"NASYEED ON STAGE" @ Pandan Indah, Kuala Lumpur

Tags :
Salam...
Pada 1 September 2007, kumpulan Soul Ghamidi telah dijemput
untuk mengadakan persembahan bersempena 50 tahun merdeka
di Pandan Indah. Majlis merupakan anjuran Unit Amal Pandan Indah
dengan kerjasama Jawatankuasa Pas Bahagian Pandan Indah.
Persembahan pada hari itu turut diwarnai dengan persembahan
kumpulan nasyid underground yang membuat persembahan
untuk pertandingan Nasyeed On Stage Dan Karaoke Nasyeed.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada penduduk
setempat kerana venue persembahan merupakan padang bola
yang terletak di tengah-tengah kawasan taman.
Apa yang mengejutkanialah, sejurus Soul Ghamidi selesai membuat persembahan, pihak
penganjur telah megumumkan Soul Ghamidi sebagai juara pertandingan nasyid.
Sedangkan Soul Ghamidi hanya dijemput untuk membuat persembahan selingan.
Semua ahli Soul Ghamidi terkejut lantas tercengang. Namun mereka tetap menerima
dengan hati terbuka. Persembahan kumpulan-kumpulan nasyid pada hari itu
memang mantap dan bertenaga. Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur.







Post a Comment