.

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani 'Azadan' menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

"Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,"ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman 'zikir' bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

"Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,"ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana� Ke Mana�' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'

sumber : HarakahDaily.net




LAMA TAK UPDATE

Salam..hmm.. rasanya dah lama sangat tak update blog ni. Sibuk dengan kerja. Tiap2 minggu outstation. Maaf la yer. Insyallah dalam masa terdekat, akan di upload posting berkenaan dengan kisah yang agak menggemparkan dunia Islam kita. Sama-sama doakan saya agar berkesempatan membuka posting baru itu. Insyallah. Wassalam.

BERMULALAH PRAKTIKAL

Tags : ,
Salam buat semua...untuk pengetahuan, aku dah pun mula praktikal di NR LINK Solution Sdn Bhd (formally known as Shannimpex Sdn Bhd). Agak sengal sket pada mulanya, maklumlah, tak kenal sesiapa lagi kat sini. Bertemankan seorang warga Bangla yg bernama Nawshad, aku memulakan kerja aku sebagai seorang pekerja praktikal dengan bangganya. Hahaha...! Tapi buat masa sekarang, masih belum banyak kerja dan assignment. Pagi tadi bos besar give morning breafing. Katanya nak letak aku dan membe kat projek baru yang akan berjalan tak lama lagi. Mungkin bertempat di Yayasan Selangor. Maybe akan busy sket kalo da ade keje. But, opis ni mmg best. Aman gile. Takde bising2 pun. Aku akan cuba buat yang terbaik untuk praktikal aku ni. Kepada rakan-rakan yang praktikal sekali, aku doakan korang semua berjaya selesaikan praktikal korang dengan jayanya. And dont geli2 kat opis... hahaha~ alrite... daa... wassalam...

TAMAT,THE END,KHALAS,YILLEKK

Salam kepada semua. Selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad SAW. Semoga kita semua sentiasa didalam peliharaanNYA. Alhmadulillah, setelah berhempas pulas selama 2 tahun, merenangi lautan api, lembah onak dan duri, pelbagai perasa pahit manis masam masin semuanya dirasai, akhirnya tamatlah sudah pembelajaran ku di ILPKL. Terima kasih kepada semua lecturer yang banyak membantu insan hina dan lembab ini sehingga menjadi pantas dan tangkas dalam bidang yang diceburi. Ingin ku rakamkan penghargaan kepada sahabat-sahabat yang selama ini setia bersamaku tak kira waktu dan di mana sahaja. Aku sayang kamu orang semua. Semoga Allah memelihara ikatan persahabatan kita sampai hujung nyawa. Tak dapat nak ku ungkap dengan kata-kata, hanya air mata sahaja yang setia menemani perpisahan ini. Semoga redha Allah bersama kita semua. Semoga anda semua berjaya dalam hidup. Ingatlah, selalulah ikhlas dalam persahabatan dan perjuangan. Kerana ada balasan yang setimpal untuknya.

What Goes Around Come Back Around


Semoga Ukhwah Terus Terjalin



MODUL WEB DESIGN??? APAKAH NASIBNYA??? OH TUHAN...

Tuan Rumah Sedang Menduduki Final Exam
Harap Maklum
Doa2kan Tuan Rumah Yer...

report : Forum Perdana Dan Hari Terbuka ILPKL 09

Salam Warahmatullah...
Alhamdulillah, selesai sudah dua program yang agak besar yang pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas. Pertamanya, jutaan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana Forum Perdana Ehwal Islam [Remaja dan Halatuju...Kemanakah Anda] yang terdiri daripada sahabat-sahabat saya yang saya sayangi. Dan ribuan tahniah kepada AJK Promosi dan Keselamatan Hari Terbuka ILPKL 2009 yang telah sama-sama membantu saya melancarkan perjalanan promosi. U all had done a great job guys! Thanks for everything. Syukran kepada Bro Mu'adz, Ust Safidin Amran dan Ust. Fauzi Mustaffa (Al Kuliyyah) yang telah hadir dan menjadi panel forum perdana. Anda semua telah memberi banyak input yang berguna kepada penonton forum pada malam itu. Tak kurang juga ramainya yang memuji kelantangan vokal Mu'adz yang mendendangkan lagu Hijrah dan Kasih Sejarak Dua Jari pada malam itu. Sememangnya ia merupakan satu kenangan hebat yang saya takkan lupakan. Terima kasih pada semua yang telah memberi support. Jazakallah Khairan Kathiir...

