BANJIR OH BANJIR

Tags :
Salam bicara dari saya untuk semua...
Semoga sahabat2 sekalian sentiasa berada dalam keadaan
sihat dan sejahtera selalu. Agak lama rasanya saya tak buat
posting. Maklum la, bz dgn kerja + nk menguruskan hal2
berkaitan untuk melanjutkan pelajaran Januari 2008 nnt..insyallah..
Aku ada satu kisah yang nk dikongsi bersama dengan kwn2 sume.
Kisah mengenai BANJIR..
Pada minggu lalu, aku telah berkunjung ke negeri Kelantan Darul Naim/PAS
atas urusan kerja. Pegi tak lame pun, 3 hari je.
Sewaktu berada diatas pesawat yang membawa aku ke sana,
aku sempat menjenguk ke luar melihat keadaan muka bumi Allah
yang Maha Besar ini. Tetapi, dalam aku melihat hasil penciptaan Maha Esa,
aku ternampak satu daerah yg agak luas tapi digenangi air seperti
sebuah tasik tetapi ia bukan tasik kerana aku dapat lihat dengan jelas
bumbung rumah dalam genanga air tuh. Sah! Banjir la tuh..
Aku terus memerhati dan tanpa kusedari,
pesawat dah pun tiba
di airport Pengkalan Chepa. Ketibaan ku disambut dengan
cahaya terik,deruan angin dan renjisan air
dari langit yang agaknya sudah
lama bergentayangan dilangit sana...fuhh...
Aku meneruskan perjalanan menuju ke Kota Bharu.
Cuaca agak menarik petang tuh, x ujan, x pnas.
Setibanye aku di Jambate* Sultan Yahya Petra,
aku berhenti seketika dan melihat air sungai yang mengalir
dlm keadaan yg luar biasa. Air deras giler, dan air sungai
lagi sikit nk cecah jambatan tu. Fuhh.. Tapi org kelantan
memang hebat, dlm keadaan air yg deras giler tuh,
boleh lagi dorg bikin pesta air. Main bot la, jetski la,
tak kurang je dgn yang menjala. Dlm keadaan sesak cmtu,
ramai gak peniaga2 kecik yg bukak warung kat situ.
Hebat sungguh..huhu~ Tapi tu la, tgok memang best,
tapi risiko sgt bahaya bagi yg main air. Manala tau,
kot2 hanyut ke..lemas ke..
Aku sempat bersembang dengan beberapa orang
penduduk asal yang dah lama menetap di Kelantan.
Aku bertanya mereka berkenaan banjir nih.
Menurut seorang pakcik yang tinggal di sekitar situ,
banjir ni seolah dah biasa bagi rakyat Kelantan.
Senang citer, bagi mereka, banjir ni mcm dah x jadi
bencana sebaliknya menjadi rutin cuaca tahunan.
Sebab tu ada antara mereka mcm x kesah je kalo banjir dtg.
Aku sempat ke daerah Gual Tinggi di Rantau Panjang.
Aku pergi melawat pusat pemindahan banjir bersama
Briged Kebajikan Perdana JKM. Mcm2 gelagat dapat dilihat.
Tak kurang juga dengan pergerakan politik yang membantu
sambil berkempen. Biasa la tuh.. hehehe..
Bagi yg punyai kehidupan yg senang, tinggal di pusat pemindahan
tiada masalah kerana tidak perlu risau tentang rumah
kerana sudah ada wang yang mencukupi. Bagi yang
hidup susah, sehari di pusat pemindahan bagai setahun di negeri org.
Sentiasa saje terkenang rumah yang ditenggelami air.
Dan terpaksa pula memikirkan mane nak cari wang
untuk baiki rumah. Aku rasa sebak sebentar bile tgok
anak2 kecik yg idup dlm family yg susah, menangis
dan merengek. Tak kurang juga yg mengadu buku
dan pakaian sekolah dorang sume hanyut dalam air.
Allahuakbar. Sedih btol bile aku dgr sume tuh.
So, kite yg sehat dan sejahtera ni, jgn la lupe pd mereka
yg memerlukan. Kalo dah susah sgt nk bantu saudara
kita yg kat Palestin or other places yg memelukan..
Bantulah yg dekat2 ni. Alritez~!

Post a Comment