NAK JADI MUJAHIDEEN

Tags : ,
Salam
Alhamdulillah, ada kesempatan untuk update blog hari nih. Sibuk sket smenjak dua menjak tiga menjak ni. Malam tadi, berlangsungnya Meyuarat Agung Tahunan Ahli Qariah Masjid Dato' Haji Kamaruddin. Pemilihan AJK, Imam, Bilal dan Siak baru dah pun dibuat. Congrat to my dad, yang di pilih menjadi Imam (2) melalui pungutan suara ahli qariah. Nampaknya, aku kene la jaga perangai sket. Hehe. Buat pengetahuan, ayah aku last dilantik jadi imam pada tahun 1996 kalau tak silap. Kemudian di arah melepaskan jawatan kerana bergiat aktif dalam PAS pada 1998. Ketika tu ayah sedang berkhutbah mengenai kerosakan perangai umat manusia di Malaysia (waktu tu Anwar Ibrahim baru di pecat dan aktif dalam reformasi). Selesai ayah berkhutbah, dia ditahan oleh Polis dan hampir dikenakan tahanan ISA. Namun, ayah aku berpegang teguh pada "kul al haq walau kaana muran" sampaikanlah yang benar walau ia pahit sekalipun. Kemudian, berakhirlah karier beliau sebagai Imam, dan menjadi Bilal sahaja sehingga kini. Dan semalam, di lantik semula jadi Imam, hatiku terdetik, "diorang nak dengar khutbah pedas lagi ke? heheh.
Berbalik pada tajuk, nak jadi mujahideen, sahabat aku di kelas, cukup semangat dengan isu Gaza, syukur dan tahniah. Kerana kamu semua alert dengan isu ni. Ade yang nak ikut aku pergi rapat umum, konsert Gaza la, macam2. Insyallah, kita pegi skali la ek kawan2.

mujahideen
Abdul Somad and Fareid

Apa2 pun, wahai kawan2 ku yang berada di mana2 sahaja, teruskan boikot barangan Amerika dan Israel. Buat sesuatu tu kene Istiqamah wahai kawan2. Fastaqim kama umirtu. Wassalam...

boikot big

PUISI PALESTINA

Tags : ,

Palestin...

Bumi anbiya yang semakin di ratah dari hari ke hari

Tanpa belas kasihan

isi perut mu di toreh dengan rakus

tatkala itu kelihatan jiwa-jiwa tidak berdosa

bertaburan...bergelimpangan...

mempertahankan tanah air tercinta

yang enak dijajah Yahudi berdosa


Palestin...

pada saat langit berwarna merah saga

kau bangkit dengan semangat

dan butiran kelikir perkasa berlarian

di celah-celah runtuhan bata

meluncur laksana puluhan peluru

meluru ke badan-badan zionis

yang berterusan melepaskan butiran besi

tetapi Palestin terus terbang...

terbang bersama teriakan takbir


Palestin...

kami semua menjadi saksi-saksimu

atas keberanian jiwa mu

kami juga menjadi saksi

atas keteguhan jasad mu

ketika yahudi-yahudi membantai mu

lalu merah berkesimbah ditanah air mu

mewangi harum genangan darah syahid mu

ketika membebaskan bumi jihad palestina


Palestin...

Demi Baitil Maqdis kau berjuang

Demi Aqsa kau berjuang

Kedengaran tangisan yang menyedihkan

Menggamit seluruh jiwa umat ini

Membangunkan jiwa seluruh umat Muhammad

Yang telah sekian lama mati

Membangkitkan jiwa ini agar terus berjihad bersama mu


Palestin...

sesungguhnya

perjuangan yang panjang ini

telah engkau bayar dengan jiwa

bersama-sama syahid dalam cintanya

Palestina...Palestina...Palestina...








SEMESTER AKHIR BERMULA

Tags :
Salam...

