Salam...Dunia sekali lagi digemparkan dengan kekejaman Rejim zionis israel yang melakukan serangan kejam bertubi-tubi terhadap penduduk Palestin tanpa belas kasihan. Insiden kejam ini sekali gus telah memperlihatkan dan menunjukkan bahawa Rejim zionis israel dan sekutunya Amerika Syarikat langsung tidak berminat untuk membawa Palestin dan Israel ke arah perjanjian damai yang di uar2 kan selama ini. Sekali lagi tamparan hebat juga terkena kepada O.I.C dan P.B.B yang sepatutnya berkuasa dan berhak dalam menguruskan hal2 sebegini. Tetapi, apa yang sudah berlaku? Apa tindakan yang telah diambil oleh pihak2 ini selain daripada berucap di televisyen mengecam dan mengutuk tindakan Rejim Zionis yang sudah diketahui persis binatang buas yang kelaparan. Sesungguhnya, inilah dia satu lagi ujian Allah SWT yang besar bagi umat Islam bukan sahaja di Palestin, tetapi juga di seluruh dunia. Wahai saudara-saudaraku di Palestine, if you are hearing me at here, just wanna you know that my soul and my spirit is always with you. Allahuakbar~! Allahumma'ana~!


0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)