Bismillah-irrahman-irrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ku panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dengan kuasaNYA dan kurnianNYA, saya masih lagi dapat menghela dan menghembus nafas dalam meneruskan perjalanan hidup. Saya berasa bersalah kerana terlalu lama meninggalkan laman blog ini tanpa sebarang update. Bukan sengaja tetapi terlalu sibuk dengan urusan kerja yg perlu diselesaikan. Adakala hingga terpaksa balik lewat malam. Apapun saya berusaha demi mencari rezeki yang halal dan diberkati di atas muka bumi Allah yang maha kaya ini. Terlalu banyak rasanya yang saya hendak ceritakan sepanjang peninggalan saya 6 bulan yang lalu. Ada banyak isu yang berlaku, banyak hal peribadi yang melanda dan banyak lagi kisah-kisah menarik yang saya mahu berkongsi, Insyallah jika ada kelapangan, akan saya update ke dalam blog ini.
Dalam kesibukan saya bekerja, pejam celik dah lebih kurang 8 bulan saya bekerja. Buat masa ini masih lagi bersama majikan yang sama. Insyallah dalam perancangan untuk menukar kerja. Bukan apa, sengaja mencari pengalaman dan angin yang berbeza disamping mencari tempat kerja yang boleh memberi pulangan pendapatan yang lebih lumayan berbanding yang sedia ada sekarang.
Sepanjang saya tidak update blog ini, macam-macam hal yang telah berlaku. Antaranya, To'ki (atuk) dah pun kembali ke rahmatullah pada bulan 5 yang lepas. Setelah bertarung nyawa dengan sakit tua, arwah meninggal dunia didepan anak-anak dan sebahagian cucu dan cicit beliau. Memang agak terasa dengan pemergian atuk sebab tak dapat nak bergaul dengan lebih rapat disebabkan jarak yang jauh, KL-Terengganu. Apa pun, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga arwah bersemadi dengan aman bersama para solehin dan muttaqin.
Rasanya setakat ini saje post ini, akan bersambung akan datang... Insyallah...

0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)