Pagi ni baru je selesai daftar untuk semester akhir di ILP Kuala Lumpur. Pagi2 lagi aku dah sampai kelas. Jumpe lec, jumpe membe, jumpe sahabat. Seronok rasenye. Hehehe~ Aku beli surat khabar, terbaca berita lori tangki eksiden dengan lori dobi. Ngeri jer. Tapi, bile sampai umah tadi, kecoh2 kat masjid kat umah aku ni. Rupenye yang bawak lori tangki tu orang kat taman aku. Belakang umah aku je umah dia. Astaghfirullah... Dah arwah dah pakcik tu. Ayah aku akan uruskan jenazah, kemudian solatkan, kemudian kebumi dan talkin, semuanya akan diuruskan oleh Ayah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dari Allah. Al-Fatihah...


SEKITAR RAPAT UMUM SELAMATKAN GHAZA

KHAIBAR~! KHAIBAR~!
YA YAHUUD~!!!
JAISHU MUHAMMAD SAUFA YA'UD~!!


Itu lah laungan semangat yang dilaungkan oleh para hadirin penyokong dan demonstrater yang berkumpul seawal jam 9.00 pagi di Stadium Melawati Shah Alam. Mereka berkumpul bukan untuk bersuka ria. Mereka berkumpul tanpa mengira usia, pangkat, parti politik dan harta yang dimiliki. Mereka berkumpul atas dasar Islam yang sangat di cintai~!! Rapat Umum Selamatkan Gaza anjuran Aman Palestin ini telah berjaya mengumpul jemaah dari seluruh pelusuk daerah dan negeri. Anggaran peserta yang hadir adalah sekitar 5,000 orang. Mereka terdiri dari orang perseorangan, pelajar, wakil rakyat, wakil NGO, dan pelbagai. Seawal jam 9.15, Bro Mu'adz telah bangkit di pentas mengiringi seorang pakcik yang menggelar dirinya "KIJANG TUA". Bersama-sama pakcik itu adalah sehelai kertas dan sebuah sepanduk kecil. Di atas kertas terhidang puisi yang menghina dan mengecam tindakan Yahudi Laknatullah terhadap palestin. Puisi nukilan pakcik itu telah di sampaikan oleh Bro Mu'adz dengan penuh semangat. Kira-kira jam 10 pagi, acara dimulakan dan pidato2 yang bersemgat telah disampaikan oleh antaranya Dr Mujahid Yusuf Rawa (Parlimen Parit Buntar), Dr Zambrey (Adun Pangkor), dan wakil2 dari Aman Palestin. Acara juga diselit dengan persembahan Nasyeed jihad yang dipimpin oleh Bro Mu'adz bersama-sama dengan Da'e dan diiringi oleh Band Algebra. Penutup majlis telah disempurnakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Shah Alam dan kemudian para pemprotes dan pembenci Israel ini meluru keluar Stadium untuk menyempurnakan acara "baling kasut ke muka Bush" sebagai simbolik protes, benci dan hina terhadap Yahudi Laknatullah dan sekutunya. Bergema laungan takbir mengiringi semangat pejuang yang berada di bumi Malaysia. Semoga Allah menerima amalan dan doa para pemprotes dan pembenci Yahudi pada hari itu. Nufdika Ya Ghazza~!! Allahuakbar!!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Biddam~!! Birruh~!! Nufdika Ya Ghazza~!!

Photobucket
kijang tua berjubah dan berserban

Photobucket

Photobucket

Photobucket

RAPAT UMUM AMAN PALESTIN

Tags : ,

MARI RAMAI-RAMAI SERTAI RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA
ANJURAN AMAN PALESTIN
PADA 10 JANUARI 2009 (SABTU)
BERTEMPAT DI STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM
BERMULA JAM 10 PAGI.


HADIRKAN DIRI ANDA DAN TUNJUKKAN SEMANGAT JIHAD ANDA.
INILAH MASANYA UNTUK MENUNJUKKAN SOKONGAN KITA TERHADAP
RAKYAT PALESTIN YANG TELAH SEKIAN LAMA TERTINDAS.

YA ALLAH...LAKNATLAH ISRAEL, AMERIKA DAN
SESIAPA JUGA YANG BERSEKUTU DENGAN MEREKA!!!!