Photobucket
AJK Forum Perdana bersama Mu'adz


Photobucket
Mu'adz On Stage


Photobucket
Santai di hari terbuka


Photobucket
Briefing untuk school student


Photobucket
AJK Promosi Dan Keselamatan Kelab Inovasi ILPKL


Photobucket
Keje la..jgn taw bergambar jer...huhu


Photobucket
Barisan kawad Kelab Inovasi (behind Bomba)



HARI TERBUKA ILPKL 2009 & FORUM PERDANA

Tags : , ,
Pada 15 dan 16 Mei ini, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur akan menganjurkan Hari Terbuka ILPKL 2009. Pelbagai acara menarik akan dianjurkan. Datanglah beramai-ramai bersama rakan dan keluarga.

Photobucket


Pada malam 15 Mei 2009 (Jumaat malam Sabtu) akan diadakan Forum Perdana Ehwal Islam yang akan dibarisi panel hebat iaitu Sdr Mu'adz Dzulkefly, Ustaz Fauzi Mustaffa dan Ustaz Safidin Amran selaku moderator forum. Forum pada malam itu bertajuk "Remaja dan Halatuju...Kemanakah Anda?" Pada akhir forum, Mu'adz akan mempersembahkan beberapa lagu hadis beliau.

Photobucket

ADUH~SAKIT KAPALA "kepala"

Tags : , , ,
Salam..
Harap semuanya berada dalam peliharaan Allah. Alhamdulillah, sebab dapat duduk sekejap dan update blog yang tak seberapa hebat ni. Bukan sengaja tinggal blog, tapi keadaan sangat sibuk. Macam program akan berlangsung dalam tempoh dua minggu ni. Tak sempat langsung nak urus hal-hal peribadi. Maaf dipinta kepada rakan-rakan ku yang tersinggung (kalo ada) sebab tak dapat lepak dan jumpa anda semua. Sorry yer~
Nak bagitau juga pada sume yang ternampak, terbaca, terbuka, tersengaja buka, dan ter apa sajalah post ini, tempat saya menuntut, akan mengadakan dua program besar dalam masa dua minggu berturut-turut.
Program yang akan dijalankan adalah seperti berikut
  • Kejohanan Sukan 4 Penjuru Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang akan berlangsung pada 8,9 dan 10 Mei 2009 (antara yang akan ambil bahagian adalah ILP KUALA LUMPUR, ADTEC SHAH ALAM, CIAST, ILP KUALA LANGAT. Datanglah beramai-ramai dan tengok macam2 sukan spt tarik tali, volleyball, dart, karom, futsal, tenis, takraw, bola jaring, bola sepak)
  • Hari Terbuka Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Mei 2009 (banyak acara dan pameran menarik yang akan diadakan pada hari tersebut. Antaranya, pada malam 15 Mei 2009 iaitu hari Jumaat malam sabtu, akan diadakan forum perdana yang akan dibarisi dua panel hebat iaitu Bro. Mu'adz (artis nasyid & Motivator dan Ustaz Fauzi Mustafa (Al-Kuliyyah TV3) yang akan memuntahkan hujah mereka berkenaan "Remaja dan Halatuju; Kemanakah Anda". Forum akan berkisarkan tentang perjalanan hidup remaja selepas alam pembelajaran. Bro Mu'adz juga akan mempersembahkan beberapa buah lagu hadis beliau beserta slide. Datanglah beramai-ramai, ajak kawan2 korang)

Besok, nak pergi jumpa Bro Mu'adz di Shah Alam, nak bincang tentang Forum Perdana yang akan berlangsung pada hari terbuka. Kepala minda masih empty, tak taw la nak bincang apa dengan Mu'adz, hehehe. Tapi harap Mu'adz banyak idea besok. Huhuhu~

Sekian saje la. Jumpa lagi pada posting akan datang. Ma'assalamah.

p/s: dalam sibuk2 ni, tak sedar, final exam nak dekat dah. kawan2, doakan kejayaan saya. Mu'adz, I'm ur diehard fan~ =)

