Intro...~

Tags :
salammm...
canggih sungguh dunia sekarang
ape yang kite nak
ade kat hujung jari jer
tapi tak sumer ade dihujung jari
sumenye hanya berlaku dengan
keizinan dari ALLAH
kerana dia yang berkuasa

Alhamdulillah..

setelah sekian lama bertapak di atas muka bumi ALLAH ini
kami masih lagi dalam perjuangan
untuk menegakkan agamaNYA yang suci ini
salam cinta kami untukmu ISLAM
selawat dan salam ke atasMU YA RUSULULLAH...

kami adalah sebuah kumpulan nasyeed sekolah
yang berasal dari klang..
mewakili sekolah tercinta iaitu
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI HISAMUDDIN
kami telah membabitkan diri dalam pelbagai pertandingan
dan pernah menjuarai sebahagian pertandingan yang dianjurkan.
tujuan kami menukilkan blog ini adalah sebagai tanda
ingatan dan tulus ikhlas kami
dalam memperjuangkan irama nasyeed tanah air
dan juga seantero dunia.
blog ini juga adalah sebagai tanda terima kasih
kami kepada para pendidik kami
serta kepada sesiapa sahaja yang pernah
melibatkan diri dalam membina kejayaan
bagi kumpulan kami.
jutaan terima kasih kami ucapkan
kepada guru pembimbing kami
USTAZ YUSRI BIN HAJI MISKAN
yang telah banyak mengajar kami
erti kesabaran dan kesyukuran
dalam memperjuangkan irama nasyeed.
tanpa anda, siapalah kami..
syukran ya mua'lim

kepada sesiapa yang mengenali kami
silakan melayari blog ini.
lemparkan pendapat-pendapat
anda yang membina
supaya kumpulan kami akan lebih bertenaga
dan berjaya pada masa-masa akan datang.

jika anda ada sebarang cadangan
sila nukilkannya dibahagian comment
posting ini atau posting2 yang lain.

anda juga boleh membuat posting
gambar2, mp3 ataupun video.
TETAPI, sebelum membuat posting,
sila maklumkan kepada kami terlebih dahulu.

akhir kata dari kami,
semoga anda semua terus menyokong kami
pada setiap ketika dan waktu..

so, sahabat2 sekalian..
same2 la kite meriahkan blog nih..

ma'assalamah~

Post a Comment