ISU PALESTIN ADALAH MUSYKILAH UTAMA DUNIA ISLAM - Dr Mohamed Mahmoud El Sheikh Seyam
Tags :
palestin
Isu Palestin Adalah Masalah Utama Dunia Islam
-Dr.Mohamed Mahmoud El Sheikh Seyam
(Mantan Imam dan Khatib Masjid al-Aqsa, Palestin)
Terjemahan dan susunan oleh: Imran al-Malizi*(imran_almalizi@ yahoo.com)PendahuluanBeberapa bulan yang lalu, Mantan Imam dan Khatib Masjid al-Aqsa, yang juga Mantan Rektor Universiti Islam Gaza, Palestin dan Ahli Jawatankuasa al-Quds Foundation iaitu Dr.Mohamed Mahmoud El Sheikh Seyam telah mengunjungi negara ini sempena program Muslim Care Raising Fund For Palestine bermula pada 23 Ogos 2006 - 8 Sept 2006 dan kunjungan berikutnya pada 10 Okt 2006 – 12 Okt 2006.
Dalam sesi ini beliau telah menyampaikan ucapan di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Di antara masjid dan surau yang menerima kunjungan bekas khatib Masjid al-Aqsa ini ialah Masjid Sultan Abdul Aziz Shah -Shah Alam, Masjid Asy-Syakirin -KLCC, Masjid Al-Rahman -Universiti Malaya, Masjid Wilayah –Kuala Lumpur, Masjid Lapangan Terbang Subang, Masjid Telekom –Taiping, Surau Menara Maybank, Surau Menara Petronas, Surau Bank Pembangunan, Menara Telekom Malaysia, Perodua, NAZA dan lain-lain.Pihak yang telah bertanggungjawab membawa tetamu istimewa ini ke Malaysia ialah Muslim Care Malaysia Society iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dan telah memainkan peranan untuk memberikan bantuan kemanusiaan tanpa sempadan kepada umat Islam di beberapa buah negara seperti di Indonesia (Acheh), Pakistan, Iran (Baan) dan juga memberikan bantuan kebajikan kepada muslimin di Kemboja .Pada kali ini pihak Muslim Care telah berusaha membawa Dr.Mohamed Mahmoud El Sheikh Seyam ke negara ini bertujuan mengumpulkan dana dan derma untuk disumbangkan kepada umat Islam yang memerlukan di Palestin. Di samping itu siri ceramah ini juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan isu Palestin yang mana ianya disampaikan oleh individu yang pernah terlibat secara langsung dalam perjuangan menuntut kembali hak umat Islam di bumi berdarah tersebut. Sememangnya beliau telah lama dilihat membangkitkan semangat jihad rakyat Palestin melalui khutbah-khutbahnya yang begitu berani mengutuk penjajahan Zionis Israel di bumi suci tersebut. Beliau telah dihalau keluar dari bumi Palestin semenjak tahun 1988 setelah dituduh oleh kerajaan Israel sebagai aktivis yang menulis keterangan-keterang an bagi pihak HAMAS. Sejak itu beliau telah tinggal di beberapa buah negara Arab termasuk Republik Sudan dan akhirnya menetap di Sana'a, Republik Yaman sehingga kini. Beliau telah banyak menyampaikan syarahan dan ucapan serta mengunjungi negara-negara Arab dan Asia untuk memperjuangkan isu Palestin termasuk di Iran, India, Pakistan, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan lain-lain.Teks ucapan ini ditulis dan disusun semula berdasarkan catitan dan helaian-helaian nota yang penulis kumpulkan sepanjang 19 hari bersama beliau sebagai penterjemah dan pengiring peribadi. Oleh kerana isi kandungan ucapan beliau tidak jauh berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain, penulis menyusun terjemahan teks ucapan ini dengan bahasa yang mudah dan ringkas. Juga disertakan isi-isi ucapan beliau yang tidak terdapat di sesetengah tempat agar ianya saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Berikut adalah himpunan ucapan beliau:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala Puji bagi ALLAH TUHAN yang Mentadbir Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w. Imam bagi orang-orang yang bertaqwa, yang mana Baginda sendiri telah memimpin para mujahidin mengharungi pertempuran dan peperangan pada jalan ALLAH sehingga tertegaknya agama ini. Baginda s.a.w telah meninggalkan kepada kita panduan yang jelas, sesiapa yang mengikutinya pasti mendapat kejayaan dan sesiapa yang menyeleweng sesungguhnya dia akan binasa dan mendapat kecelakaan. Juga salam ke atas ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sehinggalah Hari Kiamat.Saya bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan ALLAH, Maha Esa DIA dan tiada sekutu bagi-NYA. Saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba dan pesuruh-NYA.Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian. Saya mendahulukan kata-kata dalam pertemuan ini dengan salam penghormatan sesama Islam;Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..Kaum muslimin dan muslimat sekalian,Saya sangat berbesar hati dan berkeinginan untuk datang menziarahi negara ini. Menziarahi kamu semua rakyat Malaysia sebagai umat Islam yang begitu prihatin dan berasa cinta untuk mempertahankan dan menyatakan sokongan terhadap nasib yang menimpa saudara-saudara kamu di Palestin. Kerana itulah semenjak penghujung tahun 80-an, saya telah datang ke negara ini secara berulang kali dengan menghadiri pelbagai persidangan, seminar, konferen, perhimpunan dan muktamar yang diadakan di masjid-masjid, dewan-dewan besar, universiti-universi ti, tempat perhimpunan umum dan sebagainya di seluruh negara ini, untuk mewakili rakyat Palestin dalam menyatakan rasa terima kasih mereka kepada kamu sekalian dengan semangat persaudaraan Islam.Suatu ketika dahulu juga saya pernah datang ke Malaysia ini beberapa kali untuk menyampaikan ucapan berkenaan isu Palestin dan mengumpulkan derma dan bantuan-bantuan lain untuk disampaikan kepada saudara-saudara kamu yang memerlukan di bumi Palestin. Namun pada ketika ini, saya mendapati bahawa rakyat Malaysia telah mengasaskan banyak pertubuhan-pertubuh an kebajikan dan secara sukarela membantu saudara-saudara Islam mereka yang ditimpa bencana di serata pelusuk dunia. Salah satu pertubuhan itu ialah Muslim Care yang telah memainkan peranan yang besar dalam membantu umat Islam di Indonesia khususnya di wilayah Acheh ketika di landa ombak tsunami suatu ketika dulu. Juga mereka telah membantu umat Islam di Pakistan ketika bencana gempa bumi, begitu juga bencana yang berlaku di Iran dan di negara-negara yang lain.Pada kali ini, mereka telah menganjurkan kempen bagi mengumpulkan dana untuk membantu umat Islam di bumi Palestin. Sudah tentunya usaha ini tidak terhad untuk suatu tempoh tertentu bahkan ianya akan diteruskan dari masa ke semasa.Isu Palestin Adalah Masalah Utama Dunia IslamWahai kaum Muslimin!Umat Islam pada hari ini berdepan dengan masalah dan isu-isu yang terlalu banyak. Penindasan dan kezaliman terhadap mereka berlaku di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini. Masalah-masalah umat Islam yang berlaku di Palestin, Iraq, Lubnan, Afghanistan, Chehnya, Kashmir, Filipina, Indonesia dan bahkan kezaliman yang berlaku di negara jiran kamu; selatan Thailand! Masalah yang begitu banyak dan kesemua ini berpunca daripada isu yang berlaku di Palestin. Sebagai contoh, Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iraq (2003) adalah demi untuk menjaga kepentingan Israel di rantau tersebut. AS mahu menjauhkan sebarang ancaman dan memelihara kedudukan sekutu-sekutu mereka di Asia Barat. AS juga membantu Israel menyerang selatan Lubnan adalah bertujuan untuk menghapuskan Hezbollah yang telah berjuang mempertahankan tanah air mereka serta menyokong perjuangan saudara-saudara Islam mereka di Palestin. Begitulah juga masalah-masalah lain yang berlaku dalam dunia Islam – asas dan puncanya adalah 'isu Palestin'. Kerana dengan isu-isu yang lain itu juga umat Islam akan kehilangan tumpuan mereka terhadap masalah yang berlaku di Palestin. Sekiranya masalah di Palestin dapat diselesaikan, maka akan berakhirlah masalah-masalah umat Islam di negara-negara yang lain. InsyaALLAH!Isu Palestin adalah isu akidah, yang mana umat Islam sama-sama memikul tanggungjawab untuk menyelesaikannya. Kerana ALLAH S.W.T telah memuliakan Masjid al-Aqsa melalui firman-NYA di dalam al-Quran (maksudnya):
"Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hamba-NYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Israk, ayat 1)
Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya):
"Janganlah kamu bersusah payah untuk pergi (bermusafir) melainkan ke tiga buah Masjid : Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa dan Masjidku ini (Masjid al-Nabawi, di Madinah al-Munawwarah) " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Bumi Palestin dan Baitul-Maqdis telah diceroboh oleh tentera-tentera penjajah Zionis Israel! Masjid al-Aqsa telah dikotori dan dinajisi oleh golongan Yahudi yang melampui batas! Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat Islam dan terletak di salah sebuah daripada tiga kota suci bagi kaum muslimin selepas Makkah dan Madinah. Sepatutnya seluruh umat Islam berasa cinta untuk mempertahankan kesuciannya dan merasakan kehilangannya. Akan tetapi mereka semua masih 'nyenyak' tidur! Bangsa Arab sering mengatakan bahawa 'kami telah kehilangan Masjid al-Aqsa..' Saya ingin menegaskan di sini bahawa: "Masjid al-Aqsa adalah hak milik umat Islam di seluruh pelusuk dunia! Ianya bukan sahaja milik bangsa Arab atau rakyat Palestin, bahkan ianya adalah milik kamu dan sepatutnya kamu semua bertanya kepada diri kamu sendiri apakah yang telah kamu lakukan untuk membebaskan Masjid al-Aqsa..? Sesungguhnya ALLAH akan menyoal kamu semua pada hari Akhirat kelak!
"Firman ALLAH S.W.T (maksudnya): "Maka apabila sampai masa janji yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau; dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku." (Surah al-Israk: 5)
ALLAH S.W.T telah menyatakan kepada kita dengan janji-NYA bahawa mereka yang mampu melakukan amanah tersebut adalah dari kalangan hamba-hamba- NYA yang gagah perkasa bukan mereka yang lemah dan mengikut telunjuk musuh-musuh serta mengikut hawa nafsu.
to be continue...

0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)