Ibadat korban bermaksud menyembelih haiwan tertentu seperti unta, kerbau, lembu atau kambing pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Islam mensyariatkan korban sebagai salah satu ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Di samping itu, ia mengingatkan kita terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail sebagai suatu ujian daripada Allah kepada hamba-Nya yang taat.
Ada banyak hadis yang menyebut keutamaan ibadat korban. Antaranya, hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (ibadat korban).
“Bahawasanya ia (haiwan yang dikorbankan itu) datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi.
“Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih." (Hadis riwayat al-Tarmizi).
Melalui hadis ini jelas bahawa ibadat korban adalah ibadat atau amalan yang disukai oleh Allah. Maka tentunya ia mendapat kemuliaan di sisi Allah pada hari kiamat kelak.
Justeru, melakukan ibadat korban itu akan menambah lagi amalan kebajikan yang dilakukan, di samping menjadi sebagai penebus dosa kita.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang lalu." (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibn Hibban).
Dipetik daripada Kitab Sabilal Muhtadin bahawa Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Perbesarkanlah korban kamu, kerana ia menjadi tungganganmu di atas titian siratulmustakim pada hari kiamat nanti."
Begitulah besarnya ganjaran kepada orang yang melakukan korban. Allah menjanjikan kebaikan kepada orang yang melakukannya dan menjadikan haiwan sembelihan itu sebagai tunggangan untuk meniti al-Sirat pada hari akhirat kelak.
Pada zahirnya ia cuma pengorbanan seekor haiwan sembelihan, namun jika dikaji dengan teliti, ia adalah ujian Allah dalam melatih kita agar sentiasa bersedia untuk berkorban jiwa dan tenaga demi menegakkan agama Allah di bumi ini.
Selain itu, ibadat korban adalah ujian bagi melihat sejauh mana kita mensyukuri nikmat kemewahan yang telah dikurniakan Allah. Kita harus sedar untuk mencapai suatu cita-cita memerlukan pengorbanan.
Betapa Rasulullah ketika hayat baginda dan sahabat sanggup mengorbankan harta, menggadai nyawa semata-mata untuk mendaulatkan agama, inikan pula suatu amalan yang cuma untuk mengorbankan secebis harta demi untuk mensyukuri nikmat yang diterima.
Ingatlah setiap pengorbanan yang dilakukan hendaklah disertakan dengan niat dan amal ikhlas semata-mata kerana Allah. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riak, takbur, membanggakan diri dan menunjuk-nunjuk akan kemampuan, maka akan tertutuplah rahmat Allah dan nescaya sia-sialah ibadat korban yang dilakukan.
Rasulullah amat menyukai amalan berkorban hingga baginda sentiasa menyarankan sahabat melakukan ibadat korban pada setiap kali kedatangan Aidiladha.
Justeru, amalan korban itu mempunyai kelebihan besar. Dilihat dari sudut kerohanian, ia dapat mengikis sifat bakhil untuk membelanjakan harta ke arah kebaikan. Ibadat itu dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan memberi kegembiraan dan kesenangan, terutama golongan fakir dan miskin bagi sama-sama merasakan keriangan hari raya.
Allah berfirman bermaksud: "Makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Hajj, ayat 36).
Melalui amalan ibadat korban ini, jelas terbukti dapat mewujudkan suasana kerjasama serta saling bantu-membantu antara semua pihak, sama ada pihak yang melakukan korban mahupun yang menerimanya.
Namun amalan yang berkebajikan ini janganlah dicemari dengan unsur negatif, misalnya, berebut-rebut ketika menerima daging agihan, bersikap tamak dengan mengambil hak orang lain hingga menimbulkan ketidakpuasan di kalangan penerima dan orang yang lebih layak untuk menerima sebahagian yang ditentukan oleh syarak. Akhirnya ia boleh menimbulkan pertelingkahan.
Manakala di pihak yang ditugaskan untuk mengurus penyembelihan, hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh amanah. Jagalah kepercayaan yang diberikan dan jadikanlah apa yang diamanahkan itu sebagai satu tanggungjawab dan kewajipan yang akan diperhitungkan pada hari akhirat nanti
Akhirnya marilah kita sama-sama berdoa semoga setiap amal kebajikan yang kita lakukan, termasuk amalan korban akan diterima dan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: "Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat menjamin. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang berbuat baik." (Surah al-Hajj, ayat 37).
Artikel ini dipetik dari http://www.kedaiiman.blogspot.com

Dikesempatan ini, saya Muhammad Farid Bin Hj Ahmad Radzi, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1430h. Selamat menjalani ibadah qurban pada sekian hari-hari tashriq, semoga ibadah qurban kita sekalian diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)