JALAN-JALAN KE ADTEC MELAKA

Tags :
Salam...rasenye dah lama sangat tak update blog. Ada nak dekat sebulan kot. Maaf la, akhir2 ni agak busy sket, tambahan plak skarang ni dah semester akhir, so banyak la keje yang nak di selesaikan untuk mencapai 4flet!!! Huhuhu~ Doa2kan la hamba ye~ Baru-baru ni, dalam kesibukan yang melanda, sempat la juga pergi ke ADTEC Melaka. Ada pertandingan Robocon JTM dan Open Day ADTEC Melaka. Pergi satu bas. Balik pun satu bas. Tapi macam hampas. Bosan~! Huhuhu~ Ape pun, layan la gambar kenang-kenangan kat bawah ni. ;)
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

AL-FATIHAH UNTUK SAHABAT LAMA "HAFIZ ZAINUDDIN"

Mulanya...agak terkejut dan kurang percaya dengan berita ini. Tapi, setelah di selidik, memang benar, Hafiz Zainuddin, senior aku masa sekolah dulu. Memang dia yang telah menyahut panggilan Ilahi itu. Dapat berita daripada Azham Azmi (rakan di Mesir). Katanya, arwah kemalangan jalan raya. Apa pun, walaupun tempoh perkenalan dengan arwah agak singkat, tetap terasa mesranya. Di tambah pula dengan senyumannya dan semangatnya ketika menyertai Kadet Tentera Laut di sekolah dulu. Seorang insan yang murah dengan senyuman dan sentiasa riang. Juga ringan tulang jika perlukan kudrat bantuannya. Walaupun agak jarang bersembang sama-sama, tapi itulah namanya kemesraan dan kemanisan bersahabat. Walau jauh, tetap ku ingat kenangan bersamanya.

"Ya Allah, kau limpahkanlah rahmat ke atas rohnya. Tempatkanlah dia bersama-sama dengan para solehin. Ampunkanlah segala dosa-dosanya serta jauhkan dia dari siksa kuburmu Ya Allah"
Ameen

BUTA MATA BUTA HATI

Tags : , ,
Salam Warahmatullah...
Hope semua sihat2 sajer hendaknya. Dah lama rasenye tak update blog ni.Maklumlah, tuan tangan yang menaip posting ni agak busy sket kebelakangan nih. Banyak sangat program. Baru-baru ni, Alhamdulillah, satu forum perdana sempena Maulud Rasul selamat dijalankan dengan jayanya. Panel penceramah terdiri daripada Ustaz Fauzi Bin Mustafa (Pengacara Al-Kuliyyah TV3), Ustaz Amaluddin Bin Mohd Nafiah (Penyanyi Nasyid dan Pendakwah) dan Ustaz Mohd Hasnol Bin Abu Bakar (Exco Jamiyah Pemuda Islam Wilayah dan Selangor) selaku Moderator forum. Seperti biasa, forum berkisarkan tentang Maulidur Rasul, dan ada di selit isu-isu semasa gejala sosial dan isu Palestine. Alhamdulillah, pelajar dan kakitangan ILP Kuala Lumpur sanggup meluangkan masa dan memenuhkan dewan pada malam itu. Seperti biasa, tuan blog ni di jemput juga (bersama-sama dengan rakan Salafii), tapi untuk cover bahagian teknikal dewan dan pentas pada malam tuh. Juga sebagai pembekal video2 yang di tayangkan semasa sesi slide show yang di nanti2 oleh seluruh hadirin. Teringat cerita yang di sampaikan oleh Ustaz Fauzi, beliau menceritakan tentang Rasulullah yang merupakan cahaya kepada seluruh alam manusia. Bukan sahaja alam kepada keimanan manusia, malah pernah Aisyah kekasih dan zaujah Rasulullah memberitahu dalam hadis, pada satu ketika sedang Aisyah hendak menjahit dalam rumah yang hanya diterangi pelita, tiba-tiba datang satu angin bertiup masuk ke rumah, dan pelita sekali gus padam dan menjadikan keadaan gelap. Ketika itu juga, jarum yang dipegang Aisyah, jatuh ke lantai. Meraba-raba Aisyah mencari jarum. Ketika sedang mencari jarum, Rasulullah pulang ke rumah, baginda memberi salam lalu masuk ke dalam rumah. Apabila baginda melangkah masuk sahaja, seluruh rumah di penuhi dengan cahaya seperti lampu limpah. Dan Aisyah terus ter jumpa jarum yang terjatuh tadi. Sungguh agung dan hebat Rasulullah. Bukan sahaja pembawa cahaya kebenaran, malah dirinya, jasadnya yang mulia itu juga bercahaya. Itulah yang menunjukkan Rasulullah itu sangat-sangat mulia orangnya. Sinonimnya dengan dengan tajuk posting ini, manusia pada hari ini, walaupun buta matanya, tetapi belum tentu hatinya celik. Sebab apa? Manusia akhir zaman kini, hanyut dan leka. Mata celik tetapi masih tidak nampak "cahaya" di hadapan kerana tidak ada cahaya didalam hati untuk menuntun mereka ke arah yang benar. Seperti mana yang telah di rungkai dalam lirik lagu Saff-One...

