Perkembangan terkini di Gaza, Rejim Zionis telah bertalu-talu membedil semenanjung Gaza awal pagi tadi. Jet pejuang Israel telah melepaskan bom bertalu-talu ke arah penempatan rakyat Palestin. Lebih memilukan apabila sebuah masjid telah di bom dan ketika di bom, terdapat jemaah yang sedang solat di dalam masjid berkenaan. Israel memberi alasan bahawa serangan mereka pagi tadi adalah hanya sebagai serangan ke atas pejuang-pejuang hamas yang berada di sekitar penempatan rakyat Palestin di semenanjung Gaza. Dalam pada itu, PBB telah mengadakan sidang tergempar bagi mencapai kata sepakat dari ahli-ahli majlis untuk membolehkan kedua belah pihak bertelagah iaitu Zionis Israel dan Hamas mencapai gencatan senjata. Bagaimanapun, wakil duta Amerika Syarikat ke P.B.B tidak bersetuju dengan cadangan gencatan senjata itu dengan alasan bahawa serangan telah dimulakan oleh pihak Hamas yang cuba untuk mendapatkan hak mereka kembali. Dalam pada itu, Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughoush yang diterumah oleh Buletin Utama sebentar tadi menyatakan, serangan Rejim Israel Laknatullah ke atas bumi Gaza adalah serangan yang berupa hendak melumpuhkan kehidupan rakyat di Gaza. Ini kerana, rejim telah membedil tempat-tempat yang penting seperti Masjid, Hospital dan Sekolah. Katanya lagi, Israel menyerang juga untuk meluaskan lagi keluasan tanah rampasannya yang telah dirampas dari rakyat Palestin sejak tahun 1940an. Abdelaziz mengingatkan lagi bahawa serangan Israel ke atas Hamas di semenanjung Gaza bukannya mengurangkan Hamas tetapi ianya menambahkan lagi kekuatan ketumbukan Hamas yang bersembunyi di sebalik penempatan di sekitar semenanjung Gaza. Beliau berkata, kerana itulah Rejim Israel tidak berjaya mematahkan serangan bedilan roket Hamas kerana Hamas berada di merata-rata tempat.

0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)