Ana Raffali telah melakar satu lagi sejarah bagi industri muzik tanah air apabila membuat kejutan dengan memenangi Anugerah Juara Lagu Ke-25 baru-baru ini. Ana dengan slumbernya mendendangkan lagu yang berjudul Tolong Ingatkan Aku yang merupakan lagu ciptaan beliau sepenuhnya. Wow! Hmm, maybe ada yang tak berapa sedar dengan kedatangan Ana Raffali ke dalam industri muzik Malaysia. Ana memulakan kegiatan seninya dengan membuat posting video2 yang memaparkan beliau menyanyi sambil bermain gitar kapok di laman YouTube ("anadcat" adalah username Ana di Youtube). Video-video ana mendapat sambutan yang agak baik dari penonton-penonton laman itu. Dan tanpa disedari, seorang komposer terkenal iaitu Aidit Alfian selalu mengikuti perkembangan beliau. Dan dari situlah Ana Raffali mengembangkan bakat beliau dengan lebih jauh dan secara tidak langsung menjadi anak didik Aidit Alfian. Antara lagu-lagu beliau yang sedang hangat adalah Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Tolong Ingatkan Aku dan yang terbaru Kalau Berpacaran yang menampilkan Ana Raffali bergandingan dengan Suhaimi Mior Hassan dan Altimet.
Ini merupakan satu petanda aras yang baik bagi penggiat muzik di Malaysia kerana tanpa kita sedari, agak ramai rakyat Malaysia yang mempunyai bakat terpendam sebegini cuma tidak tahu cara untuk mengembangkannya. Laman Youtube misalnya merupakan laman video streaming online yang telah membantu banyak bakat-bakat seni bukan sahaja di Malaysia, malahan seluruh dunia juga. Jadi bagi korang2 yang ada bakat terpendam dan rasa ianya berbaloi untuk dikembangkan, rajin-rajinlah upload ke Youtube. Hehe~ Mana la tahu kot2 Acis atau M.Nasir tengok video korang, dan berkenan pulak, untung korang. hehehe~
p/s : aku pun minat nyanyi jugak. Selalu karaoke je. hehe~

0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)