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu kemana hendak di tuju
Kehilir atau ke hulu


Bagi yang buta mata semestinya tidak nampak dunia kerana tidak ada cahaya yang menembusi mata mereka. Langsung terpaksa memerlukan bantuan atau petunjuk seperti tongkat, pembimbing atau Braile.
Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat ditangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi kita buta hati menderita

Tetapi, kita yang celik??? Bagaimana??? Sudah semestinya tidak perlukan tongkat, pembimbing atau Braile kerana mata boleh melihat segalanya. Tapi, adakah sehingga tidak perlukan pembimbing langsung dalam menjalani hidup? Sesetengah orang beranggapan tidak memerlukannya. Tapi percayalah, hidup kita bergantung sepenuhnya pada Allah Rabbul Jaleel. So, jangan la sesekali leka atau alpa. Walau teruk mane sekalipun diri kita, jangan sesekali menyerah kepada kehendak "shayateen". Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama-sama dengan hambanya yang selalu ingin bersamanya.

Wallahu'alam...

SALAM MAULIDUR RASUL 1430 H

SALAM MAULIDUR RASUL 1430 H
SEMOGA HARI INI, ESOK DAN SELAMANYA AKAN MENAMBAHKAN RASA
CINTA DAN SAYANG PADA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W
MARI BERSAMA-SAMA BANYAKKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA



SAJE JE

Tags :
Salam... Dah lama tak update nih... Agak sibuk sikit kebelakangan ni. Nak share sikit gambar yang telah di edit oleh tuan rumah. Tapi akan di upload kemudian sebab line agak sempit. Tunggu eh. Ok la, nak siap ke solat Jumaat. Salam warahmatullah alaih....

Photobucket
My Classmate

Photobucket
My Friend

Photobucket
My Mom

Photobucket
Testing...Testing



RAPAT UMUM AMAN PALESTIN @ BANGI

Photobucket

Pada 7 Februari 2009 yang lepas telah berlangsungnya Rapat Umum Aman Palestin "versi Bandar Baru Bangi" bertempat di Stadium Mini Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sasaran kehadiran pada malam tersebut adalah seramai 10,000 orang dan alhamdulillah, ianya hampir tercapai. Majlis disemarakkan dengan persembahan pentomin dan digamatkan dengan kehadiran pemidato-pemidato hebat seperti Salahuddin Ayub (PAS) dan telah diselangi dengan laungan dan alunan lagu-lagu jihad yang bisa membakar semangat para mujahideen di Malaysia. Antara yang membuat persembahan ialah Group Da'e, Mu'adz dan Rabbani. Berikut antara gambar yang sempat di snap semasa program berlangsung.

Photobucket
It's me!

Photobucket
Semangat adik nih...

Photobucket
Dengan bapaknye...

Photobucket
Barisan anak-anak yang akan menggoncang dunia...

Photobucket
Hadirin...

Photobucket
Mujahideen...

