Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar…
Lailahaillallah..Wallahuakbar…
Allahuakbar Walillahilhamd'
Lailahaillallah..Wallahuakbar…
Allahuakbar Walillahilhamd'
"Suara takbir berkumandang
Membisik di hati
Sebak terasa di dada
Ku teringat kampung halaman
Di pagi indah aidilfitri
Di pagi indah aidilfitri
Yang mulia ini
Sayup jauh dingatan
Ayah bonda sanak dan saudara
Jangan sedih
Jangan sedih
Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati
Gema takbir menambat di jiwa"
Aku bersyukur pada yang Esa kerana masih
bernyawa dan beriman pada pagi Syawal yang mulia itu.
Sebak rasanya di dada pabila teringat akan
Ramadhan yang sudah berlalu.
Aku merasakan seperti baru minggu lepas
aku mula berpuasa, tetapi kerana pantasnya waktu berlalu,
aku akur bahawa Ramadhan itu telah berlalu.
Biarpun begitu, aku berharap agar sempat
bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Aku menunggu mu Ya Ramadhan Kareem…
Seperti biasa di pagi syawal,
aku mandi sunat Aidilfitri,
tahun ni aku cuma berkain pelikat dan berbaju melayu
bewarna hijau pudar.
Tahun ni, ayah ku agak sugul di pagi raya,
lama dia termenung melihat ayam peliharaan didalam reban.
Aku tahu apa yang bermain difikirannya.
Aku tahu dia mengenangkan arwah pakcik ku.
Yang telah mengahadap Rabbul Jaleel…
Seperti kebiasaan, kami sekeluarga akan beraya(mintak ampun)
selepas solat sunat Aidilfitri kerana
kebiasaannya ayah aku akan bertugas membaca
khutbah pada pagi itu. So dia kene pegi masjid awal.
Jadi kami sekeluargapun melangkah lah ke masjid.
Seperti yang dijangkakan, saf hadapan hampir
penuh dan yang memnuhkan saf itu adalah muslim2 berbangsa
acheh (bukan mangsa tsunami yg hanyut taw) yang bekerja
sebagai buruh binaan di tapak pembinaan berdekatan
dengan kawasan perumahan aku.
Tepat 8.30 pagi, ayah ku yang bertindak sebagai bilal dan
khatib pada pagi itu bangun dan memberi sepatah dua kata
memohon ampun dan maaf mewakili semua AJK pentadbiran
masjid dan terus menerangkan kaifiat solat Aidiklfitri. tapi
entah camne bapak aku bleh cakap camni
“saya akan menerangkan kaifiat atau cara2 mengerjakan
solat sunat Aidil Adha secara ringkas….”
Bapak aku ni mamai ke, atau terlebih happy coz dapat duit raya
banyak tahun ni. Haha.. pape pun, benda kecik je tuh..=)
Selepas selesai solat dan khutbah, jemaah masjid bersalaman dan
memohon maaf sesame mereka.
Aku dapat rasakan satu aura bila mereka bersatu, bersalam dan berselawat
bersama-sama. tanpa aku sedari, air mata ku mengalir di pipi dan jatuh ke
atas muka bumi Allah. Ya Allah, betapa hebatnya kuasa Mu.
Jika baru berkumpul didalam masjid yang sekecil ini sudah
berupaya menginsafkan diri, apetah lagi jika
berkumpul di tempat yang lebih luas seperti di Arafah.
Subhanallah………
Selesai bersalam dan berpelukan, aku terus menuju kerumah
dan telah kelihatan beberapa orang kawanku sedang menuggu
didepan rumah untuk beraya di rumah ku.
Ayahku juga menjemput jemaah masjid yang ada kelapangan
untuk menjamu selera di rumah aku pada pagi itu.
Selesai semua tetamu mengisi tangki masing2,
mereka pun terus beredar, yang xnk balik pun ada jgk.
Apa punya orang la tuh.
Selesai semua pinggan mangkuk ayun di basuh dan dikemas,
kami semua berkumpul sekeluarga dan memohon maaf
satu sama lain. Sesudah itu kami semua berkumpul dan
mengambil gambar bersama-sama.
Boleh dikatakan, setiap tahun gambar yang
kami ambil sama je.
Tapi raya kali nih, nampak penuh je frame tu..
Nak taw sebab ape?
Sbb abg ipar aku ar.. hahaha~
dia dah kawin dgn akak aku,
so bile dia enterprem tu yg jadi penuh frame..
hehe~
begitulah kisah raya aku tahun ni, pape pun perkara yang paling penting skali,
Hayatilah syawal dengan sepenuh hati. Moga Allah akan memberkati..=)
Tamat…
p/s: ingat nak sambung lagi, tapi takut korang boring plak..
kite sambung posting topik lain nnt..ok~!
p/s: Aidilfitri cuma sehari! BULAN SYAWAL yang 30 hari, betulkan minda ok~!=)
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)