MOVIE : 2012 - Sesuatu yang lari dari kenyataan Allah.

Tags : , , ,

Sebuah filem yang mengisahkan kajian sekumpulan atau sekawanan saintis dunia mengenai kemusnahan dunia. Apabila kajian demi kajian dilakukan, akhirnya seorang saintis di India yang telah mengkaji pergerakan kerak bumi selama beberapa tahun dengan "confidentnya" mengesahkan bahawa kiamat akan berlaku pada 2012. Kemudian, berita itu disampaikan kepada White House dan dengan serta merta mereka membangunkan satu projek membina kapal @ bahtera yang besar giler untuk menyelamatkan para pemimpin dunia dan masyarakat dunia dengan alasan ingin mengelak daripada kepupusan manusia diatas muka bumi ini. Dan bagi sesiapa yang ingin menaiki bahtera tersebut, perlu menyediakan 1 Billion Euro setiap seorang. Nak dijadikan cerita, ramai juga la yang sanggup bergadai demi menyelamatkan nyawa masing2. Dan ada seorang lelaki (John Cussack) berusaha sehabis-habisnya demi menyelamatkan anak dan isterinya. Sehinggakan sempat lagi menaiki kapal terbang ketika permukaan bumi sedang hancur.

APA YANG PELIK?
Dalam filem ini, dikisahakan kiamat akan berlaku, dan seluruh umat manusia dunia risau akan ketibaan kiamat ini. Ada yang bertaubat, ada yang mengajak taubat, dan ada yang buat tidak hirau. Apa yang pelik, kiamat dalam filem ini, adalah kiamat diatas permukaan bumi sahaja serta ditenggelami air laut, tetapi langit serta planet2 dan galaksi angkasa lepas tidak pula hancur berkecai. Firman Allah dalam Surah Al-Qiyamah, ayat 6 hingga 11 yang bermaksud ;

(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat(di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat) [5] Dia bertanya; (secara mengejek) "Bilakah akan tiba hari kiamat itu?" [6] Maka (jawabnya : hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut) [7] Dan bulan hilang cahayanya, [8] Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama [9] (Maka), pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkar pada hari kiamat) :"Kemanakah hendak melarikan diri???" [10] Tak usahlah bertanya sedimikian, Tidak ada lagi tempat perlindungan! [11]

Jelas sudah dalam firman Allah SWT di atas, bahawasanya, kiamat pasti berlaku, dan saat sangkakala pertama dihembus Israfil, maka hancurlah segenap isi dunia dan hancurlah segala planet dan galaksi kemudian dibangkit semula sesudah sangkakala kedua. Apa yang ada ketika itu hanyalah jasad dan amalan yang akan dipikul untuk perhitungan di Mahsyar.


Oleh Allah kita diciptakan...
Daripada Allah kita didatangkan kedunia...
Kepada Allah kita beribadah dan beramal didunia...
Kepada Allah kita akan kembali...Pasti...






Post a Comment