Saya baru sahaja mendengar berita tengahari tadi, seorang pelajar sekolah berasrama yang baru berusia 13 tahun mati dibelasah. Kepalanya parah dan terpaksa dijahit 18 sementara badannya pula ada kesan belasahan yang amat teruk. Tetapi pihak sekolahnya menafikannya dengan mengatakan arwah telah jatuh di surau semasa hendak mengerjakan solat subuh. Bedah siasat hospital telah menafikan hal itu dan menyatakan yang arwah telah dibelasah dengan teruk.
Apa sudah jadi dengan institusi pendidikan dan didikan zaman sekarang?? Adakah "belasahan" merupakan suatu alat bantu mengajar?? Sedangkan pada zaman dahulu pun, guru-guru tidak membelasah seteruk sehingga boleh membawa maut! Sudahlah dibelasah hingga mati, berani pula nak tutup pekung! Bukalah mata, sampai bile hal ni nak berlarutan?? Perkara seperti ini sangat-sangat perlu dirisaukan kerana ia akan memberi kesan yang mendalam kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama. Jika hal ini berlaku, ia memang suatu keadaan yang parah. Ini kerana Sekolah berasrama sudah dilihat sebagai sekolah yang selalu manghasilkan dan mengeluarkan pelajar yang bijak pandai.
Kementerian Pelajaran sewajarnya mengambil tindakan tegas bukan sahaja terhadap guru atau yang terlibat, malah tindakan perlu dikenakan terhadap sekolah itu sendiri. Saya sengaja mengutarakan hal ini kerana saya merupakan salah seorang bekas pelajar yang pernah bersekolah di sekolah berasrama dan bagi saya, memang tidak patut kes2 seperti ini berlaku di sekolah berasrama. Asrama umpama rumah kedua bagi pelajar, disitulah mereka nak menelaah pelajaran, disitulah tempat mereka berteduh, disitu juga mereka beribadah menghadap Allah Rabbul Jaleel...

Dimana bumi dipijak,
Disitu langit dijunjung,
Dimana tempat nak jadi bijak,
Sekolah asrama jom kita kunjung...
STOP KILLING HOSTEL STUDENT
DONT MAKE THEM FEAR TO STUDY!
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)