SALAM MA'AL HIJRAH 1430

Tags :
Salam...
Pejam celik pejam celik...dah nak masuk tahun baru dah?? Subhanallah...cepat sungguh masa berlalu. Dalam kadar itu juga, terdetik juga dihati, dunia sudah semakin tua, diri juga makin tua. Amalan??? Cukup ke? Sempurna ke?? Terlebih ke?? Kurang ke?? Dah topup ke?? Teringat petikan khutbah Jumaat oleh khatib jemputan di masjid tengahari tadi...katanya...

"Takwa itu adalah berhati-hati yakni berhati-hati dalam setiap amalan yang dilakukan dalam hidup. Maka hidup kita sebagai mukmin mestilah berbajukan takwa, kerana sebaik-baik pakaian adalah takwa. Firman Allah SWT dalam surah Yaasin
"Wamtazul yauma ayyuhal mujrimun",
dan berpisahlah kamu pada hari kiamat wahai orang yang berdosa.
Bepisahlah kamu dari yang melakukan kebaikan. Sesungguhnya masa depan orang yang kufur pada masa itu adalah neraka semata-mata..."


Teringat pula aku ayat selepas ayat yang dibaca tadi, mafhumnya,
"bukankah kamu wahai manusia telah diingatkan tiap ketika agar jangan sesekali menyembah syaitan, kerana syaitan adalah kesesatan yang nyata dihadapan manusia"


Lantaran itu, saya, kita dan anda sebagai manusia, yang ber"title"kan muslim ni, pakat2 la memperbanyakkan amalan. Memang benar, kala ini banyak gangguan@godaan apabila kita cuba mendekatkan diri pada Allah. Tapi, cuba renungkan, andai kata, sehari selepas anda membaca posting ini, anda kembali bertemu Allah SWT, dan anda telah memperbanyakkan ibadah dan amalan, tetapi, yakinkah anda bahawa amalan selama SEHARI yang terakhir itu mencukupi untuk menampung segala amalan dan ibadah yang tertinggal atau sengaja ditinggal sebelum ini? Nauzubillah...semoga Allah melanjutkan usia kita semua agar dapat kita memperbaiki cara hidup serta memperbanyak amal ibadah.

Sempena kedatangan tahun baru hijrah ini, mari kita sama-sama memperbaiki pemahaman dan pendirian kita terhadap TAKWA itu sendiri. Jangan hanya memahami TAKWA itu dengan makna takut kepada Allah semata-mata, tapi perlu di ingatkan, tanpa amalan hidup tidak bermakna, tanpa beribadah kepada Allah, maknanya kamu bukan ISLAM! Ingatlah pada kuasa Allah yang berkehendak menurunkan bala pada bila2 masa sahaja. Ingatlah pada KUN FAYAKUN. Ingat, bala Allah sekali datang, semua akan kena. (ingat Tsunami lagi tak??) Ingatlah juga, mati tidak mengenal usia.

Aku sedikit terkejut mendengar berita di Buletin Utama TV3 sebentar tadi, seorang blogger yang hanya dikenali sebagai Adibah (not sure real name or not) telah mengisi posting bloggernya dengan kata-kata kutukan, hinaan dan cercaan pada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Pada aku, orang seperti ini, memang tiada tempat yang layak baginya di syurga. Apatah lagi di dunia saja, orang sudah mengutuk keras tindakannya menghina Nabi Muhammad SAW. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk ketibaan Awal Muharam, tetapi, belum pun tiba lagi, dah ada si jahanam bedebah yang berani mengkritik dan mencerca Rasulullah. Ya Allah, kau kabulkanlah doa orang2 yang meminta ini. Ya Allah, kau jahanamkanlah manusia yang bertopengkan syaitan ini. Kurniakan baginya laknat. Laknatkanlah orang yang menghina kekasihmu ini Ya Allah. Ameen Ya Rabbal A'lameen.

Ma'assalamah...

p/s: Salam Maal Hijrah 1430 buat sahabat seperjuangnku Azham, Awez dan lain2 yang berada di Mesir, Jordan, Jepun dan dimana2 sahaja dalam dunia ini yang sedang menuntut ilmu. Kenang daku dalam doamu.

Post a Comment