SYABAS MALAYSIA TEAM!!

Tahniah aku ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia!!
Tahniah kerana berjaya menyingkirkan diri dari saingan
Piala Asia 2007! Anda semua telah menunjukkan skill
permainan yang paling memalukan di dunia barangkali.
Setelah menyedekahkan 5 gol kepada China, anda semua
dengan murah hatinya telah memberi 5 gol lagi kepada
Uzbekistan! Tahniah! Pasni balik kampung, join budak2
felda main bola. Belajar dengan dorang camne nak main
bola dengan betul. Memang aku tak nafikan yang China dan
Uzbekistan bukan calang2 lawan. Tapi pasukan Malaysia
telah tersingkir dengan jumlah bolos yang agak besar! 10 gol
telah diboloskan! Hampeh!! Kalo bolos 3 atau 4 gol leh trime lagi.
Ape nak jadi la dgn korang. Tau nak smart n macho je atas
padang. Tapi permainan hanchosss!! Walaupun aku sendiri pun
tak berapa nak power main bola, tapi sekurang-kurangnya korang
yang terer2 tu tunjukkan la skill yang memuaskan. Passing pun
muntah pe citer beb?! Malu la pada pasukan Indonesia yang
hanya kalah tipis pada Arab Saudi.

p/s: Aku bersimpati pada Tengku Mahkota Pahang yang
terus meletak jawatan setelah Malaysia
kalah banyak dengan Uzbekistan pada Sabtu yang lepas.
Kesebelasan utama pasukan Malaysia patut dirombak.
Ambil pemain2 dari pasukan yang menduduki
tangga teratas Liga Super dan Liga Perdana.
Jangan pilih pemain berdasarkan title!!
Wassalam...

Post a Comment