WAJAH BARU 2009

Salam Warahmatullah...
Sempena ulang tahun kelahiran ke-2 Young Slave, tuan rumah telah pun membuat beberapa pengubahsuaian terhadap wajah blog ini. Di harapkan dengan pengubahsuaian ini, dapatlah membuatkan mata-mata para pembaca tidak sakit tetapi tenang dengan warna-warna yang dikenakan sesuai dengan keselesaan membaca posting. Diharap semuanya berpuas hati. Jika ada terdapat sebarang pertanyaan. Sila lemparkan di ruangan "Jariku Jarimu" (chat box)

Sekian, terima kasih.

Majulah Blogger Untuk Agama Bangsa dan Negara

p/s: minggu depan tuan rumah dah masuk belajar semula untuk semester akhir. wish me luck!

LATEST : GAZA DI SERANG LAGI

Tags :
Perkembangan terkini di Gaza, Rejim Zionis telah bertalu-talu membedil semenanjung Gaza awal pagi tadi. Jet pejuang Israel telah melepaskan bom bertalu-talu ke arah penempatan rakyat Palestin. Lebih memilukan apabila sebuah masjid telah di bom dan ketika di bom, terdapat jemaah yang sedang solat di dalam masjid berkenaan. Israel memberi alasan bahawa serangan mereka pagi tadi adalah hanya sebagai serangan ke atas pejuang-pejuang hamas yang berada di sekitar penempatan rakyat Palestin di semenanjung Gaza. Dalam pada itu, PBB telah mengadakan sidang tergempar bagi mencapai kata sepakat dari ahli-ahli majlis untuk membolehkan kedua belah pihak bertelagah iaitu Zionis Israel dan Hamas mencapai gencatan senjata. Bagaimanapun, wakil duta Amerika Syarikat ke P.B.B tidak bersetuju dengan cadangan gencatan senjata itu dengan alasan bahawa serangan telah dimulakan oleh pihak Hamas yang cuba untuk mendapatkan hak mereka kembali. Dalam pada itu, Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughoush yang diterumah oleh Buletin Utama sebentar tadi menyatakan, serangan Rejim Israel Laknatullah ke atas bumi Gaza adalah serangan yang berupa hendak melumpuhkan kehidupan rakyat di Gaza. Ini kerana, rejim telah membedil tempat-tempat yang penting seperti Masjid, Hospital dan Sekolah. Katanya lagi, Israel menyerang juga untuk meluaskan lagi keluasan tanah rampasannya yang telah dirampas dari rakyat Palestin sejak tahun 1940an. Abdelaziz mengingatkan lagi bahawa serangan Israel ke atas Hamas di semenanjung Gaza bukannya mengurangkan Hamas tetapi ianya menambahkan lagi kekuatan ketumbukan Hamas yang bersembunyi di sebalik penempatan di sekitar semenanjung Gaza. Beliau berkata, kerana itulah Rejim Israel tidak berjaya mematahkan serangan bedilan roket Hamas kerana Hamas berada di merata-rata tempat.

NAQBA BERULANG LAGI

Salam...
Dunia sekali lagi digemparkan dengan kekejaman Rejim zionis israel yang melakukan serangan kejam bertubi-tubi terhadap penduduk Palestin tanpa belas kasihan. Insiden kejam ini sekali gus telah memperlihatkan dan menunjukkan bahawa Rejim zionis israel dan sekutunya Amerika Syarikat langsung tidak berminat untuk membawa Palestin dan Israel ke arah perjanjian damai yang di uar2 kan selama ini. Sekali lagi tamparan hebat juga terkena kepada O.I.C dan P.B.B yang sepatutnya berkuasa dan berhak dalam menguruskan hal2 sebegini. Tetapi, apa yang sudah berlaku? Apa tindakan yang telah diambil oleh pihak2 ini selain daripada berucap di televisyen mengecam dan mengutuk tindakan Rejim Zionis yang sudah diketahui persis binatang buas yang kelaparan. Sesungguhnya, inilah dia satu lagi ujian Allah SWT yang besar bagi umat Islam bukan sahaja di Palestin, tetapi juga di seluruh dunia. Wahai saudara-saudaraku di Palestine, if you are hearing me at here, just wanna you know that my soul and my spirit is always with you. Allahuakbar~! Allahumma'ana~!