"INTIFADHA PALESTIN" @ MASJID NEGERI SHAH ALAM

Tags : ,
Pada 31 Januari 20009, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah mengadakan program Intifadha Palestin bertempat di perkarangan masjid. Selepas Solat Maghrib, Ustaz Farid Ravi Abdullah dari KUiS telah memberi tazkirah di masjid dan pada selepas Isya', telah berlangsung Nasyeed Talk Show (Sembang sambil nasyeed). Artis yang membuat persembahan adalah Mu'adz, AlGebra, Zaidie Wildan dan Rabbani. Hampir 500 orang telah hadir termasuk pelajar dari SAMT Tengku Ampuan Jamaah (SAMTTAJ). Program telah menekankan isu-isu Palestin serta menguji kefahaman artis dan penonton mengenai isu Palestin. Program yang di kendalikan oleh Bro Razlan (One Faith) itu sedikit sebanyak telah menambah info yang berguna buat masyarakat setempat yang rata-ratanya tahu apa yang berlaku di Gaza tetapi tidak faham kemelut yang dihadapi oleh Palestin. Mu'adz seperti biasa menyampaikan lagu-lagu hadeeth beliau yang berkisarkan kisah yatim piatu dan Palestin.

Photobucket
Antara hadirin yang menonton

Photobucket
Perform by Algebra

Photobucket
Photobucket
Tinggi Ke Intifadha

Photobucket
Algebra, Mu'adz, Razlan (sory blur pic)

Photobucket
Algebra, Fareid, Mu'adz
(wuts wrong wit my camera???)

NAK JADI MUJAHIDEEN

Tags : ,
Salam
Alhamdulillah, ada kesempatan untuk update blog hari nih. Sibuk sket smenjak dua menjak tiga menjak ni. Malam tadi, berlangsungnya Meyuarat Agung Tahunan Ahli Qariah Masjid Dato' Haji Kamaruddin. Pemilihan AJK, Imam, Bilal dan Siak baru dah pun dibuat. Congrat to my dad, yang di pilih menjadi Imam (2) melalui pungutan suara ahli qariah. Nampaknya, aku kene la jaga perangai sket. Hehe. Buat pengetahuan, ayah aku last dilantik jadi imam pada tahun 1996 kalau tak silap. Kemudian di arah melepaskan jawatan kerana bergiat aktif dalam PAS pada 1998. Ketika tu ayah sedang berkhutbah mengenai kerosakan perangai umat manusia di Malaysia (waktu tu Anwar Ibrahim baru di pecat dan aktif dalam reformasi). Selesai ayah berkhutbah, dia ditahan oleh Polis dan hampir dikenakan tahanan ISA. Namun, ayah aku berpegang teguh pada "kul al haq walau kaana muran" sampaikanlah yang benar walau ia pahit sekalipun. Kemudian, berakhirlah karier beliau sebagai Imam, dan menjadi Bilal sahaja sehingga kini. Dan semalam, di lantik semula jadi Imam, hatiku terdetik, "diorang nak dengar khutbah pedas lagi ke? heheh.
Berbalik pada tajuk, nak jadi mujahideen, sahabat aku di kelas, cukup semangat dengan isu Gaza, syukur dan tahniah. Kerana kamu semua alert dengan isu ni. Ade yang nak ikut aku pergi rapat umum, konsert Gaza la, macam2. Insyallah, kita pegi skali la ek kawan2.

mujahideen
Abdul Somad and Fareid

Apa2 pun, wahai kawan2 ku yang berada di mana2 sahaja, teruskan boikot barangan Amerika dan Israel. Buat sesuatu tu kene Istiqamah wahai kawan2. Fastaqim kama umirtu. Wassalam...

boikot big

PUISI PALESTINA

Tags : ,

Palestin...

Bumi anbiya yang semakin di ratah dari hari ke hari

Tanpa belas kasihan

isi perut mu di toreh dengan rakus

tatkala itu kelihatan jiwa-jiwa tidak berdosa

bertaburan...bergelimpangan...

mempertahankan tanah air tercinta

yang enak dijajah Yahudi berdosa


Palestin...

pada saat langit berwarna merah saga

kau bangkit dengan semangat

dan butiran kelikir perkasa berlarian

di celah-celah runtuhan bata

meluncur laksana puluhan peluru

meluru ke badan-badan zionis

yang berterusan melepaskan butiran besi

tetapi Palestin terus terbang...

terbang bersama teriakan takbir


Palestin...

kami semua menjadi saksi-saksimu

atas keberanian jiwa mu

kami juga menjadi saksi

atas keteguhan jasad mu

ketika yahudi-yahudi membantai mu

lalu merah berkesimbah ditanah air mu

mewangi harum genangan darah syahid mu

ketika membebaskan bumi jihad palestina


Palestin...

