MENONGKAH PERUBAHAN

Tags :
Alhamdulillah, syukur ke hadhrat Allah SWT kerana masih
lagi berada dalam nikmat Iman dan Islam pada masa ini.
Ku panjatkan juga kesyukuran ke hadhrat Allah SWT
diatas kemenangan B.A di negeri Selangor dan dibeberapa negeri lain.
Kejayaan ini telah membuktikan bahawa tidak semua
rakyat mahu kerajaan BN memerintah di Malaysia kerana
ada antara rakyat yang inginkan perubahan dalam sistem
pemerintahan di daulah Malaysia ini. Pada malam sebelum hari
mengundi tiba (Jumaat mlm Sabtu), saya berkesempatan
meronda-ronda di sekitar Kuala Lumpur. Bermula dari
Petaling Jaya, terus bergerak sehingga ke Sentul, dari Sentul
ke Kampung Baru, dari Kg. Baru terus ke Wangsa Maju, Keramat,
Setiawangsa, Ampang dan banyak lagi tempat. Ke mana sahaja
yang dituju, berkibaran panji pembangkang dan kerajaan.
Meriah sungguh... Tepat jam 1.00 pagi, saya dan rakan
memutuskan ingin pulang ke PJ, sewaktu pulang,
saya melintasi Jalan Chow Kit. Kelihatan selaut manusia
memenuhi jalanan Kuala Lumpur sambil mengibar
panji Keadilan dan PAS. Sungguh meriah pada malam tu.
Dan pada hari mengundi, Allah rakyat banyak pula yang
memangkah BA sehingga BA berjaya takluk Selangor,
Perak, Penang, Kedah dan berjaya mempertahankan Kelantan.
Allahuakbar...!

Sama-sama kita lihat paksi kebangkitan pucuk pimpinan
terbaru ini. Semoga mereka berjaya menongkah perubahan...

Post a Comment