Demi Baitil Maqdis kau berjuang

Demi Aqsa kau berjuang

Kedengaran tangisan yang menyedihkan

Menggamit seluruh jiwa umat ini

Membangunkan jiwa seluruh umat Muhammad

Yang telah sekian lama mati

Membangkitkan jiwa ini agar terus berjihad bersama mu


Palestin...

sesungguhnya

perjuangan yang panjang ini

telah engkau bayar dengan jiwa

bersama-sama syahid dalam cintanya

Palestina...Palestina...Palestina...








SEMESTER AKHIR BERMULA

Tags :
Salam...

Pagi ni baru je selesai daftar untuk semester akhir di ILP Kuala Lumpur. Pagi2 lagi aku dah sampai kelas. Jumpe lec, jumpe membe, jumpe sahabat. Seronok rasenye. Hehehe~ Aku beli surat khabar, terbaca berita lori tangki eksiden dengan lori dobi. Ngeri jer. Tapi, bile sampai umah tadi, kecoh2 kat masjid kat umah aku ni. Rupenye yang bawak lori tangki tu orang kat taman aku. Belakang umah aku je umah dia. Astaghfirullah... Dah arwah dah pakcik tu. Ayah aku akan uruskan jenazah, kemudian solatkan, kemudian kebumi dan talkin, semuanya akan diuruskan oleh Ayah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dari Allah. Al-Fatihah...


SEKITAR RAPAT UMUM SELAMATKAN GHAZA

KHAIBAR~! KHAIBAR~!
YA YAHUUD~!!!
JAISHU MUHAMMAD SAUFA YA'UD~!!


Itu lah laungan semangat yang dilaungkan oleh para hadirin penyokong dan demonstrater yang berkumpul seawal jam 9.00 pagi di Stadium Melawati Shah Alam. Mereka berkumpul bukan untuk bersuka ria. Mereka berkumpul tanpa mengira usia, pangkat, parti politik dan harta yang dimiliki. Mereka berkumpul atas dasar Islam yang sangat di cintai~!! Rapat Umum Selamatkan Gaza anjuran Aman Palestin ini telah berjaya mengumpul jemaah dari seluruh pelusuk daerah dan negeri. Anggaran peserta yang hadir adalah sekitar 5,000 orang. Mereka terdiri dari orang perseorangan, pelajar, wakil rakyat, wakil NGO, dan pelbagai. Seawal jam 9.15, Bro Mu'adz telah bangkit di pentas mengiringi seorang pakcik yang menggelar dirinya "KIJANG TUA". Bersama-sama pakcik itu adalah sehelai kertas dan sebuah sepanduk kecil. Di atas kertas terhidang puisi yang menghina dan mengecam tindakan Yahudi Laknatullah terhadap palestin. Puisi nukilan pakcik itu telah di sampaikan oleh Bro Mu'adz dengan penuh semangat. Kira-kira jam 10 pagi, acara dimulakan dan pidato2 yang bersemgat telah disampaikan oleh antaranya Dr Mujahid Yusuf Rawa (Parlimen Parit Buntar), Dr Zambrey (Adun Pangkor), dan wakil2 dari Aman Palestin. Acara juga diselit dengan persembahan Nasyeed jihad yang dipimpin oleh Bro Mu'adz bersama-sama dengan Da'e dan diiringi oleh Band Algebra. Penutup majlis telah disempurnakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Shah Alam dan kemudian para pemprotes dan pembenci Israel ini meluru keluar Stadium untuk menyempurnakan acara "baling kasut ke muka Bush" sebagai simbolik protes, benci dan hina terhadap Yahudi Laknatullah dan sekutunya. Bergema laungan takbir mengiringi semangat pejuang yang berada di bumi Malaysia. Semoga Allah menerima amalan dan doa para pemprotes dan pembenci Yahudi pada hari itu. Nufdika Ya Ghazza~!! Allahuakbar!!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Biddam~!! Birruh~!! Nufdika Ya Ghazza~!!

Photobucket
kijang tua berjubah dan berserban

Photobucket

Photobucket

Photobucket